Model-Model Chery

Chery Storm-2.03

Pakar industri meramalkan pembuat kereta dari China bakal menguasai masa depan industri automotif dunia. Walaupun pembuat China banyak mengupah konsultan dan membeli syarikat automotif luar tetapi masa depan siapa yang tahu. Dahulu pun tiada siapa yang menjangka syarikat automotif gergasi dari barat bakal tersungkur dan diterajui oleh pembuat Jepun. Ironinya sewaktu mula-mula ke pasaran global, pembuat Jepun juga dikutuk sakan oleh pasaran barat dan kini perkara serupa dialami oleh pembuat China. Bukan setakat barat tetapi boleh kata satu dunia tidak yakin dengan produk China. Tetapi lama-kelamaan ilmu dan pengalaman ini sifatnya makin bertambah dan mustahil mereka tidak akan menjadi lebih baik dari sekarang. Tambahan pula pasaran domestik mereka sangat luas dan keuntungan yang diperolehi boleh dilabur semula untuk produk yang lebih baik.

Chery X1.02

Chery adalah pembuat yang bertapak agak kukuh di Malaysia dengan model paling laris MPV Eastar. Banyak lagi model mereka yang tidak dibawa masuk ke pasaran domestik dan dalam entri ini dipaparkan model-model tersebut. Ada M-EV yang disambungkan dengan soket elektrik, Storm 2 dengan pengaruh rekaan Itali yang kuat dan X1, kereta bandar yang boleh tahan juga cantiknya. Tidak pasti sama ada kereta-kereta ini akan dibawa masuk ke Malaysia tetapi barang pasti harganya sangat berbaloi-baloi. Mana tidaknya, van Transcom yang sangat besar macam bas mini tetapi pada harga van Jepun yang lebih kecil saiznya.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

12 comments

Skip to comment form

  1. Yg kaler merah ni model ape ek?…menarik…dah mcm Honda Edix WALD skit2 pun ade…biler M’sia nak buat kete2 camni on the road?

    • Ahli Pak Leman on 28/12/2010 at 1:38 PM
    • Reply

    Aku rasa, harga dia mesti murah. Cuba tengok Chery Aestar yg dah ada kat Malaysia ni, body macam Estima, harga macam Exora. Enjin Mitsubishi… OK tuh

  2. Sekarang ni dia dah tak pakai Mitsu, pakai enjin 2.0 Acteco.

    • belalang_kontot on 28/12/2010 at 7:02 PM
    • Reply

    acteco tu enjin ape mak?diorg develope sendiri ke?

    • chor on 29/12/2010 at 12:10 AM
    • Reply

    ACTECO is an automobile engine brand created by Chery Automobile of China. Engines range in size from 800 cc to 4.0 L with architectures including a straight-4 and V8. The range was developed with the Austrian company.

    • belalang_kontot on 29/12/2010 at 2:40 PM
    • Reply

    tq chor…

  3. perghh…bagus2…

    • smut_liar on 30/12/2010 at 10:04 PM
    • Reply

    altra kiasu ttp china jugak..mna ada yg bagus..

  4. Van Chery Transcom tu bulat2 tiru Hiace. tatau la enjinnya sama ke tidak.

    Tapi kat kilang Oriental Motors JB, banyak van Transcom ni dah siap dipasang untuk pasaran Malaysia rasanya…

    • Ajai on 14/02/2012 at 10:35 PM
    • Reply

    Van ni space mmng beso ngalahkan hiace. Berbaloi baloi.spare part pun tak le mahal sgt. Oder je kat outlet

  5. Van chery transcom ni memang sesuai untuk bas sekolah atau family.minyak jimat ,sparepart murah dan senang,injin pun lasak .dalam ruang lebih panjang dan luas berbanding hiace.dah seramik lebih pakai.no problem bro…….berbaloi baloi…..

    • jofizo on 02/04/2012 at 11:36 PM
    • Reply

    van transcom tu pesaing joylong since toyota tak bawa masuk komuter…. mana lg ok?

Leave a Reply to Ahli Pak LemanCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.