Rally X P2: Ahad Ini!

RallyX0110.032

Pada Ahad ini akan berlangsung acara rali kegemaran ramai iaitu Rally X. Acara yang disokong oleh Motorsports Association of Malaysia [MAM] dan Sepang international Circuit [SIC] ini adalah istimewa kerana ianya direka khas untuk mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan perlumbaan rali tanpa kos yang tinggi. Selain dari itu, format Super Special Stage juga dijangka menghangatkan lagi perlumbaan di mana 2 kereta dilepaskan serentak sebelah-menyebelah.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Selingan Mata [21]

356923_260310-a-airs

Keh keh keh. Mana satu lu orang cuba teka. Confirm ah gua menang lagi kali ni.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Entri Khas: Shelby Eleanor!

Shelby Eleanor009

Kalau sekutu nak tau inilah dia entri pertama GT, diterbitkan pada 15 Jun 2009.

_________________________________________________________________

Shelby Eleanor, gearnya 4, kit badannya dari besi, rimnya sekolah lama [old school], warnanya pula mengikut aliran terkini, hitam kusam ataupun flat-black. Pemiliknya pula adalah Pipiyapong. Pipi dengan kereta memang tidak boleh dipisahkan, seperti orang kerja pejabat dengan tali leher, pakai nak kacak aje, kalau tak, awek-awek semua tak pandang. Bos-bos pula mungkin sasarkan untuk dimasukkan dalam skim pemberhentian sukarela [VSS].

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

F1: GP Kanada 2010: McLaren 1-2!

536451404-5052221262010

Lewis Hamilton dan Jenson Button sekali lagi mengulangi kejayaan seperti di Turki dengan menjuarai GP Kanada dengan podium 1-2! Perlumbaan kali ini dianggap sukar sebab permukaannya yang kasar dan tayar lembut hanya boleh bertahan lebih kurang 10 hingga 15 pusingan manakala tayar keras lebih kurang 25 – 30 tayar. Kedua pemandu McLaren Mercedes tersebut berjaya menaiki podium kerana mereka berjaya menggunakan strategi tayar yang betul. Hamilton dan Button membuat penukaran tayar pada pusingan keenam dan ketujuh dan kemudian masuk ke pit sekali lagi pada pusingan ke 26 dan 27 dan tayar tersebut digunakan hinggalah ke pusingan 70 seterusnya menduduki podium.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Entri Khas: GearTinggi Setahun!

GTdanKwn2.001

Seperti media lain yang sambut ulangtahun diaorang akan ada entri khas dan saya pun samalah nak ambil kesempatan ini untuk menulis seterusnya berkongsi dengan sekutu tentang sejarah, hal ehwal semasa dan masa depan GT. Dengan ini saya harap GT dan sekutu lebih dekat dan oklah tanpa membuang masa selamat membaca!

Bagaimana GT bermula?

GT bermula lebih dari setahun lepas, segalanya bermula kerana rali. Pada pusingan pertama Kejohanan Rali Malaysia [MRC] 2009 di Cyberjaya saya emelkan siaran akhbar kepada dua editor blog automotif yang terkenal dan mempunyai ramai pengikut. Hanya seorang yang menjawab dan membuat liputan rali tersebut. Mungkin bengang kerana tidak mendapat respons tambahan pula rali semakin lama semakin kurang mendapat pendedahan di media saya membuat keputusan untuk membina blog sendiri. Orang pertama saya hubungi ialah Pipiyapong.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Selingan Mata [20]

Helo geng, kali ni gua tak buat Selingan Mata ada gambar ok. Gua tukar tune sikit, gua bagi artikel pulak. Keh keh keh.

  1. Mengenangkan ramai pembeli kereta bertutur bahasa Melayu dan kurangnya rujukan untuk mereka dalam web BM.
  2. Pelbagai entri diterbitkan sejak mula GT ditubuhkan tetapi ada masalah besar di sebalik keghairahan kitaorang memblog.
  3. Tidak guna kita mengutuk Zionis jika kita membuat perkara sama seperti diaorang.

Na na na na…

Babai. Chop. Gua rasa patut gua post Selingan Teks pastu berhenti buat Selingan Mata. Lagi senang.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Tahun 70 Porsche Menang Le Mans 24 Hours!

Porcshe 917

Pada 14 Jun 1970, Porsche buat pertama kali menjadi juara perlumbaan Le Mans 24 Hours. Kemenangan tersebut membuka jalan untuk 15 lagi kejuaraan perlumbaan tahan lasak yang berprestij tersebut.

Selepas berlumba 4,607.811 km atau 343 pusingan, Hans Herrmann dan Richard Attwood melepasi bendera penamat dengan kereta yang sekutu nampak di atas, Porshce 917 KH dari Porsche Salzburg. Bukan setakat juara tetapi Porsche turut memenangi tempat kedua dan ketiga. Sesuatu yang sangat mengembirakan Porsche sebab mereka mencuba sejak dari tahun 1951 lagi.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Ken Block Resing Kimi = Siapa Menang?

httpv://www.youtube.com/watch?v=GeREk3b11bY&feature=player_embedded

Hah lu orang gua baca selalu tanya mana brader dua orang ni bila resing selalu hilang. Ni gua jumpa video.

Macam Tyson lawan Holyfield. Tapi paling sedak siapa tah menang.

Babai. Awal gua bangun pagi ni weh.

Video: babaganoushification/Youtube.

-Matpon-

Silakan kongsi: