Majalah KERETA 129: Dah Jual Ye Brader!

Majalah Kereta 129.01

Ye brader-brader majalah Mat Kacau ni dah kua yer. Lama betul gua tak post. Te he he te he he. Mak Uia tak bagi gua post bulan lepas sebab ada gambar pempuan seksi. Te he te he he. Ada Exora Turbo TD05. Oklah.

“Elo?, aaa? aaa??” Ok lah gua ada hal.

Good bye.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Lotus: Evora S & Evora IPS

Lotus Evora S01

Menjelang Pameran Kereta Paris pada 30 September ini Lotus memperkenalkan dua varian baru Evora, iaitu Evora S dan Evora IPS.

Evora S pada asasnya adalah enjin 3.5 liter V6 yang dipasangkan pengecas lampau [supercharger] dan secara pintas menjadikannya lebih berkuasa dengan kuasa maksimum 350 ps dan tork 400 Nm pada 4500 rpm. Model ini didatangkan dengan pakej sport sebagai standard dan antara ciri-cirinya ialah butang ‘sport’ yang membolehkan pemandu mengawal respon pendikit dan mengaktifkan injap pintasan ekzos. Nota ekzos turut berbeza dan katanya lebih dramatik. Seleksi butang tersebut juga meningkatkan had putaran enjin [rpm] dan menukar talaan kawalan kestabilan dinamik [DSC]. Dan untuk lebih penyejukan pada brek, cakeranya adalah jenis palang dan tebuk.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

10 Malam Akhir

httpv://www.youtube.com/watch?v=NzNY9BoWmh0

Seperti yang sekutu maklum kita dah masuk babak terakhir bulan Ramadan. Maknanya kita berada dalam malam-malam istimewa. Dalam radio dah meriah lagu-lagu raya dimainkan dan pada saya sambutan raya patut dibuat betul-betul hampir pada dan selepas raya. Kalau nak diikutkan sebelum raya ada dua perkara yang perlu dirai iaitu kedatangan dan bulan Ramadan, Lailatul Qadar dan kemudian barulah Syawal.

Norma di radio ialah meraikan 1 Syawal seawal 15 Ramadan. Walaupun Syawal adalah bulan yang mengembirakan tapi saya rasa ada yang berasa sedih sebab belum tentu dapat meraikan Ramadan seterusnya, kita pun belum tentu lagi.

Silakan kongsi:

SUPER GT SUZUKA 2010: ARTA HSV Juara Kali Pertama!

SuperGT Suzuka.2 2010.01

Pusingan 6 Autobacs Super GT berlangsung di litar Suzuka pada 22 Ogos lepas dengan podium kelas  GT500 didominasi oleh jentera Honda HSV-010 GT. Kereta nombor 8 Arta HSV-010 yang dipandu oleh Ralph Firman, Yuji Ide dan Takashi Kobayashi [beliau hanya memandu pada ujian masa] buat pertama kalinya menghadiahkan tim Arta juara perlumbaan pada musim ini. Dengan keputusan tersebut menjadikan Honda HSV-010 GT tiga kali menjuarai podium setakat enam pusingan.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Selamat Ulangtahun Kemerdekaan ke 53!

Jalur Gemilang.01

Hari ini ialah ulangtahun kemerdekaan kita yang ke 53. Ini bermakna dah genap 53 tahun kita bebas dari mendaulatkan penjajah.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

WRC Jerman 2010: Sebastien Loeb Juara Lagi!

Citroen WRC Jerman2010.03

Selepas dikalahkan oleh Jari-Matti Latvala pada WRC Finland lepas, Sebastien Loeb kembali meneruskan misi lagendanya dengan memenangi pusingan terbaru WRC di Jerman. Bukan setakat Loeb saja yang menang tetapi tim Citroen World Rally mendominasi terus perlumbaan tersebut. Latvala dari Ford Abu Dhabi hanya menduduki tempat keempat.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

F1 Belgium 2010: Hari Untuk Lewis Hamilton

Lotus Racing Belgium 2010.02

Lewis Hamilton dari McLaren Mercedes sekarang ini memegang takhta pemandu apabila memenangi Formula Satu Belgium yang agak kucar-kacir kelmarin. Beliau menang hanya 1.5 saat di depan pemandu RedBull Mark Webber yang kini dengan kumulatif 179 mata, ketinggalan 3 mata di belakang Hamilton.

Bagaimana pula dengan seorang lagi hero muda RedBull Sebastian Vettel? Beliau jauh dibelakang rakannya dengan pelbagai drama, pada pusingan ke 16 beliau telah menghentam sisi kereta Jenson Button dan akibatnya didenda dengan penalti pandu-lalu [drive thru]. Kisah Vettel tidak tamat di situ sahaja, selepas dari insiden tersebut beliau ‘menyentuh’ pula kereta Tonio Liuzzi pada bahagian sayap depan. Kesudahannya beliau melepasi bendera penamat di tempat ke 15.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Luca di Montezemolo Baru Balik Dari Taman Tema Ferrari

Ferrari Theme Park.04

Untuk pengetahuan saja-saja sekutu, Encik Luca di Montezemolo, Pengerusi Ferrari baru balik dari Abu Dhabi malam Khamis lepas. Beliau ke sana bagi menghadiri siri mesyuarat dengan rakan-rakan Ferrari di Emiriyah dan melawat tapak pembinaan taman tema Ferrari.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: