F1 Jerman 2010: Perlumbaan Tempatan Untuk Mercedes GP Petronas

Hari ini berlangsung perlumbaan F1 di litar tempatan untuk tim Mercedes GP Petronas dan kedua pemandunya, Michael Schumacher dan Nico Rosberg. Kedua pelumba bermula di grid pertengahan, Rosberg di tempat kesembilan manakala Schumi pula kesebelas.

Berdebar gila rasanya diaorang ini, penyokong tempatan menaruh harapan tinggi, samalah macam kita.

Tim Lotus Racing pula dengan Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen masing-masing di grid 18 dan 19.

Untuk grid pertama pula macam biasalah, Sebastian Vettel di hadapan dan kedua, Fernando Alonso. Ferrari mungkin dah jumpa resepi sebab Vettel hanya menang tipis iaitu 0.002 saat di hadapan Alonso.

-Mak Uia-

Muhammad

2 Comments

  1. Lotus kena improve bnyk lagi ni…Mercedes GP Petronas pun kena usaha lebih…baru lebih power…kipidap..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *