Nissan GT-R adalah kereta yang begitu ikonik, dengan barisan kereta penumpang biasa seperti Sentra, Latio, Sylphy dan sebagainya amat bercanggah apabila Nissan boleh mengeluarkan model sehebat ini, atau mungkin sebagai projek lepas geram pereka dan jurutera mereka. Walaupun model seperti ini kabur dalam sifir pulangan pelaburan [ROI] tetapi ianya diperlukan syarikat automotif bagi menunjukkan kemampuan kejuruteraan mereka. Lagi pula input model ini akan diperturunkan kepada model jalanan biasa.
Sejak penampilan sulung pada Pameran Kereta Tokyo 2007, Nissan GT-R mempersonakan pemiliknya sebagai kereta berprestasi tinggi yang mesra pemandu. Kini Nissan memperkenalkan Nissan GT-R model 2011 yang dibangun berdasarkan tema “World’s best multi-performance and pleasure of responsive driving”. Output enjinnya dipertingkatkan kepada 530 ps pada 6,400 rpm dan tork maksimum 612 Nm dari 3,200 hingga 6,000 rpm. Penutup enjin diwarnakan merah untuk mengilustrasikan penambahan prestasi. Paling menarik enjin ini lebih jimat minyak dengan modifikasi pada tekanan galak [boost] pengecas turbo, pemasaan injap, nisbah campuran udara dengan diameter paip inlet lebih besar dan sistem ekzos.
Klik untuk bacaan seterusnya >>