Author's posts

Honda Malaysia Membuka Fasiliti Produksi No.2 – 100 Ribu Unit Kenderaan Setahun!

Melaka, 16 Januari 2014 – Honda Malaysia Sdn Bhd hari ini mengukuhkan komitmen terhadap perniagaannya di Malaysia dengan pembukaan kilang produksi No.2 di Pegoh, Alor Gajah, Melaka, 11 tahun selepas pembukaan produksi No.1 pada Januari 2003. Pembinaan produksi No.2 yang berkeluasan 49,190 meter persegi hanya mengambil masa kurang dari 12 bulan dan dijangka mampu menggandakan …

Continue reading

Proton Bakal Lancar Dua Varian Baharu Suprima S Hujung Minggu Ini

Pada penghujung minggu ini Proton bakal melancarkan dua varian baharu Suprima S. Model itu pertama kali dilancarkan pada Ogos tahun lalu dengan dua varian iaitu Executive yang berharga RM76,338.00 manakala varian Premium pula berharga RM79,638.00. Salah satu varian yang dilancarkan nanti berkemungkinan akan menggantikan model Executive dengan harga yang lebih mesra pembeli. Kemungkinan juga spesifikasi …

Continue reading

Galeri: Proton Perdana Limousine & Perdana 2.4P – Accordana

Pada tahun 2013 kerajaan telah mengumumkan program penggantian kenderaan rasmi daripada Proton Inspira kepada Honda Accord. Keputusan tersebut telah menarik perhatian ramai dan menjadi isu nasional yang hangat. Selang beberapa tempoh keputusan itu disemak semula dan kerajaan memaklumkan bahawa kereta rasmi akan tetap dibekalkan oleh pengeluar kereta nasional Proton. Isu itu sekali lagi menarik perhatian …

Continue reading

Toyota Vios Baharu Mendapat Sambutan Hangat – Terima Lebih 20 Ribu Unit Tempahan!

Toyota Vios baharu yang dilancarkan pada Oktober 2013 lalu telah mendapat respons hangat daripada pasaran tempatan dengan rekod tempahan terkini sudah pun melebihi 20 ribu unit. Menurut UMW Toyota Motor, respons yang diterima positif di mana pelanggan memilih Vios berdasarkan beberapa faktor seperti reka bentuk yang sporty serta nilai pemilikan yang ditawarkan. Ramai pelanggan mengatakan …

Continue reading

BMW M3 Saloon dan BMW M4 Coupé : Model Ikonik BMW M

Pelancaran dua model baharu BMW M3 Saloon dan BMW M4 Coupé menandakan ketibaan generasi kelima kereta ikonik berprestasi daripada BMW M. Buat pertama kali, model Coupé dan Saloon mempunyai nama tersendiri berbeza dengan sebelum ini yang menggunakan nama model asas yang dinaiktaraf. Buat pertama kali juga ialah penggunaan enjin pengecas turbo untuk model BMW M …

Continue reading

UMW Toyota Motor Memperkenalkan Toyota Corolla Altis Baharu

UMW Toyota Motor bakal membuka tirai 2014 dengan melancarkan model baharu Toyota Corolla Altis. Terdapat tiga varian yang ditawarkan iaitu 1.8E, 2.0G dan paling istimewa ialah 2.0V yang antaranya dilengkapi dengan VSC, TRC (Traction control), Smart Entry and Smart Start, roda aloi 17″, kerusi depan larasan automatik dan lampu LED dengan DRL. Kesemua varian Corolla …

Continue reading

Galeri: Nissan Note

Edaran Tan Chong Motor telah mempamerkan Nissan Note pada KLIMS 2013 dan menurut mereka model itu hanya dibawa masuk untuk meninjau penerimaan dan respons pengunjung. Nissan Note berada di dalam segmen yang sama seperti Honda Jazz dan dibina untuk pasaran Eropah. Terdapat ura-ura yang mengatakan kereta bandar bersesaran 1.5 liter (sama seperti Nissan Almera) itu …

Continue reading

Lotus Elise S Cup R: Penampilan Pertama di Birmingham!

Keistimewaan kereta Lotus adalah pada konsep binaan yang ringkas dan membeli sebuah Lotus bukan setakat memiliki dan memandunya sahaja. Lotus mahu memberitahu bahawa produk mereka sesuai untuk pelbagai bajet, tahap serta pengalaman pemandu.  Buktinya ialah Lotus Driving Academy menyediakan pelbagai program seperti pengalaman pemanduan sehari, latihan dan kursus pemanduan dan menariknya terbuka untuk orang ramai, …

Continue reading