Honda Accord Kemasan Baharu

Honda Accord Facelift.06

Honda Malaysia baru-baru ini melancarkan Accord yang diperkemaskan untuk tahun 2011. Accord mempunyai sejarah yang panjang, dijual sejak 35 tahun lepas dan merupakan salah satu model terlaris Honda dengan jualan kumulatif sebanyak 18 juta unit sehingga 2010.

Di Malaysia sebanyak 7,322 unit Accord dijual pada tahun lepas mewakili 16.5% jualan total Honda seterusnya menjadikan negara sebagai antara pasaran terbesar Accord di Asia dan rantau Oceania yang menyumbang kepada 22% jualan serantau pada tahun lepas.

Honda Accord Facelift.05

Beberapa faktor pelanggan tempatan memilih Accord ialah kerana prestasi, pemanduan, penggunaan bahan api, teknologi i-VTEC, luaran sporty, mewah, interior yang selesa dan luas serta imej muda dan kekuatan jenama Honda.

Mengambil kira ciri-ciri yang diminati pelanggan, Accord dimaniskan lagi dengan gayaan yang lebih eksklusif antaranya gril depan dan bampar krom, bonet belakang dengan lid krom, roda aloi 17 inci untuk model terpilih. Untuk lebih nilai, bampar depan kini mempunyai sensor, kabin yang diperbaharui dan set kunci rekaan baharu.

Honda Accord Facelift.02

Kesemua perubahan ini dipindahkan kepada pasaran tanpa peningkatan harga, model 2.0 liter VTi berharga RM142,800, 2.0 VTi-L berharga RM149,800 manakala 2.4 liter VTi-L pula berharga RM172,800.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

  1. jangan-jangan en. sepat dah order sebiji

    • kete_hitam on 30/03/2011 at 9:08 AM
    • Reply

    Mak/d/t Uia……..

  2. errr.. gua konpius laa .. itu hari test accord .. almost every 3S display model 2.4 punya. so camne nak tau performance 2.0? bawak 2.4 mmg sedap.. tp 2.0 tak lah dpt rasa.. basically gua vote accord 2.4 la sebab in terms of power and interior looks sgt laa cun..

    C27

    gua skrg layan bike lah.. hehe baru aje angkat minggu lepas.. lama tak bawak moto ni cuak jugak yeee hehe

    errr.. GT takmo review motor2 250cc ke atas ke sbg panduan pada bakal pembeli yg baca GT?

  3. ah, sepat dah main bike pula..alasan nak tinggal kak ros la tu.. kahkahkah

    • belalang_kontot on 30/03/2011 at 10:16 AM
    • Reply

    besnye byk duet….huhu

  4. honda accord nie terbaik bila pakai bodykit ngan rim besar talam pastu tinted sultan

    • smut_liar on 30/03/2011 at 6:00 PM
    • Reply

    hebat…mmg hebat…

    • azwan nbs on 31/03/2011 at 1:24 AM
    • Reply

    same je aku nengok….takde beze nye pon

  5. kak ros naik dgn aku lah.. itu hari dia bebel kata moto tu tak laju.. nak laju naik bullet train lerr aku ckp dia camtu keh keh keh

  6. nengok harga buat gua nk amik mpv je ghase.tahap meraban shilake punyer harga..

  7. Bapak sedara gua baru je beli bln lepas…mmg cun,menarik,tertarik da bomb…dier bnyk duit boleh la beli…blom seminggu dah siap tukar rim sukan…perghhh…terliur gua

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.