Author's posts

Galeri: Ujian Litar Pertama Proton Suprima S R3

Proton R3 pada kelmarin melakukan ujian litar dan penampilan pertama Suprima S R3 untuk musim perlumbaan 2014. Kereta lumba paling baharu dari R3 itu menggunakan enjin Campro CPS yang diubahsuai secara ekstensif. Pada bahagian luaran, Suprima S menggunakan roda aloi ringan 15″ R3, kit badan yang terdiri dari lips depan dan skirt sisi sama seperti …

Continue reading

Honda City 2014 Kini Dibuka Untuk Tempahan

Buat mereka yang tertanya-tanya mengenai Honda City 2014, tarikh pelancaran model baharu itu semakin dekat apabila Honda Malaysia kini membuka tempahan kepada orang ramai. Honda City pertama kali diperkenalkan ke pasaran tempatan pada tahun 2003 dan telah menjadi salah satu model kegemaran rakyat Malaysia. Model generasi keempat itu menggunakan enjin 1.5l i-VTEC dan menariknya dipadankan …

Continue reading

Subaru Levorg Sports Tourer Concept

Pengeluar kereta biasanya mempamerkan kereta konsep bagi memberi bayangan produk masa depan dan kebolehan dalam menghasilkan sesebuah teknologi atau kereta. Kebanyakan kereta konsep direka dengan format futuristik namun ada juga yang tampil seperti siap untuk dikilangkan dan anehnya pengeluar masih memanggilnya sebagai kereta konsep. Contoh terdekat ialah Subaru Levorg Tourer Concept yang pertama kali dipertontonkan …

Continue reading

CABARAN BARU TOYOTA ECO YOUTH 2014 BERMULA

13 Februari 2014, Shah Alam – Toyota Eco Youth (TEY) 2014 dilancarkan hari ini sekaligus menandakan bermulanya kalendar aktiviti alam sekitar bagi 16 buah sekolah yang terlibat dari seluruh negara. Memasuki tahun ke-14 kini, program berkenaan yang menjadi satu daripada tiga tunggak penting bagi aktiviti tanggungjawab sosial korporat UMW Toyota Motor disempurnakan perasmiannya oleh Ketua …

Continue reading

Kempen Servis Khas Untuk Toyota Prius 1.8

12 Februari 2014 – Toyota Motor Corporation (TMC) mengumumkan kempen servis khas bagi menangani isu perisian yang mengawal pengubah galak (boost converter) Toyota Prius 1.8. Kesan yang dikenal pasti ialah pelbagai lampu amaran akan menyala dan seterusnya kereta berada di dalam fail safe mode yang mengakibatkan kereta kehilangan kuasa. Pembaikan yang dilakukan ialah dengan menala …

Continue reading

Honda City Modulo 2014

Pada 23 Januari lepas Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd., telah melancarkan Honda City baharu. Model generasi keempat itu dibina berdasarkan konsep “Advanced Cool Stunner”. Reka bentuk bahagian  depan hinggalah ke belakang adalah lambang ekspresi kemewahan dengan ruang kabin yang luas. Honda City dikuasakan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang berkuasa 117 hp pada 6,000 rpm dan tork …

Continue reading

Proton Suprima S Malaysian Touring Car – Eksklusif Untuk Pasukan Proton R3!

Proton sejak dari mula ditubuhkan sememangnya memberi perhatian serius di dalam sukan permotoran bagi mengangkat jenama dan membuktikan keupayaan produk nasional negara. Proton terlibat di dalam pelbagai perlumbaan di dalam dan luar negara seperti touring, litar, tahan lasak dan yang paling menonjol ialah sukan rali. Bermula dari Proton Saga, Wira, Satria, Putra, Waja, Tiara, Satria …

Continue reading

Tiada Kenaikan Kadar Tol Untuk Tahun 2014!

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  mengumumkan kabinet telah bersetuju untuk tidak menaikkan kadar tol pada tahun ini. Keputusan tersebut melegakan ramai pihak namun kerajaan perlu membayar pampasan sebanyak RM400 juta kepada pelbagai pemegang konsesi. Menurut beliau, terdapat 29 konsesi tol di dalam negara dan kebanyakan yang terlibat di dalam kenaikan kadar tol adalah …

Continue reading