LFA: Lexus Paling Eksklusif

Lexus LFA

Lexus yang paling eksklusif dibina iaitu LFA akan lebih rare dengan varian Nurburgring Package yang akan membuat penampilan umum pertama di Geneva pada Mac ini.

Kereta yang difokuskan pada trek ini lebih ekstra kuasanya iaitu 10 bhp lebih daripada enjin V8 552 bhp LFA normal. Perbezaan lain ialah pada bahagian aerodinamik dan transmisi 6 kelajuan sequential.

Hanya 50 unit Nurburgring Package akan dijual kepada umum. Untuk info jumlah total LFA ialah 500 unit sahaja.

Sumber: Newspress

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

KGG: Team ES Malaysia

KGG Kelab Honda ES05

Lu orang kalau mau post pasal kelab jangan lupa interkom gua. Jangan cari Mat Kacau nanti dia minta komisyen 100%. Gua 90% aje.

_______________________________________

Pada 1hb januari 2011 yang lepas TEAM ES Malaysia hasil kerjasama central committee telah mengadakan official photoshoot ysng merupakan aktiviti tahuanan kelab. Jika sebelum ini Team Es telah memilih Putrajaya (1hb Januari 2009) dan Damansara (1hb Januari 2010), kali ini Team ES telah memilih perkarangan stadium Shah Alam sebagai lokasi untuk mengumpulkan ahli-ahli kelab dari seluruh semenanjung Malaysia.sebanyak 64 buah Honda Civic generasi ke 7 dapat dikumpulkan dari central,eastern,northern dan southern region.

KGG Kelab Honda ES01

Sebelum sesi pergambaran bermula, abg Mat Ciincet telah mengadakan sesi sesuai kenal sesama ahli disebabkan sebelum ini kami hanya berjumpa di Forum www.myteames.com/forum. setelah sesi suai kenal kami bergerak ke hadapan stadium shah alam dan telah merakamkan gambar perjumpaan kali ini. Tepat jam 01.30 kami bergerak ke restoran berhampiran untuk makan tengahari bersama.Jika sesape yang berminat untuk menyertai kelab dan aktiviti kelab ini sila lawati www.myteam.com untuk mendaftar. Jangan bimbang, tiada bayaran dikenakan untuk mendaftar.

Terima kasih Matpon, gua sayang Matpon. Ok yang ni gua tambah sendiri. Ok Lan jangan lupa hantar komisyen gua.

Klik untuk galeri gambar >>

Silakan kongsi:

DIJUAL: Daihatsu Charade Espri Detomaso

Hah kalau lu orang nak tau semalam tak ada post sebab kita orang sibuk. Gua sibuk memikior masa depan a.k.a buat-buat sibuk gua saspek Mat Kacau pun macam tu hari tu dia call sama gua cakap takde keje. Bila tade keje tadela gaji atau ada gaji tapi tak dapat gaji.

Baidewei sapa-sapa nak beli Detomaso lu orang tolong bagitau bos gua. Gua tukang post aje. Spek ada dalam DagangKar. Kalau tanya gua lu orang jangan tak tau komisyen gua 90% ekekekeke.

Sekian.

Babai.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Proton R3 Satria Neo, RM79,797!

Proton R3 Satria Neo01

Dibina oleh peminat untuk peminat, Proton kini menawarkan edisi terhad Proton R3 Satria Neo. Dijuruterakan untuk pemanduan yang berprestasi oleh staf R3 kereta ini dilengkapi pakej modifikasi stage 2 dengan kuasa 145 bhp pada 7,000 rpm dan tork 168 Nm pada 5,000 rpm.

Hanya boleh didapati dengan transmisi 5 kelajuan close ratio, Proton R3 Satria Neo dilengkapi beberapa peralatan yang ditala semula seperti camshaft, sistem pengurusan enjin Siemens, kotak penapis udara gentian kaca, manifold ekzos 4-2-1 dan pulley camshaft aluminium boleh laras.

Berat Satria R3 hanya 1,200 kg dengan pemanduan dan pengendalian [r&h] kereta turut ditambah baik untuk membezakannya dengan Neo biasa. Spring R3 dipasangkan pada keempat-empat sudut kereta ini yang 10mm lebih rendah daripada Neo CPS yang dapat mengurangkan olengan serta penjajaran yang ditala semula untuk lebih cengkaman dan ketepatan stereng. Melengkapi r&h ialah roda ringan edisi R3 berwarna gunmetal dengan kombinasi tayar Bridgestone Potenza RE001R 205/45 R16 yang mempunyai kompaun lembut. Kelajuan kereta ini dihentikan lebih berkesan dengan pad brek yang mampu menahan suhu sehingga 500 darjah selsius.

httpv://www.youtube.com/watch?v=7JxV0dten30&feature=player_embedded

Luaran Satria R3 dihiaskan dengan warna eksklusif iaitu Fire Red dengan bumbung warna hitam. Aksesori lain ialah penambahan peralatan kepada kit badan CPS sedia ada iaitu spoiler belakang R3 dan spoiler bampar depan yang menambahbaik down force dan mengurangkan turbulens udara bawah kereta.

Skema warna garang pada luaran diteruskan pada interior dengan warna dwi warna iaitu merah matte dan hitam. Kerusi yang digunakan ialah jenis bucket edisi terhad R3 yang dibalut kulit nappa dengan micro fiber, papan pemuka berwarna merah matte yang diteruskan pada konsol gear dan brek tangan, trim pintu dwi warna dan karpet R3. Aksesori lain ialah butang menghidupkan enjin, pedal kaki aluminium, tombol gear dan cermin yang dilekatkan filem penebat cahaya. Untuk sistem hiburan, Satria R3 dipasangkan head unit 2 Din dan menariknya mempunyai perisian GPS 3 Dimensi [3D]. Ciri-ciri keselamatan standard ialah 2 beg udara, ABS dan EBD.

Dengan wang tempahan sebanyak RM2 ribu, mereka yang berminat boleh memiliki kereta ini dengan harga kurang RM3 dari RM79,800. Pembeli awal akan dijemput ke majlis pelancaran dan bergambar bersama pemandu handalan Proton iaitu Tengku Djan Ley dan Faidzil Alang.

Sumber: Proton

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Toyota Yaris HSD Hybrid

Toyota Yaris HSD Concept.01

Selepas Prius v, Toyota mengumumkan ahli keluarga terbaharu hibrid iaitu Yaris HSD dan Prius +. Yaris HSD adalah model hibrid total dan berada dalam segmen B iaitu kategori kenderaan terbesar di Eropah. Kereta ini akan menampilkan rekaan yang spesifik kepada hibrid dan apa yang dikatakan sebagai forward looking design. Toyota juga akan membuat penampilan umum Prius+, berbeza dengan Prius v model ini mempunyai ruang lebih besar dan tujuh tempat duduk.

Sumber: Toyota

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Dibuka Untuk Tempahan, Proton Satria Neo CPS R3

Proton Satria Neo R3 CPS.05

Proton Satria Neo R3 CPS Concept berkongsi ruang pameran dengan Proton Satria Neo Cusco di Tokyo bulan lepas. Semasa Proton Satria Neo R3 Lotus Racing dikeluarkan ramai sedia maklum harganya tinggi dan input tersebut diambil kira pada model Neo CPS R3 di mana beberapa peralatan lima bintang disingkirkan untuk lebih mampu milik. Kuasa enjin Neo R3 sama dengan R3 LR iaitu 145 hp dengan tork 168 Nm.

Seperkara yang menarik ialah kerusi standard digantikan dengan jenis semi bucket yang direka semula hasil maklum balas orang ramai yang tidak berkenan dengan jarak kelegaan kepala pemandu. Kerusi baharu ini juga telah diuji untuk memastikannya sesuai dengan beg udara.

Dengan harga anggaran RM80 ribu kereta edisi terhad dan bakal menjadi barang koleksi ini adalah setara dengan harga Mazda2 dan Ford Fiesta.

Kepada yang berminat Proton mula mengambil tempahan awal dengan pelancaran rasmi dijangka pada penghujung bulan ini.

Spesifikasi berbeza daripada gambar yang dipamerkan.

Sumber: Proton Motorsports

-Mak/d Uia-

ps: Apa kata survey, lu orang komen sikit.

Klik untuk galeri gambar >>

Silakan kongsi:

Video: Donut Sekali Sama Lexus LFA

httpv://www.youtube.com/watch?v=3Ot5j-k1fwI&feature=player_embedded

Brader ni nama dia Javier Quiros dari Costa Rica. Brader Javier ni pemandu resing dan distributor Toyota Costa Rica dia punya LFA nombor 14 sebab dia punya nombor resing pun 14 dan dia minta special daripada Akio Toyoda. Kalau bos gua tipu maknanya gua pun tipu lu orang ekekeke. Costa Rica tu 51,100km2 dengan penduduk 4.253 juta orang. Boleh tahan ilmu Geografi gua rupanya.

Tapi gua tak riak. Hnssss hnssss hnsssss.

Babai.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Hyundai i10 Wajah Baharu

Hyundai i10 2011.02

Hyundai i10 kini mempunyai wajah baharu. Perubahan yang dibuat adalah pada interior serta luaran yang mempunyai kesinambungan daripada model baharu Hyundai lain seperti ix35 dan ix20. Selain daripada kosmetik, i10 turut dipasang enjin 1.0 liter Kappa menggantikan enjin 1.1 liter Epsilon. Enjin 3 silinder Kappa dikatakan lebih jimat minyak dengan emisi yang sangat rendah.

Hyundai i10 2011.01

i10 wajah baharu didatangkan dengan 4 varian iaitu Blue, Classic, Active dan Style dengan peralatan standard seperti 4 beg udara, enam pembesar suara, tingkap elektrik dan central locking. Hyundai i10 dijual pada harga GBP 8,195 untuk model Classic.

Hyundai dengan rupa ular tedung.

Sumber: Newspress

-Mak/d Uia-

Klik untuk galeri gambar >>

Silakan kongsi: