Proton Mensasarkan Keputusan Cemerlang di Australia

Proton Satria Neo S2000 Australia 2011.01

Proton pada hari ini akan memulakan cabaran di Rali Antarabangsa Queensland yang merupakan pusingan kedua Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC].

Dengan menduduki podium juara dan ketiga pada Rali Malaysia April lepas, Proton kini mendahului kategori pengeluar dengan 35 mata dan 54 mata dalam kategori pasukan. Kedua-dua pemandu iaitu Chris Atkinson dan Alister McRae pula masing-masing menduduki tangga teratas dan ketiga kategori pemandu dengan 33 dan 21 mata. Bonus buat Proton apabila mereka turut mendahului kategori pacuan dua roda [2WD] dalam Piala Rali APRC dan Kejohanan Junior APRC selepas penampilan pertama Pasukan Rali Proton Cusco dengan mendapat keputusan 1-2 di Malaysia.

Proton Satria Neo S2000 Australia 2011.02

“Selepas permulaan yang hebat tahun ini di Malaysia, kami mensasarkan keputusan yang sama di Australia. Australia adalah pasaran yang penting untuk Proton dan sebuah negara yang mempunyai tradisi sukan yang kuat. Sangat menarik apabila kami bermula di negara sendiri dan kemudian ke Australia, negara pemandu kami, Chris Atkinson,” kata Pengarah Urusan Proton Holdings Berhad, Dato’ Seri Haji Syed Zainal Abidin.

Kedua-dua Chris dan Alister berlumba dengan cemerlang pada pusingan sama tahun lepas dengan memenangi hampir kesemua kecuali dua pusingan. Walau bagaimanapun kereta Chris rosak semasa perlumbaan manakala kereta Alister pula terpaksa bersara selepas beliau melanggar batu besar pada hari terakhir perlumbaan.

Proton Satria Neo S2000 Australia 2011.03

Selain daripada Satria Neo S2000, Proton turut menghantar dua buah Satria Neo Grup N di bawah Pasukan Rali Proton Cusco yang bakal dipandu oleh pemandu veteran tanah air dan juara APRC iaitu Karamjit Singh dan Akira Bamba dari Jepun.

Rali Queensland mencatat rekod penyertaan dengan 96 buah kereta termasuk 16 buah dari luar negara yang mewakili 10 buah negara. Dengan tiga hari perlumbaan, rali ini mempunyai 19 peringkat perlumbaan dengan jarak keseluruhan 230.79 km.

Silakan kongsi:

Proton Melancarkan Hub Logistik di Sijangkang dan Tanjung Malim

Brief and tour of facility

Proton Holding Berhad pada Rabu melalui subsidiarinya, Proton Edar Sdn Bhd [PESB] dan firma logistik, Konsortium Logistik Berhad [Konsortium] melancarkan hub logistik berpusat di Sijangkang dan Tanjung Malim.

Pelancaran hab itu yang dikenali sebagai Centre for Logistics, Allocation, Storage dan Services [CLASS] dapat menjadikan penghantaran kenderaan lebih efisyen dan dalam keadaan terbaik untuk pasaran domestik dan eksport.

Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Penasihat Proton diberi penghormatan untuk melancarkan hab itu di Sijangkang, Kuala Langat.

Document Exchange

CLASS Sijangkang dan Tanjung Malim adalah hub berkomputer sepenuhnya dan yang pertama seumpanya dimiliki oleh pengeluar di Malaysia dan kini memasuki fasa kedua selepas beroperasi untuk pasaran domestik selama lebih dari setahun. Operasi kedua-dua hab itu mula digunakan pada 4 April 2011 untuk unit eksport dan ini bermakna kesemua kenderaan diperiksa secara terperinci bagi memastikan pengedar antarabangsa menerima unit mereka dalam keadaan baik.

PESB, sejak 1 April 2011 menswastakan pengurusan penghantaran kepada KLB bagi menambah baik pengurusan rantaian bekalan. Dengan beroperasinya kedua-dua hab, kenderaan dari kilang Shah Alam dihantar ke Sijangkang untuk simpanan dan pemeriksaan pra penghantaran dan dihantar menggunakan trailer kepada pengedar dan seterusnya diserahkan kepada pelanggan. Kenderaan yang dibina di kilang Tanjung Malim juga turut melalui proses yang sama. Perkhidmatan lain yang disediakan di hab ialah perancangan logistik, penyimpanan kenderaan, penyelenggaraan stok, pencucian dan pengisian minyak.

L-R Zulkifli Sarkam, CheAzizuddin Che Ismail, Dato' Sri Mohd Nadzmi, Hj.Ismett Azyze, Dato' SriSyed Zainal Abidin, Mohamad Shukor Ibrahim, Nor Din Abdullah

Hab Sijangkang adalah seluas 50 ekar yang mula beroperasi pada 1 April 2010 boleh memuatkan 7,000 kereta pada satu masa manakala hab Tanjung Malim seluas 45 ekar yang mula beroperasi pada Jun 2010 boleh memuatkan 6,000 kereta pada satu masa.

“Kedua-dua hab akan membantu kami dalam penyeragaman proses pra penghantaran kesemua kenderaan dan ini adalah suatu yang signifikan bagi memastikan kenderaan dapat dihantar dengan cepat kepada pelanggan domestik. Proses CLASS dapat membantu kami mengurangkan pelbagai masalah antaranya pengendalian berganda sebanyak 40%, tempoh menunggu maksimum kepada 3 hari, kecacatan sekunder dan inventori berlebihan semasa susunan,” kata Pengarah Urusan Proton Holdings, Dato’ Seri Syed Zainal Abidin.

Silakan kongsi:

Aston Martin Lelong Rapide Bantu Jepun

Aston Martin Rapide 2011.01

Dr. Ulrich Bez, Ketua Eksekutif Aston Martin akan menyerahkan Rapide kegunaannya kepada rumah lelongan Bonhams di mana hasil jualan kereta itu akan didermakan kepada mangsa Tsunami di Jepun. Bonhams turut bermurah hati dengan tidak mengambil komisyen jualan.

“Tiada yang tidak tersentuh dengan bencana di Jepun dan tidak terkecuali kami di Aston Martin. Selepas bertahun-tahun di pasaran serta hubungan dengan firma automotif Jepun kami mempunyai ramai kenalan di sana dan kami ingin membantu,” kata Dr. Ulrich.

Rapide diperkenalkan kepada umum pada September 2009 di Pameran Kereta Frankfurt dan baru-baru ini di calonkan untuk 2011 World Car Design of the Year di Pameran Kereta Antarabangsa New York.

Rapide yang bakal dilelong memegang nombor casis F00039 dan dibina khas sebagai kereta syarikat untuk Dr Ulrich sejak tahun 2010. Kereta spesifikasi mewah itu diwarnakan dengan Concours Blue dengan interior kulit berwarna Obsidian Black dengan sulaman Falcon Grey.

Walaupun entri ini tidaklah resing mana tapi moral di sebaliknya kalau lu orang ada peluang untuk menderma, buat je lah.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Video: Mini WRC Jo!

httpv://www.youtube.com/watch?v=_-dm628G3Dw

Perkh gua mati kutu. Skru GT sibuk ni. Perkh perkh perkh. Nah video ni bos gua bagi. Perkh gua pun tak ada buah fikiran nak tulis. Steady steady.

Sekian. Babai.

-Matpon-

Silakan kongsi:

VW Polo R WRC

VW Polo R WRC 2011.01

Selepas tiga tahun berturut-turut mencatat kemenangan di Rali Dakar, Volkswagen [VW] kini menetapkan sasaran baru dalam Kejohanan Rali Dunia [WRC]. Dengan tiga pengeluar dalam WRC dan liputan media global, WRC menawarkan persekitaran yang menarik dan sangat kompetitif untuk VW. Mereka akan berlumba secara serius pada 2013 dengan model Polo R 1.6 liter TSI pacuan empat roda [4WD] berkuasa hampir 300 hp.

VW Polo R WRC 2011.03

WRC memerlukan komitmen teknologi yang pelbagai daripada pengeluar, kereta perlu disediakan untuk pelbagai jenis trek seperti tanah, aspal, salji dan lecak. Oleh itu kereta perlu tahan dalam keadaan cuaca yang sangat ekstrem dan berbeza-beza seperti panas membahang di Amerika Selatan dan bersalji di Scandinavia.

VW Polo R WRC 2011.02

Tahun ini juga menyaksikan peraturan baru berkuatkuasa, buat pertama kalinya enjin dengan sesaran maksimum 1600 cc, pancitan terus dan pengecas turbo dibenarkan bersaing. VW akan membina Polo R WRC dan mengharapkan pengalaman di dalam Rali Dakar dapat membantu pasukan bagi mencapai kejayaan dalam WRC. Bahkan VW sudah pun mempunyai beberapa kejayaan dalam perlumbaan rali seperti pada tahun 1986 di mana Kenneth Eriksson menjuarai WRC di dalam kategori grup A menggunakan kereta Golf GTI 16V.

Hakikatnya kenderaan WRC masa kini adalah ulangan semula kenderaan grup A lebih kurang dua dekad lalu apabila kereta produksi digunakan untuk berlumba.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Lakaran Hyundai i40 Saloon

Hyundai i40 Saloon 2011.01

Pada bulan Mac lepas Hyundai memperkenalkan kepada umum i40 Estate [Wagon] dan terkini mereka akan melancarkan i40 versi saloon [sedan] pada minggu depan. i40 sedan adalah model terbaru di bawah slogan New Thinking. New Possibilities.

i40 sedan mempunyai pengaruh kuat Eropah di mana ianya direka dan dijuruterakan di ibu pejabat penyelidikan dan pembangunan Hyundai di Russelsheim, Jerman. Model itu merupakan evolusi kepada bahasa rekaan Hyundai iaitu Fluidic Sculpture [fs].

DNA rekaan FS mengambil inspirasi daripada hembusan angin semula jadi dalam menghasilkan luaran yang dinamik. FS mula diperkenalkan pada tahun 2009 untuk siri model konsep ix dan sejak itu merupakan inspirasi rekaan pada kesemua model baru Hyundai termasuklah ix35 dan ix20.

i40 sedan bukan setakat menjual rekaan menarik sahaja tetapi dikatakan mempunyai ciri-ciri interior yang selesa dengan jarak titik roda berukuran 2.77 meter serta dimensi terbaik dalam kelasnya iaitu 1025 mm untuk ruang kepala, 1455 mm untuk ruang bahu dan 1170 untuk ruang kaki.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

Advertorial: Baucar Diskaun Wasiat AmanahRaya

amanahraya02

Sekutu semua tentu ada terbaca dalam akhbar baru-baru ini yang melaporkan bahawa sejumlah RM42 billion nilai harta pusaka yang masih lagi terbeku dan membeku di negara kita. Nilai-nilai ini berbentuk sama ada wang tunai, saham, bangunan dan tak lupa juga tanah-tanah di kampung mahupun tanah yang tak berapa nak kampung [Kampung Baru]. Bukankah ada eloknya jika sejumlah RM42 billion ini dapat diterjemahkan dalam bentuk pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Bila sebut pasal Wasiat ke hapa, orang ramai memang mempunyai stigma yang negatif. Takut mati barangkali. Macam sekutu semua boleh tahu aja bila tarikhnya nak sampai, ye tak? Tak pernah terfikir ke, nak wasiatkan kepada siapa Saga jelmaan Impreza yang dah bubuh Rim Advan RG beli kat Kedai Papan tu? Duit berkepuk dalam akaun simpanan tu apa cerita pula? Duit KWSP jangan ceritalah. Boleh tahan berangka-angka kalau tengok dalam penyata. Itu satu hal. Sekutu semua takkanlah tidak pernah terfikir nak membuat amal jariah, supaya bekalan di akhirat terjamin. Bukankah ada dinyatakan, tidak terputus amalan anak Adam melainkan tiga perkara, doa anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan juga sedekah jariahnya.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Petrol RON 97 Kini RM2.90 Seliter

Rasionalisasi Subsidi

Berita-berita di dalam media sekarang menyesakkan dada. Kes lucah, sumpah dan pengganas yang mendakwa kumpulan lain sebagai pengganas.

Di dalam negara pula harga petrol RON 97 dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM2.90 seliter. Petrol gred itu tidak disubsidi oleh kerajaan dan harganya ditentukan berdasarkan pasaran semasa. Mereka yang menggunakan kereta-kereta biasa tidak terjejas dengan kenaikan tersebut kecuali pemilik Evo, Impreza, Type R, Skyline dan model-model seumpamanya.

Buat masa ini, petrol RON 95 dan diesel masih dikekalkan. Walaupun begitu, tiada jaminan ianya tidak akan berubah.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi: