MMER 2010: Tunku Hammam Menang Kali Kedua!

MMER2010.08

Pelumba lokal, Tunku Hammam Tunku Sulong memenangi Perlumbaan Merdeka Millennium Endurance [MMER] melalui timnya sendiri, Arrows Racing dengan mengalahkan tim kegemaran dari Audi di litar Sepang kelmarin. Berpasangan dengan bekas juara GT3 Eropah, Christopher Haase dan pemandu handal dari Belanda, Peter Kox dengan kereta Lamborghini LP560, kesemua mereka memandu dengan cemerlang. Tim bermula pada grid kedua dan mula mendahului dengan memintas tim Porcshe Club Singapore Racing 3 jam selepas perlumbaan.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

500CbyDiesel: Fiat 500 Lagi!

Fiat 500 ByDiesel.001

Nampaknya entri mengenai Fiat 500 berterusan lagi. Selepas edisi BlackJack dan Tributo Ferrari, jenama nasional Itali ini memperkenalkan lagi satu model edisi istimewa iaitu 500CbyDiesel.

Model dengan atap boleh tukar [convertible] ini dihasilkan dengan kerjasama Centro Stile Fiat dan jenama pakaian, DIESEL. Warna badan kereta ini ialah Midnight Indigo Blue, lebih kurang macam warna seluar jeans. Selain dari warna macam jeans kereta ini ditawarkan dengan 3 varians enjin iaitu 1.2 liter, 1.4 liter dan 1.3 liter MultiJet diesel. Pembeli juga boleh memilih atap lembut [soft top] dengan warna hitam, putih gading dan merah.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Nabil Jeffri Pandu Ujian Aero Lotus Racing

Lotus Racing Jerman 2010.003

Lotus Racing mengumumkan Nabil Jeffri, remaja berusia 16 tahun yang sekarang ini bersaing dalam BMW Pacific untuk tim Eurasia Motorsport akan memandu kereta Lotus Racing semasa ujian aerodinamik pada awal September nanti di UK.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Alfatihah.

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.

Anak sepupu saya dah tiada semalam, bayi pra-matang.

Alfatihah.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

VW Caddy Racer: Van Lumba!

VW Caddy Racer.001

Sekutu mungkin fikir VW dah tak ada kerja bila jadikan van Caddy ni sebagai kereta atau lebih tepat lagi, van lumba. Tapi ini adalah betul dan van ini memang berupaya untuk bersaing dengan kereta, baru-baru ini Rockingham Raceway, Caddy ini bermula di grid 21 dan tamat di tempat kelapan! Boleh tahan.

Bukan setakat di trek lumba tetapi di strip drag semasa di GTI International – acara terbesar untuk peminat kenderaan berprestasi dari Kumpulan VW, Caddy ini mengalahkan kereta hac [hatch] lain dalam cabaran pecut 0 – 60 dalam masa 6.6 saat! Lagi boleh tahan!

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Video: Rock it Like Block

httpv://www.youtube.com/watch?v=xYkaFWESDic&feature=related

Ni dia yer, video Ken Block naik kereta rally pergi kedai beli barang. Kereta ni nama dia Ford Fiesta ok.

Sekian yer. Kerja time matahari tegak macam ni memang mencabar yer. Mata kuyu jer. Bos gua bagi suh buat keje.

Sekian.

Good bye.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Abarth 695 Tributo Ferrari

Abarth 695 Tributo Ferrari.01

Hanya beberapa hari lepas saya tulis entri pasal Fiat 500 BlackJack. Dan hari ini ialah model 500 yang lagi canggih, ganas dan semestinya lagi eksklusif – Abarth 695 Tributo Ferrari.

Terhad 152 unit sahaja dikeluarkan dengan model pemanduan sebelah kanan untuk pasaran UK dengan harga GBP29,600. Bahagian luaran diinspirasikan daripada model-model Ferrari seperti cermin sisi karbon, roda Corsa Grey dan bahagian depan dengan ambilan udara.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

SUPER GT SUGO 2010: Keihin HSV-010 Juara!

SuperGT Sugo 2010.01

Berita ini bulan lepas lagi sebenarnya tapi saya lupa nak buat pendaftaran baru dengan media SuperGT, jadi inilah dia bulan 8 baru cerita.

Pada 25 Julai lepas di litar Sugo berlangsungnya pusingan 5 AUTOBACS SUPER GT. Kelas GT500 dimenangi oleh kereta no. 17 Keihin HSV-010 yang dipandu oleh Toshihiro Kaneishi dan Koudai Tsukakoshi. Kelas GT300 pula dimenangi oleh kereta no. 2 Appl.K-ONE.Shiden yang dipandu oleh Hiroki Katoh dan Hiroshi Hamaguchi.

Tim negara, Petronas Tom’s dan Mutiara Motors pula gagal naik podium kali ini dengan masing-masing dapat no.7 dalam kategori GT500 dan GT300.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: