Author's posts

Pandu Uji Honda Civic 2.0S: Imej Sporty, Karakter Famili!

Honda Civic mempunyai legasi yang sangat besar, model itu mula diperkenalkan pada tahun 1972 dan telah terjual jutaan unit seluruh dunia. Sewaktu mula dipasarkan di Amerika Syarikat pada tahun 70an, Civic mendapat sambutan hangat kerana pada masa itu negara tersebut mengalami krisis minyak. Di Amerika Syarikat Honda Civic lebih kepada kereta rakyat, untuk kegunaan orang …

Continue reading

PERADUAN MEKANIKA MALAYSIA – SHELL LUBRICANTS

Menangi pek minyak pelincir sintetik sepenuhnya Shell Helix Ultra bernilai RM218 pada setiap minggu dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah! Sebagai tanda terima kasih atas sokongan para pembaca terhadap laman web baharu ini (Syuk punya), Mekanika Malaysia akan menganjurkan satu peraduan tidak lama lagi. Mendapat kerjasama daripada pihak Shell Lubricants, anda hanya perlu menjawab soalan-soalan mudah …

Continue reading

Nissan X-Trail Wajah Baharu

Kuala Lumpur, 16 April 2013 – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini memperkenalkan model Nissan X-Trail 2.0 yang lebih segar dan sporty. SUV ini menawarkan rakyat Malaysia sebuah kenderaan penumpang yang mewah dan kemampuan menyusuri laluan off-road. Di samping menawarkan praktikaliti, bahagian luaran yang lebih rugged dan ruang dalaman lebih halus. Nissan X-Trail baharu …

Continue reading

#turunkanhargakereta

Isu turunkan harga kereta ini sebenarnya sudah lama. Lebih kurang enam tahun lepas, kerajaan Barisan Nasional sudah pun melakukannya buat pertama kali. Jika tidak dimasukkan di dalam manifesto pun, mahu atau tidak adalah menjadi kewajiban sebarang cukai dihapuskan menjelang tahun 2016 bagi mematuhi perjanjian AFTA selepas penangguhan yang diminta oleh kerajaan dengan Asean. Dasar Automotif …

Continue reading

Range Rover Sport: Lasak, Sporty dan Premium!

Sekadar untuk berkongsi, semasa saya kecil dahulu ada sebuah kereta yang langsung saya tidak gemar. Rekabentuknya kurang cantik, berkotak dan rasanya tiada ruang langsung untuk saya menyukai kereta tersebut. Tidak berapa lama kemudian kereta itu berada di bawah bumbung parkir rumah saya selepas seorang saudara meminjamkannya. Sempatlah juga menjadi kenderaan rasmi famili saya untuk beberapa …

Continue reading

Honda Accord 2013: Penerus Legasi Lagenda!

Seperti yang kita sedia maklum, Honda adalah nama yang besar di dalam industri automotif. Produknya pelbagai, bukan hanya setakat kereta dan motosikal bahkan bermula daripada sekecil generator pasar malam hinggalah ke pesawat peribadi. Nilai kejuruteraan yang ada pada syarikat itu sangat besar dan berjaya pula di dalam memasarkan produk-produk mereka. Jika Honda mempunyai universiti saya …

Continue reading

Pandu Uji Volvo V60 T4: Wagon Bergaya!

Tahun lepas saya memandu uji beberapa buah model keluaran Volvo. Dengan Volvo V60 T4 di dalam artikel ini maka sudah lengkap sesi pandu uji saya bersama model-model moden jenama dari Sweden itu. Bukan semua varian tetapi model-model yang di pandu uji mewakili apa yang ingin disampaikan Volvo. Pandu uji pertama ialah sebuah sedan iaitu Volvo …

Continue reading

Volkswagen Golf GTI 2013: Kereta Berprestasi Untuk Semua!

VW Golf adalah sebuah kereta yang hebat. Model itu adalah sebuah kereta yang diidami ramai. Mencapai taraf kereta idaman adalah suatu yang hebat di mana rata-rata orang membeli kereta kerana keperluan. Definisi idaman ialah apabila anda melihat sesebuah model kereta di atas jalan dan di dalam hati kecil anda berkata-kata, saya hendakkan kereta ini. Jenama …

Continue reading