Kah kah kah kah. Sekarang macamana kira? Gua rasa brader ni ada talent. Silap-silap kalau gua kena tendang bos gua dah calon. Huk huk huk huk.
-Matpon-
Mar 01
Mar 01
Mitsubishi Colt Juro Special Edition adalah varian tambahan kepada Colt CZ2. Menjadikan varian ini istimewa ialah sistem navigasi Garmin dengan Bluetooth dan kerusi yang dibalut kulit sebagai peralatan standard.
Dari segi keselamatan, struktur badan Colt dibina berasaskan standard Mitsubishi dengan nama glamor RISE atau Reinforced Impact Safety Evolution. Rekaan struktur ini membolehkan beban tenaga impak dari sisi dan belakang kereta dialihkan serta mengawal herotan [distortion] seterusnya melindungi penumpang dan sistem bahan api semasa impak dari belakang.
Sistem keselamatan kereta yang mendapat rating 4 bintang Euro NCAP ini dilengkapkan lagi dengan dua beg udara dihadapan, sisi dan tingkap serta kerusi ISO-FIX untuk kanak-kanak di belakang.
Colt Juro bersesaran 1.3 liter dan pembeli boleh memilih sama ada jenis badan 3 atau 5 pintu dengan harga permulaan GBP 10,499 dan ke atas.
-Mak/d Uia-
Feb 28
httpv://www.youtube.com/watch?v=O6dUKF1bwKc
Hi. Nama gua Ohlins. Gua rasa penat juga hidup sebagai absorber ni. Tapi tuhan marah kalau kita mengeluh pasal hidup. Ok. Sebenarnya nama gua Matpon. Ohlins ni gua saspek 1 hari nanti gua nak interview dia. Dah lama gua tak buat kerja interview-interview ni.
Lu tengok! Lu tengok! Barulah boleh flashback teori jirim pitagoras asbestos fizik.
Sekian. Babai.
-Matpon-
Feb 28
Mitsubishi pada Khamis lepas melancarkan van mini kompak Delica D:2. Walaupun kompak tetapi mempunyai interior yang luas dengan ciri-ciri mesra penumpang seperti pintu gelungsur pada kedua-dua sisi serta kerusi pelbagai aturan.
Delica D:2 menggunakan enjin cekap bahan bakar 1.2 liter yang dikahwinkan dengan transmisi CVT dengan kesemua varian layak menikmati cukai kereta-eko Jepun sehingga 75%. Konsep van ini ialah luas, menyenangkan dan eko dengan posisi pasarannya di bawah abang besar iaitu Delica D:5.
Bab paling menarik ialah Delica D:2 sebenarnya adalah jelmaan Suzuki Solio.
Harga D:2 bermula daripada RM 52,214.
Sumber: Mitsubishi
-Mak/d Uia-
Feb 26
Apabila dilancarkan di Jepun pada Julai 2009, Mitsubishi i-MiEV adalah kereta elektrik pertama yang dijual pada skala besar untuk pasaran dunia. Dan sekali lagi i-MiEV mencipta sejarah dengan menjadi kereta elektrik pertama menjalani ujian pelanggaran oleh Euro NCAP dan keputusannya agak cemerlang iaitu 4 bintang. i-MiEV dibina berasaskan senibina mid-ship dan dikuasakan oleh motor kompak dan ringan serta bateri lithium-ion yang diletakkan di antara wheelbase bersaiz 2.5m.
Komen Euro NCAP mengenai i-MiEV ialah: “Tiada masalah yang dihadapi dengan sistem elektrikal voltan tinggi yang menggerakkannya, bateri diasingkan dengan elok daripada badan kereta dan tidak rosak semasa ujian.”
Mitsubishi Motors Corporation melakukan pembangunan yang ekstensif untuk i-MiEV dengan ujian melebihi 500 ribu kilometer.
Mesra alam sekitar dan selamat, ciri-ciri yang patut ada pada kereta kebanyakan.
-Mak/d Uia-
Feb 25
Pasukan Red Bull Skoda akan membuat penampilan pertama pada 5 hingga 6 Mac ini pada Rali Mexico iaitu pusingan pertama S-WRC musim 2011. Juara IRC tahun lepas, Juho Hanninen dan Mikko Markkula akan berlumba dengan Skoda Fabia S2000.
Rali Mexico merupakan salah satu pusingan paling mencabar dan stim dalam siri S-WRC. Trek tanah sekitar Leon merupakan ujian sebenar kelasakan sama ada untuk pemandu atau kereta kerana altitude dan suhu yang tinggi. Majoriti perlumbaan dilangsungkan di Sierra de Lobos dan Sierra de Guanajuato yang berlatarbelakangkan gunung dan lembah terbuka. Rali ini mempunyai 22 peringkat perlumbaan dengan jarak 365 km.
Pasukan Red Bull Skoda merancang untuk berlumba dalam pusingan lain di Sardinia, Greece, Finland, Jerman dan Sepanyol. Brader Matpon kita boleh jadi pening nak cari buku Geografi. Dengar kata dia tak puas hati dengan Mat Kacau dapat pergi Jepang.
-Mak/d Uia-
Feb 24
httpv://www.youtube.com/watch?v=3SbX4Ld_QiM
Proton Saga atau dikenali sebagai S16 di Australia telah diuji dalam Australasian New Car Assessment Program [ANCAP] pada penghujung 2010. Melalui laporan yang disiarkan pada 3 Februari lepas, kereta rakyat ini mendapat 3 daripada 5 bintang maksimum dengan skor 19.96 daripada 37 skor keseluruhan. Kelajuan kenderaan ujian pelanggaran ialah 64 km/j.
Ujian ini adalah yang kedua untuk Proton selepas Jumbuck [Arena] dengan keputusan 1 bintang. S16 yang dihantar untuk ujian ialah bersesaran 1.6 liter dengan 2 beg udara hadapan dan talipinggang keledar pre-tension untuk pemandu. Lain-lain kereta yang mencapai bintang maksimum mempunyai lebih daripada 2 beg udara.
Sejak 1993 ANCAP telah menyiarkan 300 laporan ujian kemalangan.
-Mak/d Uia-
Feb 24
Entri ini adalah yang pertama mengenai kapal kontena dalam GT. Dalam keghairahan sesetengah daripada rakyat 1Malaysia membandingkan betapa tertinggalnya Proton dengan syarikat Korea hakikatnya ramai yang tidak sedar bahawa negara itu sudah lama bermain dan bernafas minyak dan kejuruteraan. Suka untuk dikongsi bersama sekutu, Lee Myung-bak, Presiden Korea Selatan, adalah antara tenaga kerja yang terlibat dalam pembinaan jambatan Pulau Pinang. Zaman tersebut Proton baru bekerjasama dengan Mitsubishi mengeluarkan Saga manakala Korea sudah pun membina antara jambatan terpanjang dunia. Apa yang ingin disampaikan ialah Korea telah membina asas kejuruteraan berpuluh tahun lebih awal daripada kita dan tidak hairan di mana mereka berada sekarang ini.
Maersk Line, pengendali kapal kontena telah menandatangani kontrak dengan Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering Co., Ltd. untuk membina 10 buah kapal paling besar dan efisyen di dunia dengan opsyen tambahan 20 kapal. Dijadualkan untuk diserahkan di antara tahun 2013 dan 2015 kapal-kapal ini dijangka akan mengubah lanskap industri perkapalan dunia.
Digelar Triple-E, tiga tujuan utama disebalik pembinaan kapal ini ialah Skala Ekonomi, Cekap Tenaga dan Mesra Alam Sekitar. Kapal kontena ini adalah bukan sahaja lambang penanda aras dari segi saiz tetapi juga mengatasi rekod dalam kecepakan bahan bakar dan emisi Co2 yang kini dipegang kapal Emma Maersk.
Bersaiz 400 meter panjang, 59 meter lebar dan 73 meter tinggi, Triple-E adalah kapal paling besar atas air sekarang ini. Kapasitinya ialah 18,000 TEU [kontena 20 kaki] yang bermakna 18,000 kontena half cut boleh dibawa serentak dari Jepun. Muatan ini 16% lebih daripada kapal terbesar Emma Maersk dengan muatan 2,500 kontena.
Sumber: newsmarket
-Mak/d Uia-