Gua Minta Tolong Ni Weh!

Sikit lagi gua buat tak jadi memang gua tutup GT ni. Sapa sini belajar sains kom ke internet ke coding ke apa ke leh interkom gua tak apa kes header tak kua dalam IE8? Gua tengah panas ni silap gua mandi air sirap bandung.

Kalau sapa ada emel Bill Gate bak sini gua nak telegram dia. Ngamuk bos gua kalau gua tak setel.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Majalah KERETA 126!

coverjun2010

Yeah yeah yeah Majalah KERETA datang lagi brader. Kali ni muka depan Mercedes pengetua tak pun pegawai daerah tak pun tauke anggur cameron highland. Gua pun dah lama tak pergi cameron. Pergi pun bukan gua ada saudara mara. Nak pergi jgn lupa cari gua ok. Gua on je, gua tau lu orang baru gaji apa salahnya belanja gua jem strawberi kan kan kan.

Babai. Huahhhhhh. Ngantuknyeeeee.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Ocelot: Trak Peronda Perang

Ocelot

Trak yang penuh dengan besi ini ialah Ocelot, dibangunkan oleh Force Protection Europe dan Ricardo untuk Kementerian Pertahanan UK [MoD]. Trak ini boleh digunakan untuk bersiar-siar sambil meronda dalam pekan untuk membuat tinjauan masa peperangan. Memandangkan sekarang ini lokasi perang banyak berlaku dalam bandar jadinya trak macam ini lebih bersesuaian.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Komando Lawan Publik!

Nak hantar makanan sebarang dua, ubat-ubat pun kena serang komando. Siap kena tembak.

Kita kena maju dan kuat, macam China bukan main lagi ayamkan Polis Dunia sekarang ni.

Memang celaka. Gua nak dengar apa bini Clinton komen.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

SLS AMG GT3: Merc Untuk Racing!

Mercedes SLS AMG GT3

Minggu lepas saya menulis mengenai R-Class, kereta Merc untuk keluarga manakala entri kali ini pula adalah tentang SLS AMG GT3: kereta Merc untuk berlumba!

SLS versi perlumbaan ini dibina mengikut spesifikasi GT3 FIA untuk pelanggan yang ingin berlumba biasa-biasa dan perlumbaan jarak jauh. Di sebalik pembinaan kereta ini ialah subsidiari penala Merc iaitu AMG yang berkerjasama dengan HWA AG, penala DTM untuk Mercedes-Benz Motorsports.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Foto: VW Passat

DB2007AU02283

VW Passat.

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi:

F1: Turkey GP 2010: Langgar Sesama Sendiri!

777821_1423018_4961_3051_F12010TUR_88D1512

Perlumbaan semalam menakjubkan, RedBull berlanggar sesama sendiri pada pusingan 41 apabila Sebastian Vettel memotong dan terlanggar Mark Webber dan menghadiahkan tempat 1-2 kepada McLaren dengan Lewis Hamilton dan Jenson Button. Mark Webber berjaya meneruskan perlumbaan dan tamat di tempat ketiga. Persaraan Vettel menjadikan Michael Schumacher dan Nico Rosberg naik satu kedudukan dengan masing-masing di tempat keempat dan kelima.

Satu hal yang pasti ialah kereta Mercedes GP Petronas semakin baik dan mungkin lebih laju dari Ferrari. Felipe Massa dan Fernando Alonso pula masing-masing di tempat ketujuh dan kelapan.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

APRC Hokkaido 2010: Mata Untuk Proton!

ProtonS2000.AprcHokkaido.011

Berita ini sebenarnya lambat hampir seminggu. Saya pun tak terasa teruja sangat nak menulis awal sebab keputusan Proton tidak berapa cemerlang. Walaupun begitu, tim tetap membawa pulang 3 mata berharga.

Pada leg pertama, tayar Neo S2K Alister McRae 2 kali pancit dan kehilangan 1 minit. Ternyata hari tersebut bukan milik mereka apabila batu merosakkan sump kereta dan kehampaan terus melanda kem Proton apabila enjin kereta Chris Atkinson mengalami masalah injap bengkok.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: