VW Polo Sedan?

DB2010AU00647

VW penetrasi Rusia dengan lebih mendalam. Semalam mereka melancarkan VW Polo Saloon di Moscow di hadapan 200 elitis dan pertama kali dalam sejarah VW, sebuah model dibangunkan berdasarkan pasaran Rusia.

Polo Saloon ini dilengkapi dengan enjin 1.6 liter Otto yang berkuasa 105 ps. Enjin tersebut dipadankan dengan 2 jenis kotak gear, samaada 5 kelajuan manual atau 6 kelajuan automatik dengan penukaran sequential [Tiptronic] menjadikan VW sebagai yang pertama menawarkan dalam kelas tersebut di Rusia.

DB2010AU00644

Trendline yang merupakan versi basik model ini dilengkapi dengan 2 beg udara dan untuk versi yang sedap sikit, Comfortline pula dilengkapi ABS sebagai standard. Versi paling mahal, Highline pula dilengkapi dengan beg udara sisi dan ESP. Bila VW kata diaorang bangunkan model ini untuk Rusia maknanya memang tahan lasak, kereta ini diuji dalam zon cuaca berlainan dan juga keadaan jalanraya. Bukan itu sahaja, kualiti petrol pun VW uji berkali-kali dan semua ujian tersebut menjadikan enjin Otto ini ideal dengan keadaan Rusia.

Untuk lebih pengetahuan sekutu, badan kereta ni dari besi galvani, tahan korosif dan suspensi yang ditala untuk jalan yang teruk. Bahagian kereta yang ada krom pula jenis yang tahan dengan agen agresif, maknanya krom yang jenis susah nak berkulat dan mungkin juga kusam.

Walaupun depan kereta ini comel tapi belakangnya macam tak berapa kena dan apa kes antena tu tinggi sangat? Dan menilai dari gambar dan siaran media saya rasa kereta ini mempunyai pakej yang bagus dan mampu menyaingi model kereta entry level lain di pasaran.

Harganya pula? VW Polo Saloon yang dipasang di kilang Kaluga ini harganya atas sikit dari 10 ribu Euro. Adalah dalam 40 ribu duit kita.

Foto: VW

-Mak Uia-

Muhammad

9 Comments

  1. 40 ribu duit kita..tapi harus barang diingat..itu belum dicampur lagi cukai yang merepek tak ingat..

  2. bile proton nak wat satria neo saloon neh…VW dah kluarkan dah polo diorang saloon proton ble lagi….tpi kete neh memang smartlah….

  3. aku perefer LADA ….kereta rusia yang paling tahan dan seakan FIAT kotak abah aku hehe.. matpon .. tolong siarkan LADA punya kereta…ada lagi ker kat sana? last ke moscow aku tak nampak dah keter tu kecuali yg zaman stalin kut kekekek

  4. LADA memang terbaik,x sangka ada org igt kt LADA,klu nk tgk LADA kat mesir berlambak,hampir semua arab wt kete tu jd taxi,kilang LADA pn ada lagi kt mesir ni(di alexandria)memang macho la..

  5. RM40K..alangkah indahnya hidup ini jika tanpa cukai gilababas tuh..!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *