Hyundai: Jerman Kata Berkualiti!

Hyundai i30.001

Bila sebut pasal kereta buatan Korea mungkin ramai yang mengeluh, ada yang kata alat ganti mahal, harga terpakai yang rendah dan bila diulang-ulang akan menimbulkan persepsi negatif walaupun jenama ini sudah melalui pembaharuan.

Kini kumpulan Hyundai-Kia adalah pembuat kereta kelima terbesar dunia. Semakin hari semakin banyak berita yang harum kita dengar, saya tak pasti berapa banyak Hyundai melabur untuk memperbaiki imejnya dan penyelidikan dan pembangunan tetapi yang pastinya bukan sikit duit.

Terbaru sekali majalah AutoBild dari JERMAN menganugerahkan Hyundai sebagai kereta paling berkualiti di sana dan yang menariknya mengalahkan jenama lokal seperti BMW dan Audi. Sekali dengan Toyota pun tercicir.

Penilaian dibuat berdasarkan analisa komprehensif tentang ketahanan, kualiti jangka panjang dan kepuasan pelanggan. Ada 7 kriteria utama termasuk maklumbalas dari 9278 pemilik, waranti pembuat, maklumat panggil semula dan data dari TUV.

Saya pun susah nak percaya, tetapi bila JERMAN yang terkenal dengan kredibiliti mereka bagi anugerah tersebut, saya fikir memang betul lah tu.

Sumber & Foto: Newspress

-Mak Uia-

Muhammad

13 Comments

  1. Caparzo:
    Pelan2 kayuh la..satu hari mesti masuk carta punya..

    Er, sebenarnya gua memang berkenan dgn i30 tu..harga dia je yang buat gua tak berapa berkenan

  2. good job..tp kte kene tgk gak faktor lain, mcm faktor iklan…baya je kt magazine 2, dah dapat name baik…org bizness kn…tp apahal pn tahniah hyundai-kia

  3. Untuk menjadikan Proton macam Kia kita kene ubah persepsi kita terhadap Proton tu dulu.Tahun 80an dulu kereta2 Korea ni mmg crappy la kualitinya.Tapi Rakyat diorang mempunyai jati diri nasionalisme yang kuat.Walau mcm mana crappy@hampas pun kereta buatan Korea diorang still beli.Sampai satu tahap tu mana2 rakyat diorang yang beli kereta luar jiran2 akan anggap seolah2 diorang tu pengkhianat negara.Kerajaan diorang pun kenakan tax gila2 tinggi kat mana2 kereta luar yang nak masuk pasaran Korea.Bila dah semua rakyat Korea(termasuk la rakyat Malaysia)beli kereta buatan Korea maka company kereta Korea pun banyak la duit.Bila dah banyak duit macam2 la penambahbaikan yang company tu boleh buat.So apalagi!!! Support kereta Malaysia walaupun kualiti tak berapa nak baik lagi sekarang ni(at least skrg ni Proton dah bertambah baik).Biar anak cucu kita esok boleh berbangga bila orang Jerman puji kualiti Proton.

  4. sebelum ckp kereta korea crappy ..kena bagi dulu facts mana hang compare kereta korea crappy ni.. support ur facts so nnt kang tak pasal2 geartinggi dikecam prejudis sbb hentam product tanpa fakta..

    even if korean ppl mmg support national car.. aku rasa it’s fair choice in terms of quality and if the car really that bad at that time.. i guess they are now improving tremendously.. as such.. korean pride of driving cars (somehow local market similar with import condition) unquestionable coz they are paying for what they are fantasizing .. as a result they keep surfacing with new design where as our national car still finding it’s way to keep up with the competitors.. the accent and stylish series of KIA and hyundai slowly open up motorist enthusiast on the beauty of korean branding.

    dont say that i am not patriotism as when come for something worth for money, definitely i will withstand my words.. and don’t harshly call me that i support foreign makers as i reckon not many of them succeeded to boost up the sales.. just choose the one that adequate, economical and of course affordable without jeopardizing in the name of xenophobia..

    i rest my case..

  5. hyudai ni da banyak abes duit bayar kat sepat ..
    pasal tu sepat dah kaya raya ..
    hahahaha ….

  6. tak berani nak komen lebey2 sbb gua tak tau sgt sejarah kete2 korea ni…so kalo ade komen gua yg agak tak berape betui tu tlg la betui kan…ye dok en sepat

  7. mold utk proton pon made from korea
    hatta cubic jig pon made in korea
    ternyate teknologi korea antare terbaik

  8. “first I want to inform that all my comment is from my opinion only and I have no fact and data to support my comment.. I write what come out from my mind and no time to surf internet for fact and data just to make comment in blog.”
    if not mistaken first step that have been done by Hyundai to enter global market is branding. beside that quality is important )From what I have notice long time ago they start to advertise their brand in popular sport that no connection with automotive industry e.g.. in football, tennis, golf and others. only few year back they enter WRC.cause this popular sport have more viewer than motosport.this the best way show the to world the existing of Hyundai.and proton should improve quality and do that too(talking about quality even toyota also have quality problem too and it worse than proton it involve life)

  9. wow wow sepat talk Amerika I loiikkeeee. Hei sepat let’s race monster trucker i loikkeee too

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *