Proton Bersaing dalam Rali Monte Carlo

Proton Satria Neo S2000 2011.02

Proton akan memulakan kempen rali antarabangsa 2011 dengan menyertai rali Monte Carlo dari 18 hingga 22 Januari yang juga pusingan pembukaan Intercontinental Rally Challenge [IRC].

Pasukan Proton Motorsports menerima Jalur Gemilang daripada Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Bin Cheek pada Selepas lepas di Shah Alam. Turut hadir ialah Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pengarah Urusan Proton Holdings, Dato’ Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Proton Satria Neo S2000 2011.03

Proton akan bersaing semusim penuh dalam IRC dan Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] dengan kereta rali Satria Neo Super S2000. Chris Atkinson dan pemandu baharu, Per-Gunnar Andersson akan memandu dalam cabaran IRC manakala Alister McRae akan memandu dalam cabaran APRC dengan pusingan pertama di Johor dari 1 hingga 3 April.

Sempena dengan pelancaran pasukan, Proton Motorsports turut meraikan Yasmin Group dan Sime Kansai Paints sebagai rakan pasukan dengan penajaan RM1 juta.

Proton Satria Neo S2000 2011.01

Untuk rekod, Satria Neo S2000 membuat penampilan perlumbaan pertama pada IRC 2009 dan walau pun masih dalam peringkat pembangunan tetapi secara konsistennya menamatkan perlumbaan di kelompok kesepuluh. Pencapaian terbaik pada 2009 ialah menamatkan perlumbaan di tempat kedua di Rali Scotland dan tempat keempat di Rali Rusia. Pada 2010, pasukan mendapat tempat kedua kategori pembuat dalam APRC dengan penamat terbaik di kedudukan 1-2 di Rali China dan tempat kedua di Rali New Zealand.

Karamjit Singh Alister McRae Chris Atkinson.01

Perlumbaan terakhir pasukan Proton ialah pada 2004 di Rali Canberra dan sepanjang penglibatan dalam rali antarabangsa, Proton memenangi tiga kali kejuaraan APRC iaitu pada tahun 2001, 2002 dan 2004. Pada tahun 2002 juga menyaksikan Proton memenangi Kejohanan Rali Dunia FIA [WRC] kategori kereta produksi.

Teks: Proton

-Mak Uia-

Klik untuk gambar seterusnya >>

Silakan kongsi:

Temuramah dengan Encik Siput

Siput Turbo

2011 ni gua kena ada KPI. Gua mati kutu apa gua mau bikin setakat nak gua jaga posting memang pejam mata aje buat. Tapi sepandai-pandai tupai melompat gua saspek dia stadi sama kanggaro. Gua mesti panjang akal. Gua tau lu orang suka sama brader atas tu. Hari tu gua ada jumpa dia, bos gua yang intro. Gua sempat sembang sama dia. Boleh tahan ugly lawyer dia ni. Lu orang baca sendiri tengok.

Gua: Apa kabar brader, salam dulu.

Siput: Main kasar nampak, gua takde tangan. Kabar baik.

Gua: Sori. Nama lu apa?

Siput: Nama panjang ke shokat ke macamana ni?

Gua: Lu nak gua panggil apa!!!

Siput: Panggil gua Siput gua asal dari Jepun.

Gua: Boleh tahan lu ni yer, pandai cakap Jepun?

Siput: Tak pandai. Gua lepak sana jap je bro. Gua lupa, nama lu apa?

Gua: Nama panjang ke pendek ke macamana ni?

Siput: Dem. Terkena gua.

Gua: Baru lu tau sapa gua. Panggil gua Matpon.

Siput: Perkhhhh patutla gua neves aje jumpa lu, brader femes rupanya. Gua kenal lu brader, member lu Mat Kacau, member gua selalu masuk majalah. Lu tak pernah masuk mempelam ke brader?

Gua: Lu nak kena terajang?

Siput: Ok ok ok. Tade humor sense lu rupanye yer.

Gua: …………………..

Sekian. Gua siram air lepas tu.

Babai.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Proton Satria Neo Cusco

Proton Satria Neo R3 Concept.33

Baii dan Syuk akan ke Jepun esok jalan-jalan makan angin sambil bikin kawan-kawan lain cemburu. Mereka berdua akan singgah di Tokyo Auto Salon dan pastinya kunjungan ini lebih manis apabila Proton Motorsports akan mempamerkan kereta konsep mereka di sana.

Selain dari itu, Cusco Jepun telah membeli beberapa unit Proton Satria Neo untuk diprojekkan sebagai kereta lumba Group N. Dengar kata Proton Satria Neo [spesifikasi Australia] tersebut sudah pun mendapat kelulusan JPJ Jepun [badan berkuasa] dan kini Neo layak dijual di sana.

Pencapaian yang bagus memandangkan dalam banyak-banyak kereta di atas muka bumi, Cusco memilih Proton Satria Neo. Paling menarik kalau ada half cut Neo spesifikasi Cusco di bawa masuk ke dalam negara selepas ini.

Kemaskini: klik untuk entriĀ Proton Satria Neo Cusco terbaharu.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Senarai Harga Nissan dan Impul

Nissan Teana 2010.09

Untuk sekutu yang berminat dan berkira-kira hendak beli Nissan, disertakan ialah senarai harga lengkap model Nissan dan Impul daripada Edaran Tan Chong Motor.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Skoda di Monte Carlo

Skoda Fabia S2000 2011.02

Rali Monte Carlo yang terkenal sebagai rali lagenda memasuki edisi ke 100 tahun ini dan akan berlangsung pada 19 hingga 22 Januari nanti. Pusingan pembukaan IRC 2011 akan disertai bukan sebuah tetapi sepuluh buah Fabia S2000. Skoda adalah juara musim 2010 dan sasaran tahun ini ialah mengekalkan kejuaraan tersebut.

Skoda Fabia S2000 2011.01

Dengan resipi kejayaan, Skoda Motorsport mengekalkan juara musim lepas iaitu Juho Hanninen – Mikko Markkula dan naib juara Jan Kopecky dan Petr Stary. Pasukan juga akan memperkenal rekaan grafik baru dengan elemen warna hijau yang sinonim dengan jenama Skoda. Paling menarik ialah pada pintu hadapan dilekatkan logo meraikan penglibatan 110 tahun Skoda dalam sukan permotoran. Sikit punya lama main kereta.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Daniel Sordo Pandu Untuk MINI WRC Team

Mini WRC 2011.01

Pemandu Sepanyol, Daniel Sordo telah dipilih untuk menyertai seorang lagi pemandu, Kris Meeke dalam menyahut cabaran MINI WRC Team dalam WRC musim 2011 .

Dani Sordo yang berusia 27 tahun adalah pemandu berpengalaman dan sudah berlumba di peringkat tinggi sejak beberapa tahun lepas. Setakat ini beliau telah memenangi 29 podium dalam WRC dan pernah berkongsi pasukan dengan Sebastien Loeb untuk beberapa musim. Sebelum itu Dani adalah juara Junior WRC pada tahun 2005. Pada 2007 beliau menduduki tangga keempat kategori pemandu WRC, ditempat ketiga pada tahun 2008 dan 2009 dan kelima pada musim 2010.

Untuk musim 2011, MINI WRC tidak akan bersaing dalam kesemua pusingan tetapi sekurang-kurangnya enam pusingan yang akan memberi peluang kepada Dani dan pemandu arahnya, Diego Vallejo untuk sama-sama membangunkan kereta Mini dengan Prodrive. Penala yang bertanggungjawab membina MINI WRC dan prototaip Proton Putra rali beberapa tahun lepas.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Yoichiro Ueno: Pengarah Urusan Baharu Honda Malaysia

Yoichiro Ueno, New MD & CEO of Honda Malaysia

Honda Malaysia Sdn Bhd mengumumkan perlantikan Yoichiro Ueno sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif yang baru. Ueno sebelum ini adalah Penolong Timbalan Presiden Jualan Kenderaan Honda Motor Amerika di mana beliau bertanggungjawab dalam perancangan dan koordinasi jualan dan pemasaran di negara itu.

Bersama beliau adalah pengalaman selama 20 tahun dalam perniagaan automobil Honda dan pengetahuan luas dalam industri global antaranya New Zealand, Thailand, Asia & Ocenia, China dan Amerika Utara.

Di bawah adalah antara petikan menarik beliau yang saya ingin kongsi bersama:

“Amerika adalah pasaran terbesar Honda dan mempunyai sistem dan rangkaian logistik termaju [Honda], walau bagaimanapun besar mana saiz pasaran, pendekatan untuk memaksimumkan kepuasan hati pelanggan adalah sama.

Memandangkan harga kereta di Malaysia adalah tinggi, saya mengandaikan pelanggan di sini mempunyai harapan yang tinggi. Untuk memenuhi harapan tersebut, saya yakin kami perlu memberi standard perkhidmatan pelanggan yang tinggi.

Saya percaya Malaysia memainkan peranan utama dalam menyumbang kepada pembangunan Honda di rantau ini atas beberapa faktor seperti lokasi geografik, sumber manusia dan asas perindustrian maju. Kejayaan Honda di Malaysia adalah penting bagi mengukuhkan jenama Honda di Asia.”

Sumber: HMSB

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Gambar: Macam-Macam Mitsubishi Jo!

Mitsubishi Lancer Sportback 2010.04

Lu orang tau tak GT punya library [bunyi educated jo] bersepah gambar kereta bukan makwe ye brader, gua pun tak tau nak buat apa dah bos gua bagi takkan gua nak frame gantung dinding. Gua syak kalau gua print ni mau kena pelangkung dakwat abis keh keh keh keh. Nah lu orang nak layan ajelah gua buat senarai kat bawah:

  • Mitsubishi Lancer Sportback Ralliart
  • Mitsubishi Pajero Sport
  • Mitsubishi Pajero Sport Dakar Rally
  • Mitsubishi ASX
  • Mitsubishi konsep apa tah gua lupa. Malas nak tulis balik.
  • Mitsubishi Pajero

Ok lah babai.

-Matpon-

Klik untuk duit sejuta, acah je, gambar jo! >>

Silakan kongsi: