TomTom Dora & SpongeBob!

370907_60937tom

Dengan kemajuan jalanraya negara yang semakin pesat GPS memang banyak membantu. Walaupun kadang-kadang peta atau panduan yang diberikan memang ke laut tetapi kalau hari baik memang sampai tempat yang nak dituju dengan tepat. Kalau hari tak baik brader yang bagi arahan dalam GPS tu suruh kita terjun lebuhraya DUKE. Walaupun sekarang ini ada pelbagai jenama GPS dengan harga yang makin murah tetapi kita ketinggalan bab brader dan akak yang tolong baca peta untuk kita.

Di luar negara pengguna ada pilihan untuk muat turun suara karakter yang digemari dan terkini di UK suara kartun Nickelodeon iaitu Dora The Explorer dan SpongeBob SquarePants ditawarkan untuk pengguna GPS TomTom.

370910_60937-a-tom

Jadinya bila kita tengah memandu atau nak sampai selekoh suara Dora dan SpongeBob akan keluar dan pastinya akan membuat anak-anak gembira sakan. Setiap suara Dora atau SpongeBob berharga GBP7.95 dan boleh dimuat turun dari laman web www.tomtom.com/page/nickelodeon. Selain dari itu anak-anak akan bertambah seronok sebab kedua karakter tersebut boleh dipaparkan sewaktu GPS mula dihidupkan dan gambar tersebut boleh dimuat turun secara percuma dari laman web yang sama.

Hari ini adalah ulangtahun ketiga anak kawan baik saya yang memang suka sangat dengan kartun Dora.

Dan saya tujukan entri ini khas untuk dia, Selamat Hari Lahir Qistina!

🙂

-Uncle Muhammad-

Foto: Newspress/TomTom

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.