Author's posts

Proton Perkenalkan Saga Plus Dengan Lima Ciri Tambahan Tetapi Harga Kekal Seperti Saga SV

Proton Holdings Berhad baru-baru ini memperkenalkan varian baharu model sedan paling popular iaitu Saga Plus. Model yang diperkenalkan sejak lapan tahun lalu telah terjual sebanyak 500,000 unit dan Saga generasi kedua itu terus kekal sebagai salah satu model nasional terlaris di Malaysia. Kebanyakan pembeli memilih Saga kerana prestasi enjin, keluasan, keselesaaan dan keselamatan menjadikannya model …

Continue reading

Sejagat Lubricants Sdn. Bhd. Memperkenalkan DS Motor Oil Di Malaysia

Sejagat Lubricants Sdn. Bhd., sebuah syarikat Malaysia sepenuhnya, baru-baru in telah memperkenalkan pelbagai jenis minyak pelincir kenderaan, termasuk motosikal, yang mengatasi tahap kualiti tertinggi peringkat antarabangsa. Selain dari menyerap innovasi teknologi terkini, produk-produk di bawah jenama DS Motor Oil ini dirumus dan diadunkan di dalam negara dengan menggunakan bahan mentah import. Harga pula berpatutan sementara …

Continue reading

ETCM MENAWARKAN PELUANG MEMENANGI JAM TANGAN TAG HEUER NISMO EDISI KHAS

KUALA LUMPUR, 11 September 2015 – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah melanjutkan kempen “58 Years and Still Growing Strong” berikutan maklum balas memberangsangkan yang diterima oleh kempen yang bermula pada Ogos lalu. Kempen yang dilanjutkan sehingga akhir September 2015 itu memberi peluang kepada para pelanggan bertuah untuk membawa pulang tiga lagi unit jam tangan …

Continue reading

Infiniti Bakal Memperkenalkan SUV Kompak Q30 di Frankfurt, Jerman Sehari Sebelum Hari Malaysia

Hong Kong – Penampilan perdana Infiniti Q30 Premium kompak aktif yang pertama dijadualkan berlangsung di Pameran Motor Antarabangsa Frankfurt tahun ini. Penampilan luaran yang ekspresif dan uniknya menyumbang kepada visual dinamik bagi segmen kompak premium terbaru. Manakala, reka bentuk dan keluk dalaman Q30 yang ekspresif mewujudkan keperibadian yang diidamkan pemandu dan penumpang. Pereka dalaman Infiniti …

Continue reading

Pandu Uji Nissan X-Trail 2.0 2015

Pengenalan Nissan X-Trail mempunyai legasi yang terpahat di kalangan pemilik dan pemerhati SUV. Model pertama bersaing rapat dengan Honda CR-V. Memilih antara keduanya pula tidak sukar jika anda tahu tujuan pembelian sama ada untuk rekreasi atau meredah hutan bandar. Jadi tidak hairanlah jika X-Trail lebih digemari agensi kerajaan atau firma swasta yang cenderung kepada kegunaan …

Continue reading

Notis Panggilan Semula Kenderaan Global Toyota Yang Diperbuat Dari Januari 2006 hingga Disember 2011

Toyota Motor Corporation (TMC) mengumumkan panggilan semula global pada 4 Ogos 2015 untuk 2.3 juta unit model serata dunia yang diperbuat dari Januari 2006 hingga Disember 2011. Tujuan panggilan semula itu bagi menggantikan peledak beg udara sebelah pemandu. Serentak dengan itu, TMC serta pengedar dan wakil peniaga akan menghubungi para pelanggan setelah alat ganti tersebut tersedia …

Continue reading

PUSAT 4S UTAMA ETCM DIBUKA SECARA RASMI DI GLENMARIE

GLENMARIE, 12 Ogos 2015 – Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) secara rasminya melancarkan Pusat 4S Nissan utama di Glenmarie hari ini. Majlis itu menandakan satu lagi pencapaian bersejarah buat ETCM yang hanya minggu lalu telah mengadakan majlis pembukaan besar-besaran Pusat 3S Taiping. Majlis dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Dato’ Sri Liow Tiong …

Continue reading

ETCM LANCAR PUSAT 3S NISSAN DI TAIPING

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru-baru ini melancarkan secara rasmi Pusat 3S Nissan di Taiping, pusat 3S ke-19 ETCM di Malaysia. Ia menjadi Pusat 3S Nissan kedua yang dibuka pada tahun ini selepas pelancaran Pusat 3S Mega Johor Jaya, Mei lalu. Kedua-dua pelancaran tersebut – bersama satu lagi Pusat 4S Glenmarie yang bakal dilancarkan …

Continue reading