Kerajaan sudah membuat keputusan yang mereka akan meneruskan pengharaman mulai 1 Jun 2011, cuma dengan kaedah berbeza. Bermula tarikh tersebut kerajaan akan mengharamkan alat ganti terpakai secara berperingkat dimulakan dengan pelapik brek, pad brek dan bateri.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Rebecca Fatima Sta Maria, pihak kerajaan telah mengadakan rundingan dengan pihak industri di mana kedua-dua pihak bersetuju bagi pelarangan import secara berperingkat dan dimulakan dengan alat ganti paling kritikal. Alasan kerajaan ialah kerana faktor keselamatan jalan raya dan perlindungan alam sekitar.
Untuk info, setakat pelapik brek dan pad brek memang tiada masalah, bateri pun nampak macam tiada masalah kalau diharamkan, cuma kalau bateri kereta hibrid yang jadi masalah besar. Bukan sikit duit nak beli yang baru.
-Mak/d Uia-