Model-Model Chery

Chery Storm-2.03

Pakar industri meramalkan pembuat kereta dari China bakal menguasai masa depan industri automotif dunia. Walaupun pembuat China banyak mengupah konsultan dan membeli syarikat automotif luar tetapi masa depan siapa yang tahu. Dahulu pun tiada siapa yang menjangka syarikat automotif gergasi dari barat bakal tersungkur dan diterajui oleh pembuat Jepun. Ironinya sewaktu mula-mula ke pasaran global, pembuat Jepun juga dikutuk sakan oleh pasaran barat dan kini perkara serupa dialami oleh pembuat China. Bukan setakat barat tetapi boleh kata satu dunia tidak yakin dengan produk China. Tetapi lama-kelamaan ilmu dan pengalaman ini sifatnya makin bertambah dan mustahil mereka tidak akan menjadi lebih baik dari sekarang. Tambahan pula pasaran domestik mereka sangat luas dan keuntungan yang diperolehi boleh dilabur semula untuk produk yang lebih baik.

Chery X1.02

Chery adalah pembuat yang bertapak agak kukuh di Malaysia dengan model paling laris MPV Eastar. Banyak lagi model mereka yang tidak dibawa masuk ke pasaran domestik dan dalam entri ini dipaparkan model-model tersebut. Ada M-EV yang disambungkan dengan soket elektrik, Storm 2 dengan pengaruh rekaan Itali yang kuat dan X1, kereta bandar yang boleh tahan juga cantiknya. Tidak pasti sama ada kereta-kereta ini akan dibawa masuk ke Malaysia tetapi barang pasti harganya sangat berbaloi-baloi. Mana tidaknya, van Transcom yang sangat besar macam bas mini tetapi pada harga van Jepun yang lebih kecil saiznya.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Leave a Reply to Ajai Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.