Harga Minyak Subsidi Julai 2011

Harga Petrol Subsidi Julai 2011.01

Lu orang dok pong pang pong bersih 2.0 lah. Perodua Myvi lah. Saga CVT lah apebenda apa kata stadi sket gambar kat atas tu. Gua ni jenis suka benda-benda edukated dan ayat gua memang power. Gua juga saspek orang yang mainkan isu raya walaupun raya lambat lagi ni ada hidden agenda. Apa kes dah nak sambut raya. Buat kempen sambut puasa lagi bagus.

Sekian. Babai.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Proton Bakal Perkenalkan Teknologi CVT Pada Kenderaannya

Proton Exora CFE CVT.01

SUBANG JAYA, 4 JULAI 2011 – Proton Holding Berhad hari ini mengumumkan yang mereka bakal memperkenalkan teknologi Continuous Variable Transmission [CVT] untuk model-model akan datang.

Teknologi CVT semakin popular di kalangan pengeluar kereta dunia memandangkan ianya menawarkan pemanduan yang lebih lancar serta lebih efisyen. Teknologi ini walaupun telah lama diperkenalkan tetapi hanya baru-baru ini sahaja digunakan secara besar-besaran setelah dilakukan penambah baikan untuk menanggung beban yang lebih berat berbanding versi lama.

“Pada masa hadapan, CVT akan dipadankan pada enjin CamPro sebagai opsyen kepada transmisi empat kelajuan automatik konvensional,” kata Dato’ Sri Haji Syed Zainal Syed Abidin. Ciri ini bukan sahaja akan menjadikan pemanduan lebih lancar bahkan lebih cekap bahan api dan penjimatan kepada pengguna,” tambah beliau.

Sebagai perbandingan kepada transmisi automatik konvensional, penggunaan CVT pada sistem enjin akan mengurangkan berat sebanyak 20 peratus tanpa kompromi pada keupayaan output. Penukaran gear CVT lebih lancar dengan menghilangkan gegaran tukaran gear, lebih respon dan lancar serta penghantaran kuasa yang lebih konsisten. CVT turut menawarkan pelbagai mode pemanduan mengikut pilihan dan citarasa pemandu.

Dato’ Sri Haji Syed Zainal mendakwa ujian Proton mendapati bahawa penggunaan CVT mampu mengurangkan penggunaan minyak sebanyak 4% untuk pemanduan di dalam bandar dan hampir 10% untuk pemanduan lebuh raya.

Silakan kongsi:

Khidmat Servis Ekspres Bakal Memudahkan Pelanggan Proton

Logo Proton

Selari dengan komitmen bagi menambah baik kepuasan dan khidmat pelanggan, Proton kini menawarkan kepada pemilik kenderaan upah servis percuma jika servis penyelenggaraan biasa yang dilakukan di pusat servis yang sah melebihi 60 minit.

Di bawah program 60 Minutes Express Service yang baru diperkenalkan, pelanggan bakal menikmati tempoh servis yang lebih singkat selain daripada pemeriksaan kualiti dan keselamatan percuma 18 poin. Pelanggan hanya perlu memeriksa logo 60 Minutes Express Service di pusat servis bagi mengenalpasti pusat servis yang mengambil bahagian.

“Aduan yang kerap diterima ialah tempoh yang terlampau lama untuk menservis kenderaan mereka. Ini disebabkan jumlah kenderaan yang perlu diservis pada satu-satu masa. Untuk mengatasi masalah ini, kami kini mempunyai penasihat servis khusus untuk melayan pelanggan, juruteknik khusus untuk menservis kenderaan dan ruang servis khusus,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn.Bhd, Encik Mohamad Shukor Ibrahim.

Encik Mohamad Shukor berkata program ini turut mensasarkan bagi memperbaiki produktivi dalam operasi servis dan dalam jangka masa panjang akan menarik lebih ramai pemilik Proton untuk menservis kenderaan mereka di pusat servis bertauliah Proton Edar.

Program 60 Minutes Express Servis hanya ditawarkan melalui temu janji daripada Isnin hingga Jumaat daripada pukul 8 pagi hingga 5.15 petang dan hanya untuk servis penyelenggaraan asas serta penukaran minyak pelincir.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Proton i.care di talian 1800-88-0888.

Silakan kongsi:

Kempen Selepas Jualan Honda Bermula Dengan Honda Insight Sebagai Hadiah Utama

Honda Insight.46

Honda Malaysia memulakan kempen menghargai pelanggan selama dua bulan setengah bermula daripada 15 Jun hingga 31 Ogos. Kempen itu yang disertai oleh kesemua pengedar Honda mensasarkan untuk menghargai pemilik Honda dan bakal pelanggan melalui khidmat servis lepas jualan dan penyelenggaraan berkala.

Sepanjang kempen berlangsung, pelanggan yang membawa kereta mereka untuk diservis berpeluang untuk memenangi hadiah seperti iPad 2 dan hadiah utama Honda Insight. Selain daripada itu, pelanggan juga bakal menikmati 25% penjimatan untuk alat ganti terpilih.

Silakan kongsi:

CR-Z: Kereta Sport Honda Masa Depan

2011 Honda CR-Z EX

Generasi yang bersekolah sezaman dengan saya iaitu sekitar 90an berkemungkinan dipenuhi dengan kempen Wawasan 2020, antara subjek tema lukisan yang pernah disuruh lukis oleh cikgu ialah suasana kemajuan negara pada tahun 2020. Seingat saya ada rakan-rakan yang melakar bangunan pencakar langit dan pelbagai objek infrastruktur lain yang kreatif dan objek wajib ialah kereta yang boleh terbang. Saya yakin ada di antara pembaca juga pernah mengalami pengalaman yang sama.

Tinggal lagi sembilan tahun sebelum tahun 2020 akan tiba tetapi bayang-bayang kereta terbang yang diproduksi secara skala besar masih lagi tidak nampak, jika kereta terbang terlampau canggih sekurang-kurangnya kereta amfibia pun sudah memadai, tetapi itu juga tidak nampak hasil skala besarnya lagi. Walau bagaimanapun, bukan janji tapi pasti kereta mesra alam bakal membanjiri negara-negara dunia pada masa hadapan. Dunia sekarang ibarat dilanda demam hijau, segala-galanya perlu ada unsur hijau dari penjimatan kertas hinggalah perkakasan elektrik yang menjimatkan tenaga. Sektor automotif pula dikatakan sumber pencemaran utama dunia dan digabungkan dengan ketidaktentuan harga bahan api maka pengeluar perlu mencari jalan keluar, antaranya ialah menghasilkan kenderaan yang mesra alam dan menjimatkan. Maka berlumba-lumbalah pengeluar melancarkan kempen kejuruteraan mereka, ada yang menggunakan teknologi hibrid, elektrik, hidrogen, pengecas turbo dan teknologi enjin diesel yang diperbaharui.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

IRC Belgium 2011: Proton Menamatkan Perlumbaan Yang Mencabar

IRC Belgium 2011.01

Proton berjaya menamatkan perlumbaan rali Geko Ypres di Belgium yang mencabar pada hujung minggu lepas. Perlumbaan yang merupakan pusingan Intercontinental Rally Challenge [IRC] itu dilangsungkan di dalam permukaan litar yang basah dan licin. Walaupun dengan keadaan demikian, pelumba Proton iaitu P-G Andersson menduduki tempat ke-19 di antara 61 kereta yang berjaya menamatkan perlumbaan iaitu separuh daripada 124 keseluruhan kereta yang bersaing. Rali itu juga menyaksikan 31 buah kereta jenis S2000 turut sama bersaing.

Kedua-dua pemandu Proton iaitu Giandomenico Basso dan P-G Andersson pada mulanya tidak jauh ketinggalan di belakang pelumba 10 teratas walau bagaimanapun kemalangan yang dihadapi membantutkan usaha mereka. Berusaha keras pada hari kedua untuk merapatkan jurang, perlumbaan Basso walau bagaimanapun terhenti pada SS7 apabila beliau melanggar dinding batu yang tidak kelihatan disebalik rumput yang tinggi. Andersson pula bermula pada hari kedua di tempat ke-18 kemudiannya menginjak ke tempat ke-11. Cabaran Proton bagi menghadapi tentangan daripada Skoda, Peugeot, Ford, Mini dan Abarth akhirnya cacat apabila Andersson terbabas pada baki akhir rali dan kemudiannya sekadar berpuas hati di tempat ke-19.

Rali Geko Ypres yang berlangsung dengan jarak 287km pada permukaan aspat dimenangi oleh Freddu Loix dengan kereta Skoda Fabia S2000. Bryan Bouffier yang memandu Peugeot 207 S2000 di tempat kedua manakala Hans Weijs dengan kereta Skoda Fabia S2000 di tempat ketiga.

Silakan kongsi:

APRC New Caledonia 2011: Proton Mendominasi Podium

APRC New Caledonia 2011.04

Proton mencatat kejayaan ulangan seperti di Malaysia apabila berjaya menduduki podium tempat pertama dan ketiga keseluruhan Rally De Nouvelle Caledonie yang berlangsung pada 17 hingga 19 Jun lepas. Kemenangan ini adalah yang kedua setakat tiga pusingan Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC].

Mencatat kemenangan kedua selepas memenangi pusingan pembukaan APRC di Malaysia pada April lepas, Chris Atkinson dan pemandu arah Stephane Prevot dengan Satria Neo S2000 menamatkan perlumbaan tiga hari itu di hadapan Rifat Sungkar yang memandu untuk Pertamina Cusco Racing dengan jentera Mitsubishi Lancer Evolution X. Seorang lagi pemandu Proton iaitu Alister McRae melengkapi dominasi podium Proton dengan menduduki tempat ketiga.

APRC New Caledonia 2011.02

Kemenangan di New Caledonia melonjakkan Atkinson di tangga teratas kategori pemandu APRC dengan 58 mata, hanya 2 mata di hadapan rakan sepasukan, McRae. Turut terkena tempias ialah kedua-dua orang pemandu arah Proton dengan Stephane Prevot dan Billy Hayes masing-masing di tempat pertama dan kedua kategori pemandu arah. Proton turut mendominasi kategori APRC Teams Trophy dengan 128 mata apabila pasukan MRF gagal untuk menamatkan perlumbaan.

APRC New Caledonia 2011.01

Proton juga turut mendapat bonus apabila Karamjit Singh memenangi kategori 2WD dengan kereta Satria Neo 1600cc. Karamjit pada perlumbaan itu menduduki tempat ke-9 keseluruhan.

Silakan kongsi:

Video: Honda CR-Z Mugen

httpv://www.youtube.com/watch?v=E_2QQbsTm5I&feature=player_embedded

Hi. Matpon di sini.

Sekian. Matpon tak taw nak tulis apa. Sebab bos yang suruh post ini video Honda CR-Z Mugen. Sekian lagi sekali.

Sekian buat kali ketiga. Babai.

-Matpon-

Silakan kongsi: