Selepas lima tahun dilancarkan Perodua Myvi masih lagi kereta kegemaran rakyat Malaysia. Mengikut rekod, Myvi adalah kereta terlaris pada empat tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009. Jualan Myvi pada tahun 2010 juga laku keras dan setakat Oktober sebanyak 64,109 unit telah terjual. Pada kedudukan kedua ialah Proton Saga dengan jualan terkumpul untuk tempoh sama sebanyak 61,909 unit.
Jualan Perodua Myvi pada Oktober ialah 7,413 unit manakala 6,535 unit untuk Proton Saga. Laku macam goreng pisang panas.
-Mak Uia-