NISSAN ALMERA TALAAN IMPUL KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN

KUALA LUMPUR (15 Oktober 2012) – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dengan bangganya mengumumkan bahawa Nissan ALMERA yang bakal dilancarkan tidak lama lagi turut hadir bersama penampilan lebih dinamik, signifikan dan tanda individu menerusi alat ganti sports IMPUL. Bagi menjadikan jentera itu lebih personal, para pelanggan boleh memilih Aksesori Pilihan ALMERA yang ditawarkan untuk varian Nissan ALMERA Talaan IMPUL dan Nissan Almera standard.

Sporty elegan merupakan lambang penting kepada Nissan ALMERA Talaan IMPUL. Ia menampilkan komponen-komponen eksklusif yang telah direka khas untuk memenuhi citarasa peminat kereta di Malaysia. Tempahan bermula pada 15 Oktober 2012.

“ALMERA serba baharu ialah kereta yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Ini termasuklah mereka yang mahukan elemen lebih sporty kepada kereta yang dipandu atau dimilikinya. Kami berbesar hati kerana mampu menawarkan pilihan itu menerusi Nissan ALMERA Talaan IMPUL kepada pasaran tempatan,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng.

Dato’ Dr. Ang juga menyatakan bahawa varian IMPUL semakin popular di pasaran tempatan, terutama dalam kalangan pemandu muda kerana IMPUL terkenal dengan komponennya yang eksklusif ke atas jentera-jentera Nissan.

Nissan ALMERA Talaan IMPUL

Peredam Ekzos IMPUL Blast 2

Bunyi yang sedap dan mengagumkan dikeluarkan daripada peredam ekzos sports IMPUL. Bahagian belakang peredam yang diperbuat daripada besi tahan karat ini ditempa dengan logo IMPUL. Ia juga diintegrasikan dengan bahagian belakang dengan sempurna.

Rim Aloi IMPUL HS-06 (16”)

Merupakan penambahan terbaharu dengan warna perak dan hitam bersama kemasan matte. Rim aloi 16 ‘’ ini menambah penekanan dinamik kepada kenderaan. Material aloi dan proses Super Cast yang digunakan oleh IMPUL mengurangkan berat rim sehingga 20% – 30%, sekali gus meningkatkan prestasi pemanduan tanpa berkompromi dengan aspek kualiti dan keselamatan.

Para pelanggan juga boleh memilih untuk menaik taraf dengan rim aloi 17” IMPUL Aura SX-10 secara tambahan nilai.

Sistem Suspensi IMPUL Super –

Sistem ini terdiri daripada penyerap hentak dan pegas gegelung yang telah ditala khas oleh para jurutera IMPUL untuk keseronokan pemanduan. Ketinggian pemanduan telah direndahkan sebanyak 30mm, ini sekali gus meningkatkan sokongan daya pada bahagian sisi bagi menawarkan pengendalian yang lebih lincah dan cengkaman lebih baik dengan permukaan jalan.

Aerokit IMPUL

Bampar spoiler hadapan dan gril radiator baharu yang bergaya menjadikan wajah Nissan ALMERA Talaan IMPUL sebagai pusat perhatian. Penampilan dinamik itu disempurnakan dengan skirt sisi, bampar spoiler belakang dan spoiler but belakang.

AKSESORI PILIHAN

Lampu Isyarat Membelok LED pada Cermin Sisi

Merupakan aksesori tulen Nissan, lampu isyarat membelok LED pada cermin sisi sesuai untuk pemandu yang ingin menambah kelas kepada kereta mereka, selain membuatkan mereka lebih mudah dilihat oleh kereta lain ketika menukar laluan.

LED Stainless Steel Kicking Plate

Tambahkan sentuhan kemewahan kepada kereta anda melalui kit yang kemas ini. Plat tahan karat ini melindungi bahagian dalaman kereta dan dinyalakan oleh lampu LED.

Visor Pintu

Tidak suka cahaya matahari menyilaukan mata anda? Pasang pelindung (visor) pada pintu untuk memberikan anda perlindungan daripada panahan cahaya matahari.

Bekas But

Pastikan but anda selalu dalam keadaan terurus dan bersih dengan bekas but Nissan yang tulen.

Pedal Sport (varian A/T sahaja)

Berikan kenderaan rasa sporty, ini merupakan aksesori yang mesti dimiliki untuk melengkapkan penampilan sporty sebuah kereta.

Navigasi Multimedia

Konsol navigasi multimedia ini lengkap dengan kamera pandang belakang, pemain DVD serta sambungan iPod, USB dan Bluetooth.

Kombinasi Tempat Duduk dan Kemasan Panel Pintu Kulit

Membawa aspek kemewahan ke tahap seterusnya dengan menyalut bahagian dalaman kereta ini menggunakan material kulit.

Rim Aloi 7-jejari 15″

Hadir dalam kemasan besi berkilat, pilihan rim aloi ini menambah sentuhan mewah kepada kenderaan dan pada masa yang sama mampu dimiliki.

Tinting

Kekal nyaman ketika memandu menerusi tiga pilihan pakej tinted daripada jenama-jenama terkenal; V-Kool Elite, Solar Gard Armorcoat dan Solar Gard.

 

Silakan kongsi:

12 comments

Skip to comment form

    • samdol on 19/10/2012 at 7:36 PM
    • Reply

    Mr. Sam…saya rasa u mmg x da lesen kereta..sbb itu u x pandai mnilai yg mana satu kereta utk wanita @ lelaki…kereta yg paling utk u ialah kereta sorong…

  1. Semua kereta ada kelebihan masing2x,tepuk dada tanya poket dulu..heh

  2. gua ckp sama lu.. Jazz mmg best.. sape kata itu kereta pompuan meh naik Jazz gua lepas lu keluar dari Jazz telur lu ilang ok baru lu yg jadi pompuan keh kehkeh

    bila bawak kereta kita tak cakap pasal power aje.. kita ckp pasal overall balance

    power + handling

    = keriangan memandu haha

    sgemen kereta compact ni mmg best kalau anda tahu apa yg perlu dibuat.. gua ada 4 doors sedan juga (model takyahla ckp) tp still gua rasa jazz is fun car to drive.. tak caye lu tanya matpon..

    berbalik kepada power jazz yang ample + manoeuvring dan handling yang sgt best.. mmg masih ada kelemahan pada jazzy ni .. stock suspension dia lembut sikit tapi boleh rectify dgn aftermarket parts.. so far jazz GE tak mengecewakan utk city driving mahupun highway cruiser..

    gua takmo ulas panjang lebar biarlah yg expert mcm baii, matpon n rzmin yg menulis tapi untuk anda mengetahui tahap keseronokan memandu ni anda kena la mencuba .. sebab? gua selalu dimomokkan H mmg terbaik tapi lepas gua naik M.. gua rasa M mmg la best .. tq kpd baii pocongkeretamcmspendar memberi tips dan nasihatnya kalau tak .. gua rasa mesti gua beli R34 kompom balik kg mak abah ceramahkan kehkehkeh ..sekian

    • joe on 26/11/2012 at 1:55 PM
    • Reply

    siapa yg dh testdrive almera..plz comment… gua 50/50 mau angkat ke xnk

    • megatputrakuning2012 on 04/12/2012 at 12:08 PM
    • Reply

    WRC GUA BOIKOT!!! bangang kete2 kompak je yg ada…mane tme?evo6?version 6 impreza?mengamuk colin mcrae dlm kubur…

    • ahmoi on 11/12/2012 at 8:12 PM
    • Reply

    pandangan serong apa kalau pakai kete amoi?
    cantik atau huduh itu subjektif.

    • mat hensem on 17/12/2012 at 12:37 AM
    • Reply

    nak beli,beli…taknak beli sudah!aku minat kt harga kereta ni.bolehlah beli.

    • LangSewah on 04/01/2013 at 9:45 PM
    • Reply

    dua hari lepas baru tgk nissan almera on the road,ya tuhan hodohnyakkk…kesian aku nengok si pemandunya..kah.kah,kah.

    • laili on 17/02/2013 at 12:09 PM
    • Reply

    nyatanya yg ngutuk almera huduh tu ntah ade wet ke nak kutuk2 sakan tu….
    citarasa very subjective kan..lantak dieorg le dieorg pnye duit…

    • Imah on 24/02/2013 at 8:01 AM
    • Reply

    X kisahla keta ape pun.. Yg penting ada bonet yg sesuai utk aku yg selalu balik kampung. Setakat ni preve, almera jd pilihan. Tp bila dgr feedback org ramai buat aku jd ragu3… Mane satu nk beli ni….

    • JAMAL 96 on 06/06/2013 at 9:04 PM
    • Reply

    masyukkkk…. Impul mantap

    • Almera Owner on 15/06/2013 at 2:33 AM
    • Reply

    stylo dan mengancam..

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.