UMW Toyota Motor Memperkenalkan Toyota Corolla Altis Baharu

Toyota Corolla Altis 2014.01UMW Toyota Motor bakal membuka tirai 2014 dengan melancarkan model baharu Toyota Corolla Altis. Terdapat tiga varian yang ditawarkan iaitu 1.8E, 2.0G dan paling istimewa ialah 2.0V yang antaranya dilengkapi dengan VSC, TRC (Traction control), Smart Entry and Smart Start, roda aloi 17″, kerusi depan larasan automatik dan lampu LED dengan DRL.

Kesemua varian Corolla Altis menggunakan enjin Dual VVT-i dengan transmisi CVT 7 kelajuan dan tambahan tuil penukar gear pada stereng untuk varian 2.0V. Varian 2.0G dan 2.0V turut dibekalkan sistem audio 2 DIN DVD bersaiz 7″ dengan kamera undur.

Tarikh pelancaran rasmi masih lagi tidak diumumkan tetapi khabarnya akan dilakukan di dalam masa terdekat. Berikut adalah senarai harga jualan rasmi Toyota Corolla Altis 2014.

Toyota Corolla Altis 2014.02

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.