Hyundai: Jerman Kata Berkualiti!

Hyundai i30.001

Bila sebut pasal kereta buatan Korea mungkin ramai yang mengeluh, ada yang kata alat ganti mahal, harga terpakai yang rendah dan bila diulang-ulang akan menimbulkan persepsi negatif walaupun jenama ini sudah melalui pembaharuan.

Kini kumpulan Hyundai-Kia adalah pembuat kereta kelima terbesar dunia. Semakin hari semakin banyak berita yang harum kita dengar, saya tak pasti berapa banyak Hyundai melabur untuk memperbaiki imejnya dan penyelidikan dan pembangunan tetapi yang pastinya bukan sikit duit.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

F1: Fairuz Fauzy Pandu FP1 Jerman

Fairuz Fauzy.001

Mungkin sesetengah dari kita dah sedia maklum yang pemandu ketiga Lotus Racing memandu Lotus T127 sebelum pemandu sebenar berlumba pada Ahad. Fairuz akan memandu semasa Ujian Bebas [Free Practice] di baki perlumbaan di Silverstone, Hungary, Singapura dan Abu Dhabi.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Proton + Lotus = Jenama Baru?

Bulan lepas orang besar Proton dan Lotus bermesyuarat bagaimana untuk meningkatkan lagi kerjasama antara dua syarikat tersebut dan pada masa yang sama juga Lotus mengumumkan yang mereka akan berlawan secara terus dengan pasaran kereta mewah seperti Ferrari dan Lamborghini.

Selain dari itu kini kedengaran cakap-cakap industri yang Proton dan Lotus akan berkerjasama mengeluarkan jenama baru. Memang tidak pelik dan memang amalan biasa pembuat kereta. Lexus, Scion, Infiniti dan Acura adalah jenama lain bagi Toyota, Nissan dan Honda.

Jika Proton untuk pasaran umum, Lotus untuk pasaran mewah adakah jenama baru nanti mewakili pasaran sederhana tinggi atau jenama khas untuk kereta hibrid Emas?

Apapun, membina jenama baru bukan mudah, perlukan kos yang tinggi dan tenaga yang banyak untuk meyakinkan pelanggan. Tetapi ianya perkara yang menarik untuk diterokai.

Jika betul, satu tindakan berani dari Proton.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Video: Nissan GTR HKS!

httpv://www.youtube.com/watch?v=ZcJgm7uLKtI&feature=player_embedded

HKS selalu dikaitkan dengan Nissan, gabungan pembuat dan penala ini sentiasa menggegar litar di Jepun ataupun di jaluran drag. Beberapa tahun dulu penala ini pernah mengeluarkan GTR terlampau yang memang masyhur gila.

Kali ini Ha Ka Es kembali lagi dengan GTR R35, kereta yang kononnya tidak boleh ditala. GTR juga sudah beberapa tahun di jalanraya dan saya rasa dah tiba masanya Godzilla ini diangkat muka [facelift] dan mungkin edisi hardcore.

Yelah nak berlawan dengan Porsch, LFA dan HSV.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Video: Mitsubishi Evo 10 SE

httpv://www.youtube.com/watch?v=uLkeGG_vva0&feature=player_embedded

Saya boleh jamin, kebanyakan dari kita gilaaakan Evo, kita membesar dalam era Mitsu, segala-galanya Mitsu dan kita patut berterima kasih kepada Proton. Saingan Mitsu iaitu Subaru memang susah nak cari makan di tempat kita padahal jenama ini tiada masalah apa pun cuma tidak popular sahaja.

Video di atas ialah Mitsubishi Evo 10 S.E. Makna edisi istimewa tersebut merujuk kepada spesifikasinya iaitu campuran model MR dan GSR dan untuk anda tahu dengan lebih terperinci, kena klik play dahulu.

Tapi itulah, untuk model ini Mitsu tukar spoiler tiang gol trademark Evo kepada jenis halus, memang tak berapa nak kena. Dan dalam masa beberapa bulan lagi Proton akan memperkenalkan model gantian Waja, adakah wabak baru, WajaLancer akan menjadi pandemic?

Kalau iya nampaknya Dr. JPJ kena bekerja keras merawat wabak ini dari mengganas.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Toyota Prius: 200k Di Eropah!

Toyota Prius001

Sesuai dengan mood harga minyak naik dan penjimatan minyak sekarang ini dan secara kebetulan pula Toyota mengumumkan penjualan Prius mereka sebanyak 200 ribu unit sejak dilancarkan 10 tahun lepas.

Prius pertama kali diperkenalkan di pasaran Eropah pada tahun 2000 [1997 di Jepun] dan sehingga tahun 2008 sebanyak 100 ribu unit terjual. Dan menakjubkan dalam masa lebih 2 tahun berikutnya penjualan berganda kepada 200 ribu unit. Jualan global Prius dijangka mencapai 2 juta unit penghujung tahun ini.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Subsidi Kurang, Harga Minyak Naik!

Saya sentiasa menyokong kereta hibrid, kerana ianya menjimatkan minyak dan mesra alam. Terus terang kata, kereta yang saya suka ialah Honda CRZ dan mungkin kedua ialah Honda Civic Hybrid.

Mulai Jumaat, kerajaan mengurangkan subsidi dan antaranya ialah minyak petrol. Struktur baru harga minyak adalah seperti berikut:

RON95 = RM1.85/naik 5 sen

Diesel = RM1.75/naik 5 sen

RON97 = Tiada Subsidi

Anggaran penjimatan kerajaan [termasuk gula & lpg] ialah sebanyak RM750 juta untuk tahun ini dan sumber tersebut akan disalurkan semula kepada rakyat melalui pemberian biasiswa pelajar cemerlang, bantuan perubatan dan lain-lain.

Kita mungkin tidak ‘berkenan’ tapi apa yang kita boleh buat ialah kurangkan kemahuan tetapi utamakan keperluan.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Range Rover Evoque Menyamar Dengan Bergaya!

Range Rover Evoque002

Jurugambar risikan sebenarnya boleh membuat duit, kalau terserempak dengan kereta pelik-pelik ambil gambar dan emelkan kepada majalah antarabangsa, mana tahu kalau ada rezeki gambar tersebut akan dibeli. Tetapi sejak kebelakangan ini ada pembuat yang tak segan silu hendak mempamerkan imej kereta yang sedang diuji, kalau dulu saya tulis pasal Kia Sportage kali ini giliran Range Rover Evoque pula.

Iya, walaupun kereta yang diuji dilitipu dengan pelbagai pita orang boleh menggagak kereta apa dan daripada dibalut entah apa-apa baik ditutup dengan cara yang funky.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: