Minggu Lotus: Esprit 2013

Lotus Esprit 2013.05

Sebelum Dany Bahar bekerja dengan Grup Lotus, pengurusan lama merancang untuk mengeluarkan dua model ikonik iaitu Evora dan kemudian disusuli Esprit. Evora dikeluarkan dahulu dan memberi isyarat Lotus akan kembali kepada zaman kegemilangannya. Apabila Dany Bahar masuk bekerja perancangan tersebut diperbesarkan dan ini adalah strategi untuk kembali meraih keuntungan selepas berbelas tahun kerugian. Strategi yang betul sebab nak harapkan Proton pikat hati pelanggan Eropah memang mimpi sajalah dan oleh itu lebih baik guna aset sedia ada, tambahan pula margin kereta mewah lebih tinggi dari kereta kebanyakan. Enam model diperkenalkan pada Pameran Kereta Paris iaitu Esprit, Elan, Elite, Elise, Eterne dan Concept City Car [Emas]. Saya mulakan minggu Lotus dengan model Esprit.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Bajet 2011: Industri Automotif

Honda Jazz Hybrid.02

Saya boleh jamin ramai dari kita menonton PM mengumumkan Bajet 2011, menunggu apa yang menarik, yang kerja swasta nak tahu pengurangan cukai, yang kerja kerajaan menunggu bonus dan rakyat secara amnya menunggu langkah pengurangan beban mereka. Untuk kita yang kaki kereta pastinya nak tahu perancangan kerajaan dalam bidang ini, oleh itu di bawah adalah ringkasan Bajet 2011 yang berkaitan dengan industri automotif.

Kenaikan 1% Cukai Perkhidmatan

Cukai jualan sebelum ini 5%, maknanya kalau kena caj RM10, RM0.50 daripadanya adalah cukai. Sekarang ni dah jadi RM0.60. Kalau RM100 jadi RM6, kalau RM1000 dah jadi RM60.

Tol Plus Tak Naik Sampai 5 Tahun

Kadar Tol Plus kekal sampai 5 tahun tetapi macam diumumkan sebelum ini, subsidi petrol akan dikurangkan.

Biodiesel Mula Jun 2011

Kenderaan diesel di Lembah Kilang, Negeri Sembilan dan Melaka dimandatorikan guna campuran 95% diesel dan 5% minyak bio kelapa sawit [B5].

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Baii: Proton Inspira Punya Pengenalan

Proton Inspira.03

Apa sahaja berita yang melibatkan Proton, ia akan mendapat perhatian luas di seluruh negara. Gua jenis yang suka jalan-jalan dalam blog orang, bila ada isu Proton, tu dia dia punya komen punyalah banyak. Yang anti jangan ceritalah, daripada banyak yang gua tengok, tak ramai yang betul-betul faham industri automotif dan perniagaan. Jenis yang provokatif jangan ceritalah, itu belum masuk jenis pengetahuan zero. Jenis tulis merapu jadah apa tak tau.

Seperti yang lu orang semua semua tengok dalam akhbar, majalah, TV dan blog, inilah model Proton yang paling ditunggu tahun ini. Rasa gua, semua model Proton pun orang tunggu. Baru-baru ni, atau lebih tepatnya hari Khamis (14 Oktober) telah berlaku pelancaran lembut (soft launch) hahahaha, jadah apa gua terjemah ni.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Video: Gambar Penuh Honda Civic Baru

httpv://www.youtube.com/watch?v=aDffgtjd7Sc&feature=player_embedded

Ini lah dia video risikan paling baik tahun ini. Honda Civic baru, memang lain betul dengan Civic sekarang ini. Nampak bersahaja dan entah lah nak komen apa sebab barang tak ada depan mata. Saya tak boleh bayang lagi macamana rupa Type R nanti. Entah ada atau tidak.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Perodua Myvi Euro 5

Perodua Myvi SE_Sport.02

Perodua berbesar hati mengumumkan dua varian baru Myvi; SE dan Sport di UK. Paling menarik sekali ialah kedua-dua model ini mematuhi syarat Euro 5. Syarat Euro 5 ini memang payah nak patuh dan sebab itu lah juga Civic Type R UK bakal dihentikan pengeluaran.

Myvi Sport ada kit badan yang terdiri dari skirt depan, sisi dan belakang termasuklah ekzos berkembar empat palsu. Selain dari itu turut dipasang ialah moulding sama warna dengan badan, lencana Myvi dan pemegang pintu krom. Roda aloi pun ada sekali nak bagi lagi nampak sporti. Pada bahagian dalaman, dipasang panel instrumen dan panel pintu dengan efek gentian kaca. Warna yang ditawarkan ialah Hitam Ebony atau Putih Ivory.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Aston Martin Cygnet: Kereta Kompak Hartawan!

Aston Martin Cygnet.03

Kita biasa tengok kereta ini di media massa, kereta kompak mewah yang asalnya daripada Toyota iQ. Apa yang Aston Martin buat ialah mewahkan kereta Jepun ini dan caj berlipat kali ganda sebab bila kita bercakap pasal segmen premium ini golongannya adalah yang jenis duit berkepuk. Jenis duit tak habis makan. Cygnet ini memang popular dan ianya bakal diproduksikan pada 2011 selepas pertama kali dipertontonkan pada umum Mac lepas.

Spesifikasi penuh Cygnet masih belum dikeluarkan jadi nak cerita panjang pun tak boleh. Yang Aston Martin maklumkan ialah kereta ini adalah keluaran kelapan daripada kilang canggih mereka sejak tahun 2004. Tak apa, kita layan gambar saja, Matpon punya stail.

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi:

Toyota Avensis NGTC

Toyota Avensis.03

Walaupun ramai orang kata kereta Toyota tak ada jiwa tetapi bila masuk bab perlumbaan dia orang hebat juga. Contoh paling dekat ialah Lexus SC430 yang digunakan dalam SuperGT dan paling tak menahan Lexus LFA dan kita jangan lupa enjin Lotus datangnya juga dari Toyota. Dalam entri ini pula ialah Toyota Avensis Next Generation Touring Car [NGTC] yang akan membuat penampilan sulung pada pusingan akhir Kejohanan Kereta Touring Dunlop MSA British.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Video: Desain Nissan Juke

httpv://www.youtube.com/watch?v=cpeCCiX-pfQ&feature=player_embedded#!

Entri pasal Nissan Juke memang tak sepi dari kutukan, tak dinafikan desainnya memang kontroversi, tak pernah dibuat dek Nissan kereta macam ini. Walaupun ramai yang tak boleh terima desain baru ini tetapi di Jepun jualannya memberangsangkan. Agaknya orang sekarang ini suka desain yang pelik-pelik mungkin sebab nak nampak berbeza dengan orang kebanyakan atau mungkin juga dah tak tau nak beli kereta apa.

Untuk lebih memahami desain Juke, Encik Alfonso Albaisa, Timbalan Presiden Nissan Design Europe menerangkan pasal kereta ini dalam video di atas. Ada pengaruh dari kereta rali, bumerang dan badan ahli sukan. Benda yang kita kutuk-kutuk ni kan bila lama-lama boleh jadi suka pula.

-Mak Uia-

Silakan kongsi: