Dalam segmen midi sedan dan kompak, Mazda menawarkan kepada konsumer lokal Mazda2 sedan dan hatchback. Jualannya boleh tahan dan saya paling banyak terserempak dengan Mazda2 sedan, iye kita memang juara sedan.
Jul 28
MAEPS: Pameran Pertanian
Gambar di atas ini ialah Malaysia Agro-Exposition Parl [MAEPS], Serdang. Venue ini biasa digunakan untuk pameran pertanian dan macam-macam lagi. Kalau siapa yang terlibat dalam pertanian memang kenal sangat tempat ini sebab di sinilah berlangsungnya MAHA, pameran pertanian mega.
Jul 28
IIMS 2010: Proton Exora President!
Proton Exora sentiasa menarik perhatian saya, model ini bagi saya adalah kemas dan produk yang sesuai pada harga dan masa. Sejak dari hari pelancaran lagi saya dah tertarik dengan 2 model khas iaitu Prestige dan Prime dan sekarang ini pembeli boleh mendapatkan Exora 25 Tahun dengan bamper hitam yang tak nampak racing langsung tetapi dalaman yang mewah dan cantik ataupun Exora MC tanpa bamper hitam tersebut. Selain dari itu rim Exora MC memang cun, ala-ala VW Scirocco.
Jul 27
Volkswagen: Kos R&D Saja Lebih RM20 Bilion!
Saya boleh kata ramai yang mengagumi VW, jenama ini memang hebat dan di bawah kumpulannya ada berderet jenama kereta. Audi, Bugatti Matpon, Lamborghini, Seat, Skoda dan itu belum kira anak syarikat yang kita tak kenal. Terbaru sekali mereka dah telan firma desain Itali, Italdesign yang merekabentuk Proton Emas dan Persona R khabarnya.
Untuk info saya senaraikan sedikit poin pasal gergasi Eropah ini.
Jul 27
IIMS 2010: Proton Persona Elegance & Proton Saga EV
Di Jakarta International Expo Kemayoran sekarang ini sedang berlangsung Indonesia International Motor Show 2010, acara yang bermula 23 Julai hingga 1 Ogos ini menampilkan pelbagai pembuat kereta dan turut disertai Proton Indonesia.
Jul 26
F1 Jerman 2010: Dominasi Ferrari!
Hari yang mengecewakan untuk tim Lotus Racing apabila kedua pemandunya gagal menamatkan perlumbaan di GP Jerman. Walaupun seperti biasa mendahului tim baru lain semasa ujian kelayakan itu tidak mencukupi untuk terus di hadapan. Jarno Trulli bermula dengan baik dan menduduki tempat kelimabelas dan terpaksa memasuki pit pada pusingan keempat selepas gear dua mengalami masalah, beliau kembali berlumba dan masih gagal seterusnya terpaksa bersara. Lain pula dengan rakan sepasukan, Heikki Kovalainen memandu dihadapan tim baru lain hinggalah pusingan 56 apabila dilanggar dari belakang oleh Pedro de la Rosa dari Sauber. Kemalangan tersebut bukan berpunca dari de la Rosa tetapi Heikki yang menghalang laluan de la Rosa kerana ingin memberi laluan kepada pemandu Williams.
Jul 25
F1 Jerman 2010: Perlumbaan Tempatan Untuk Mercedes GP Petronas
Hari ini berlangsung perlumbaan F1 di litar tempatan untuk tim Mercedes GP Petronas dan kedua pemandunya, Michael Schumacher dan Nico Rosberg. Kedua pelumba bermula di grid pertengahan, Rosberg di tempat kesembilan manakala Schumi pula kesebelas.
Berdebar gila rasanya diaorang ini, penyokong tempatan menaruh harapan tinggi, samalah macam kita.
Tim Lotus Racing pula dengan Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen masing-masing di grid 18 dan 19.
Untuk grid pertama pula macam biasalah, Sebastian Vettel di hadapan dan kedua, Fernando Alonso. Ferrari mungkin dah jumpa resepi sebab Vettel hanya menang tipis iaitu 0.002 saat di hadapan Alonso.
-Mak Uia-
Jul 24
Gambar: Suzuki Swift Baru!
Sebelum ini saya ada poskan gambar Suzuki Swift terbaru, model generasi ketiga ini mengekalkan desain asas lama dan akan mula dijual di UK pada penghujung tahun ini.
Gambar terbaru ini lebih lengkap, ada belakang, tepi dan interior. Swift adalah model cari makan Suzuki dan di India sana merupakan kereta sejuta umat macam Honda Jazz di Indonesia dan Perodua Myvi di negara kita.