Gambar: Suzuki Swift Baru!

Suzuki Swift.006

Sebelum ini saya ada poskan gambar Suzuki Swift terbaru, model generasi ketiga ini mengekalkan desain asas lama dan akan mula dijual di UK pada penghujung tahun ini.

Gambar terbaru ini lebih lengkap, ada belakang, tepi dan interior. Swift adalah model cari makan Suzuki dan di India sana merupakan kereta sejuta umat macam Honda Jazz di Indonesia dan Perodua Myvi di negara kita.

Suzuki Swift.002

Penggunaan besi yang lebih kuat menjadikan kereta ini lebih ringan dan kuat dan impak keselamatan yang lebih baik untuk pejalan kaki dan penumpang. Kereta ini 90mm lebih panjang, 50mm lebih lebar dan 100mm lebih tinggi. Pengendalian juga lebih true katanya berbanding Swift lama dan kereta ini dikuasakan oleh enjin 1.2 liter Dual VVT berkuasa 94PS pada 6,000rpm. Enjin 1.3 diesel pula bakal dipasarkan pada awal 2011.

Setakat ini tiada berita lagi pasal Suzuki Swift Sport.

Sumber & Foto: Newspress

-Mak Uia-

Muhammad

15 Comments

  1. tgok btul2 kt headlight die… radius die lg tajam…
    swift lama lmpu die agak besa radius die…

  2. boleh tak desain(design) tu ditukar kan kepada rekabentuk..berkelat mata aku tgk bahasa melayu mcm ni…

  3. dbdp

    Minta maaf kerana mata saudara berkelat. Sekadar berkongsi, desain adalah bahasa Indonesia yang ulang kali digunakan dalam Geartinggi [GT]. Saya fikir selain bahasa Inggeris adalah molek untuk menggunakan bahasa Indonesia kerana negara tersebut lebih hampir dengan negara kita berbanding negara-negara Inggeris.

    Selain dari perkataan desain, saya juga lazim menggunakan perkataan ‘tim’ juga dari bahasa Indonesia.

    Untuk rujukan saudara dan sekutu, laman web ini: http://prpm.dbp.gov.my/Default.aspx boleh digunakan bila perlu.

Kata Anda//