Proton Sasarkan Keputusan Positif Pada Rali Malaysia

Proton Rally Team 2011.02

Pembuat kereta nasional, Proton mensasarkan keputusan positif pada Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] yang bakal bermula hujung minggu ini [1 – 3 April] di Johor.

Proton akan mempertaruhkan 2 buah Proton Satria Neo S2000 yang akan dipandu oleh bekas pemandu Kejohanan Rali Dunia [WRC] iaitu Alister McRae dan Chris Atkinson.

Proton Rally Team 2011.06

Selain daripada Neo S2000, terdapat beberapa Neo Grup 6 1600cc yang akan bertanding di dalam APRC. Kereta ini dibangunkan secara bersama oleh Proton dan penala terkenal Jepun, Cusco dan dijual kepada pasukan di Jepun yang bersaing di dalam APRC dan Kejohanan Rali Junior Jepun.

“Berbanding kaedah pemasaran konvensional, sukan permotoran memberikan faedah kepada pembuat kereta seperti Proton dengan menarik perhatian peminat, kemudiannya mengenali jenama dan produk, membina pengikut dan kemudian memiliki dan terus setia dengan jenama,” kata Pengarah Urusan Proton Holdings, Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Mohamed Tahir.

Proton Rally Team 2011.05

Pada 2010, Proton memenangi tempat kedua kategori pengilang APRC dengan kedudukan terbaik 1-2 di Rali China. Untuk rekod Proton pernah memenangi 3 kejuaraan APRC iaitu pada tahun 2001, 2002 dan 2004.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

2 comments

    • cb400vtec on 29/03/2011 at 10:02 AM
    • Reply

    gua pn bru berjinak2 nk sokong rali nih..usaha yg bgus dr GT mperomosikan..
    gua sokong proton dlm sukan permotoran..cayalah proton..
    dlm F1 mantap,dlm rali mantap..pergh..bangga gua pki proton iswara..

    • belalang_kontot on 29/03/2011 at 4:01 PM
    • Reply

    good luck proton!

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.