WRC Portugal 2010: Citroen Sapu Bersih!

367376_60756-a-cit_3770

Untuk kali kedua musim ini selepas Rali Mexico, Citroen sekali lagi skor podium 1 – 3 dalam Kejohanan Rali Dunia [WRC] di Portugal hujung minggu lepas. Pemandu Citroen Junior Team, Sebastien Ogier dan Julien Ingrassia mengetuai Sebastien Loeb dan Daniel Elena di tempat kedua manakala Dani Sordo dan Marc Marti di tempat ketiga. Kimi Raikkonen pula di tempat kesepuluh.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

STE SUZUKA 2010: Petronas Juara Lagi!

PetronasSTESuzuka10.012

Berita ini lambat seminggu. Tapi bak kata Mat Saleh, better late than never, kalau terjemah bahasa Melayu maknanya Encik Matpon kita memang lambat hilang tak tahu ke mana. Pada hujung minggu lepas, tim Petronas Syntium sekali lagi memenangi pusingan Super Taikyu Endurance Series [STE] dan kali ini kemenangan berganda dengan podium 1 – 2 di Litar Antarabangsa Suzuka.

Menjuarai kali ketiga ialah trio Nobuteru Taniguchi, Masataka Yanagida dan pemandu lokal, Imran Shaharom dengan kereta nombor 1 BMW Z4M Coupe.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Sepang 1K KM: Ultra Racing Juara!

winner class 2

Membuktikan kuasa bukanlah segalanya dalam perlumbaan tahan lasak, tim Ultra Racing memenangi edisi kedua Perlumbaan Endurance Sepang 1000 km di Litar Antarabangsa Sepang [SIC] malam tadi, tim menang bergaya menggunakan kereta Toyota Levin 1600cc mengalahkan kereta 1800cc yang lebih berkuasa.

Memandu Levin tersebut ialah Kenny Lee, Christopher John O’Shannessy dan Hsiao Tung Wei, tim mengambil masa 8 jam 32 minit dan 1.455 saat menghabiskan 181 pusingan bagi menghabiskan 1000 km yang diperlukan.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Lotus Exige: 3.0 V6?

MY_2010_Exige_S_F3QTR_2

Awal minggu ini saya baca dan tengok gambar risikan Lotus Exige warna Hijau British dengan wheel arches lebar gila. Dengar kata Lotus tengah uji Exige/Elise 3.0 V EnamSilinder. Tak pasti betul ke tidak tapi kalau betul memang terbang lah Exige/Elise tu. Enjin EnamSilinder tu sama macam yang Lotus guna pada Evora. Enjin Toyota.

Foto: Lotus Exige S 257 Bhp.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Faidzil Alang @ Sepang 1000km!

FARacing_S1K2010.003

Pelumba kereta negara yang tak asing lagi, Faidzil Alang akan berlumba hari ini dalam Perlumbaan Sepang 1000 KM [S1K]. Beliau yang berlumba untuk tim AMN Motorsports akan memandu Honda Civic 1.6 bersama dengan dua orang lagi pemandu, Shazull Hisham dan Romie Asmawi. Terdapat 2 kategori perlumbaan iaitu Kelas 1 untuk kereta 1601 cc hingga 1900 cc dan Kelas 2 untuk kereta di bawah 1600 cc.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Volvo FMX: Lori Pasir!

Volvo FMX

Saya sukakan lori, dan sebab itu ada beberapa artikel mengenai lori dalam GT. Dan kali ini saya nak kongsi dengan sekutu, Volvo FMX lori yang direka khusus untuk pembinaan, angkut pasir sungai atau tanah dan kerja-kerja kuari. FMX baru ini menampilkan beberapa perubahan terutama sekali pada eksterior dengan bahagian depan yang agresif, gril baru, bampar besi, dan bull bar seterusnya menjadikan kepala lori ini nampak rugged dan moden.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Beaulieu Motorcycle Muster Ride-in-Day

359494_60336-a-bea

Encik Matpon kita memang suka buat selingan mata, lepas tu dia tak ada entri susulan. Memang tak boleh blah. Dulu dia ada post entri moto dalam sangkar. Sebenarnya gambar tersebut adalah promo untuk Beaulieu Motorcycle Muster Ride-in-Day di UK pada 27 Jun akan datang. Acara tersebut merupakan hari untuk motosikal di mana penunggang, peniaga dan keluarga boleh datang sama untuk turut serta.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

VW Polo Sedan?

DB2010AU00647

VW penetrasi Rusia dengan lebih mendalam. Semalam mereka melancarkan VW Polo Saloon di Moscow di hadapan 200 elitis dan pertama kali dalam sejarah VW, sebuah model dibangunkan berdasarkan pasaran Rusia.

Polo Saloon ini dilengkapi dengan enjin 1.6 liter Otto yang berkuasa 105 ps. Enjin tersebut dipadankan dengan 2 jenis kotak gear, samaada 5 kelajuan manual atau 6 kelajuan automatik dengan penukaran sequential [Tiptronic] menjadikan VW sebagai yang pertama menawarkan dalam kelas tersebut di Rusia.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: