Author's posts

Pandu Uji Volvo XC60: Selamat, Bergaya dan Mewah!

Jika ditanya kebanyakan penggemar kereta mengenai Volvo, saya yakin jawapan mereka ialah sebuah jenama kereta yang selamat. Penjenamaan tersebut memang melekat di dalam minda dan ianya bukan hanya setakat pelaris jualan sahaja. Inovasi keselamatan Volvo bermula sejak berpuluh tahun dahulu yang di antaranya ialah cermin hadapan berlamina, talipinggang keledar 3 poin, zon remuk bahagian depan …

Continue reading

NISSAN ALMERA TALAAN IMPUL KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN

KUALA LUMPUR (15 Oktober 2012) – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dengan bangganya mengumumkan bahawa Nissan ALMERA yang bakal dilancarkan tidak lama lagi turut hadir bersama penampilan lebih dinamik, signifikan dan tanda individu menerusi alat ganti sports IMPUL. Bagi menjadikan jentera itu lebih personal, para pelanggan boleh memilih Aksesori Pilihan ALMERA yang ditawarkan untuk varian …

Continue reading

Kia Sorento Baharu: Sama Tetapi Berbeza!

Dalam tempoh tidak sampai tiga tahun, SUV popular Kia iaitu Sorento telah disemak semula. Bukan ubah sana sikit, sini sikit dan kemudian diwar-warkan sebagai facelift tetapi Kia langsung menukar platform yang digunakan pada SUV tersebut. Perubahan yang dilakukan daripada belakang sampai depan dan dari atas ke bawah yang hasil akhirnya menambah baik ciri-ciri keselamatan, keselesaan, …

Continue reading

Kia cee’d Sportswagon: Wagon Ada Gaya!

Hanya selepas tiga bulan Kia melancarkan cee’d hatchback, famili cee’d disertai oleh varian baharu iaitu cee’d Sportswagon. Menggantikan model cee’d SW, nama yang dipilih dikatakan menyempurnai karakter baharu model itu yang sukakan cabaran, sporty, moden dan menggunakan teknologi moden dengan lebih ciri-ciri praktikal dan bernilai. cee’d Sportswagon dipertontonkan kepada umum bersama-sama dengan model hatchback pada …

Continue reading

Lubetech Dilantik Sebagai Pembekal Perodua

Lubetech Sdn Bhd yang merupakan subsidiari penuh milik UMW Holdings Bhd telah dilantik sebagai pembekal minyak pelincir kepada Perodua dengan nilai jualan melebihi 60 juta untuk tempoh 5 tahun. Perjanjian itu juga menyaksikan Lubetech bakal membekalkan bendalir lain seperti minyak transmisi automatik, minyak gear, minyak brek, penyejuk radiator dan air bateri kepada Perodua Sales Sdn …

Continue reading

Volvo V40 Cross Country Baharu

Pada tahun 1997, Volvo Car Corporation telah membuka segmen baharu dengan pengenalan model V70 Cross Country. 15 tahun kemudian, Volvo mengimbas kembali pencapaian tersebut dengan memperkenalkan model terbaharu V40 Cross Country yang merupakan adunan rekabentuk yang rugged dan elegan di dalam kenderaan segmen C premium. “V40 Cross Country dibina berdasarkan warisan yang dimulakan V70 Cross …

Continue reading

Volkswagen Golf Generasi Ketujuh: Evolusi Selama 36 Tahun!

Volkswagen (VW) Golf baharu telah didedahkan kepada umum di Berlin baru-baru ini. Model generasi ketujuh itu adalah evolusi ‘abang-abangnya’ yang lain sejak 36 tahun dahulu. Golf baharu merupakan kesinambungan kepada model-model sebelum ini dengan jualan kumulatif sebanyak 29 juta unit di seluruh dunia. Katanya model baharu itu lebih selesa, praktikal, selamat dan efisien. Golf baharu …

Continue reading

Promosi Minggu Perlumbaan R3 – Diskaun 35%!

Sempena dengan minggu perlumbaan (MSS & S2k WRC), Proton Motorsports (R3) mempunyai tawaran istimewa untuk pemilik kereta Proton. Diskaun adalah setinggi 35% dan bermula dari 10 April 2012 sehingga stok habis.

Continue reading