Abarth 695 Tributo Ferrari

Abarth 695 Tributo Ferrari.01

Hanya beberapa hari lepas saya tulis entri pasal Fiat 500 BlackJack. Dan hari ini ialah model 500 yang lagi canggih, ganas dan semestinya lagi eksklusif – Abarth 695 Tributo Ferrari.

Terhad 152 unit sahaja dikeluarkan dengan model pemanduan sebelah kanan untuk pasaran UK dengan harga GBP29,600. Bahagian luaran diinspirasikan daripada model-model Ferrari seperti cermin sisi karbon, roda Corsa Grey dan bahagian depan dengan ambilan udara.

Dikuasakan oleh enjin pengecas turbo 1368cc menghasilkan 180bhp pada 5500rpm dan 250Nm tork pada 3000rpm. 695 Tributo Ferrari ini boleh memecut dari pegun hingga 62 bsj dalam 7 saat dan kelajuan maksimum 140 bs/j.

Selain dari ciri prestasi di atas, model ini ada banyak lagi barang dan teknologi seperti:

  • 5 beg udara
  • electronic stability programme (ESP)
  • torque transfer control (TTC)
  • Sport button
  • automatic climate control
  • Xenon headlights
  • Blue&Me hands-free infotainment
  • Stereng kulit Abarth
  • Ekzos dual ‘Record Monza’
  • Kerusi Sabelt Abarth Corsa

Dipasang pada belakang stereng ialah padel kotak gear elektro-hidraulik Abarth Competizion yang mempunyai dua mod iaitu manual dan auto. Memilih butang Sport pada papan pemuka bermakna tetapan pemanduan lebih rancak dengan kotak gear, unit kawalan enjin dan stering lebih responsif.

Untuk pengetahuan sekutu, model asal Abarth 695 pertama kali diperkenalkan pada pertengahan 60an dengan enjin berkuasa 38hp, kalau kena talaan yang betul boleh capai 50hp.

Abarth 695 Tributo Ferrari hanya boleh dipesan khas dari 17 pengedar Abarth UK. Ada bran cari AP bawa masuk sini, mini Ferrari kot.

Sumber & Foto: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

    • C27 on 04/08/2010 at 8:22 AM

    tak berani pula gua nak pesan..

    • amid on 04/08/2010 at 9:40 AM

    alangkah best kalau Savvy dibuat camni…

    • hafidz on 04/08/2010 at 12:32 PM

    lawa giller kete tuh…..mini ferrari

    • HeLMi on 04/08/2010 at 3:09 PM

    Mmg gempak kalo masuk Mesia ni…

    • kete_hitam on 04/08/2010 at 6:51 PM

    nampak sedap…

    • BIMMER on 04/08/2010 at 9:17 PM

    MACAM BODYKIT SATRIA NEO R3 LOTUS RACING JE , BAIK BELI MALAYSIA PUNYA BRAND , BUAT APE LAJU2 , INGAT MATI INGAT SAKIT BRO…..

    • azwan nbs on 04/08/2010 at 10:41 PM

    SPEED KILING PEOPLE….!!!!

  1. janji best…time tido pon boleh mati….

    • belalang_kontot on 06/08/2010 at 7:08 PM

    amid, ape kate lu try wat savvy jadi camni?nanti masukkan dlm MK..bernas tak idea gua?

    • megat putra kuning on 08/08/2010 at 2:39 PM

    Savvy kne amik model mitsu colt.proton..belajarlah drpd kesilapan lalu…

    • megat putra kuning on 08/08/2010 at 6:06 PM

    Proton..blaja lah dari kesilapan lalu…

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.