Di sebalik sesebuah kereta hebat adalah kumpulan perekanya. Dan satu hal mengenai Toyota ialah kita selalu mengutuk yang syarikat ini sudah hilang sentuhan, mengeluarkan kereta ‘jalan selamat’ dan membosankan, melupakan hero zaman lampau mereka seperti Hachiroku, Celica, Supra dan lain-lain. Untuk pengetahuan sekutu, di belakang kereta-kereta hebat Toyota ialah Hiromu Naruse. Ketua Pemandu Uji Toyota. Beliau adalah ‘otai’ yang banyak memandu uji dan memberi input dalam pembangunan kereta-kereta Toyota.
Jun 23
Proton Kongsi Kereta Dengan Lotus Nak Jadi Ferrari?!
Saya mengikuti perkembangan Lotus lebih dekat sejak kebelakangan ini. Ada yang sayasiarkan dan ada yang saya senyapkan sambil menunggu perkembangan terkini. Terima kasih pada Encik Matpon sebab kelmarin siarkan gambar sekeping dan cerita sepatah dua, kira rajin la tu. Encik Dany Bahar, bekas orang kuat Ferrari sejak makan gaji dengan Lotus dia buat beberapa perubahan dan paling signifikan sekali ialah perubahan organisasi. Bila kita tarik bos kanan sesebuah firma kemungkinan besar dia akan tarik sama geng-geng dia. Sama macam Lotus Racing, kebanyakannya orang-orang Mike Gascoyne.
Jadinya sekarang ini ramailah bintang-bintang Ferrari bekerja di Hethel, kilang Lotus dan bukan itu sahaja ada juga mantan orang besar dari Porsche dan Aston Martin. Kita boleh kata Lotus sekarang jadi macam tim bola All-Stars sebab ramai orang berpengalaman dan handal.
Jun 22
Lotus Evora RM470k Jo!
Jun 21
SUPER GT SEPANG 2010: M7 Mutiara Motors Juara!
Pusingan 4 Autobacs Super GT berlangsung kelmarin di Litar Antarabangsa Sepang [SIC]. Perlumbaan 54 pusingan dengan jarak keseluruhan hampir 300km dimenangi oleh Calsonic Impul dengan kereta Nissan GT-R yang dipandu oleh Tsugio Matsuda dan Ronnie Quintarelli. Pemenang kedua GT500 pula ialah Motul Autech GTR menjadikan podium 1-2 milik Nissan GT-R.
Jun 20
SUPER GT SEPANG 2010: M7 Mutiara Motors Mula Petak Kedua!
Hari ini adalah Super GT edisi kesepuluh negara. Kalau kena cara, tim tajaan Mutiara Motors iaitu M7 Mutiara Motors Amemiya mungkin akan menaiki podium kelas GT300 sebab kelmarin mereka mencatat keputusan yang bagus iaitu tempat kedua ujian kelayakan.
Dalam kelas GT500 pula, satu lagi tim tajaan firma negara iaitu Petronas Tom’s akan bermula di grid kesepuluh. Ujian kelayakan pusingan ini nampaknya didominasi oleh kereta Nissan GTR dari tim Calsonic Impul dan Motul Autech masing-masing di tempat pertama dan ketiga. Tim ARTA yang menggunakan Honda HSV pula di tempat kedua.
Foto: Supergt.net [Pusingan Suzuka]
-Mak Uia-
Jun 19
TomTom Dora & SpongeBob!
Dengan kemajuan jalanraya negara yang semakin pesat GPS memang banyak membantu. Walaupun kadang-kadang peta atau panduan yang diberikan memang ke laut tetapi kalau hari baik memang sampai tempat yang nak dituju dengan tepat. Kalau hari tak baik brader yang bagi arahan dalam GPS tu suruh kita terjun lebuhraya DUKE. Walaupun sekarang ini ada pelbagai jenama GPS dengan harga yang makin murah tetapi kita ketinggalan bab brader dan akak yang tolong baca peta untuk kita.
Di luar negara pengguna ada pilihan untuk muat turun suara karakter yang digemari dan terkini di UK suara kartun Nickelodeon iaitu Dora The Explorer dan SpongeBob SquarePants ditawarkan untuk pengguna GPS TomTom.
Jun 18
Nissan Juke: Laku Ni Brader!
Aduhai gua kena kerja hari ni. Kalau lu orang nak tau kereta ni nama dia Nissan Juke. Sebelum lu orang kutuk gua kasi warning dulu ok. Kereta ni jual kat Jepun dari 9 Jun dah laku 5296 buah sampai Selasa. Kereta ni dah lebih dari target diaorang.
Sekian. Pandai gua baca berita Jepun.
Foto: Newspress/Nissan UK
-Matpon-