Rally X P2: Ahad Ini!

RallyX0110.032

Pada Ahad ini akan berlangsung acara rali kegemaran ramai iaitu Rally X. Acara yang disokong oleh Motorsports Association of Malaysia [MAM] dan Sepang international Circuit [SIC] ini adalah istimewa kerana ianya direka khas untuk mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan perlumbaan rali tanpa kos yang tinggi. Selain dari itu, format Super Special Stage juga dijangka menghangatkan lagi perlumbaan di mana 2 kereta dilepaskan serentak sebelah-menyebelah.

RallyX0110.022

Selain tim tradisi seperti GSR Pennzoil Racing, Rally X juga seperti objektifnya disertai oleh muka-muka baru setiap kali perlumbaan dianjurkan. Peserta datang sejauh negeri Terengganu seperti Wan Mohd Khaidzir dan ahli Proton Replica Rally Club [PRRC] dari Melaka. Memberi lebih cabaran kepada kaum lelaki ialah 2 pelumba wanita iaitu Guanne Khoo yang akan memandu Mitsubishi Lancer Evo 1 yang akan dipasangkan dengan Gina Finanza yang akan memandu Proton Satria GTi. Gina yang baru lepas menjalani pembedahan lutut tetap bersemangat untuk berlumba.

RallyX0110.039

“Saya baru lepas menjalani pembedahan lutut kiri beberapa hari lepas akibat tercedera bermain futsal, walaubagaimanapun saya tetap akan berlumba dan tidak akan melepaskan peluang menyertai Rally X kali kesepuluh buat saya,” komen Gina. Ini adalah penambilan terakhir beliau dengan Satria GTi sebelum memandu Off-road Buggy Turbo pacuan belakang untuk Rally X akan datang.

RallyX0110.058

Perlumbaan juga akan dimeriahkan lagi dengan Raja Buggy Rali Malaysia iaitu Abdul Shukor Hamid dan sebuah SUV, Cherry Tiggo. Perlumbaan akan dimulakan pada pukul 11 pagi diparkir SIC [hadapan Petronas] dan dijangka berakhir pada pukul 5 petang.

Kejohanan ini dianjurkan oleh WHEELSPIN EVENTS dan tajaan bersama GSR Pennzoil Racing Team dan One Communications.

Masuk adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 012 212 3260.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

3 comments

    • on 17/06/2010 at 8:25 AM
    • Reply

    TAXI ride sabtu ni jadik kan? Kat tempat yg same ke?

    • jelapangPadi on 17/06/2010 at 8:51 AM
    • Reply

    good events…acara2 mcm ni la yg akan mengcungkil bakat2 rempit muka2 baru…

    gua support dari jauh babeh…

    • kama on 17/06/2010 at 9:25 PM
    • Reply

    cantik la.gua dtg rempit naik ex5 dr pj

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.