Author's posts

Anda Peminat Warna Merah? Kini Honda HR-V Ditawarkan Dengan Warna Kegemaran Anda

Selepas penawaran Honda Jazz dan City berwarna merah kini Honda Malaysia melancarkan warna Ruby Red Pearl untuk model HR-V. Malah tawaran Honda tidak terhenti di situ tetapi turut didatangkan dengan naik taraf lain yang menambah lagi seri SUV kompak tersebut. Di antara perubahannya ialah roda aloi bersaiz 17 inci dengan rekabentuk baharu untuk kesemua varian …

Continue reading

VIDEO: Proton Persona Baharu Dirakam di AKLEH

https://m.youtube.com/watch?v=ErB0HALPoU0&feature=player_embedded Proton Persona tanpa sebarang penyamaran di rakam di lebuh raya AKLEH. Kelmarin riuh di internet mengenai beberapa set foto Proton Persona yang dirakamkan di Kuala Lumpur. Video ini baru dimuatnaik sebentar tadi oleh blog automotif unggul, funtasticko.net Walaupun visual kurang jelas namun ianya memberi gambaran sisi model yang katanya bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Perodua Myvi 1.5 SE dan Myvi Advance Kini Pada Harga Lebih Rendah!

Kereta paling laris dan kegemaran rakyat Malaysia, Perodua Myvi kini ditawarkan pada harga lebih rendah. Perodua Myvi 1.5 SE dan Myvi Advance kini masing-masing RM3,650 dan RM3800 lebih rendah. Penurunan harga tersebut merupakan sebahagian daripada kempen Love the Nation dan ditawarkan sehingga 7 Julai 2016 sahaja. Menyegarkan semula produk, Myvi Advance kini mempunyai dwi tona …

Continue reading

Honda Civic Baharu (Gen-10) Kini Dibuka Untuk Tempahan – 1.5 VTEC Turbo!

Setelah dilancarkan di berapa pasaran dunia termasuk di negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia, Honda Civic baharu (Gen-10) akhirnya ditawarkan di Malaysia. Honda Malaysia telah membuka tempahan untuk model serba baharu yang akan dilancarkan pada sukuan kedua tahun ini. Model itu dikatakan bakal menjadi pengubah permainan dengan pelbagai ciri baharu untuk segmen C dan …

Continue reading

Zulfahmi Khairuddin Memenangi Tempat Kedua Perlumbaan WorldSSP di SIC!

Pentas podium Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sudah lama tidak dijejaki oleh anak tempatan untuk acara perlumbaan antarabangsa. Kini kekosongan itu sudah dipenuhi apabila Zulfahmi Khairuddin memenangi tempat kedua perlumbaan World SuperSport (WorldSSP) pada lewat petang semalam. Perlumbaan yang ditunda selepas acara WorldSBK akibat cuaca itu nyata berbaloi buat pelumba negara yang bermula ditempat kelima. Beliau …

Continue reading

MPV Mewah Kegemaran Rakyat – Toyota Vellfire dan Alphard Bakal Dijual Secara Rasmi

UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. telah mengumumkan bahawa mereka akan mengimport Toyota Vellfire dan Alphard baharu untuk jualan domestik. Kedua model itu diimport secara siap (CBU) dari tanah kelahiran Toyota iaitu Jepun. Terdapat dua varian untuk Alphard iaitu 3.5 Executive Lounge dan Alphard 3.5 manakala satu varian Vellfire sahaja. Memandangkan MPV mewah itu diimport secara …

Continue reading

Spyshot: Ujian Jalan Raya Suzuki Ertiga, Proton Persona dan Proton Perdana?

Di sebalik jualan yang merudum, Proton tidak mengalah dan terus galak membuat ujian untuk melancarkan produk-produk baharu bagi meneruskan kelangsungan bisnesnya dan menjamin masa depan syarikat R&D dan automotif terulung negara. Kebelakangan ini, foto beberapa buah kereta yang dikatakan model-model baharu Proton banyak disiarkan di beberapa blog automotif. Terkini, beberapa model ujian jalan raya berjaya dirakamkan oleh …

Continue reading

Walaupun Pasaran Perlahan, Jualan Perodua Meningkat!

Perodua berjaya mendominasi 36.3% atau 47,200 dari 130,000 anggaran jumlah saiz industri (TIV) pada sukuan pertama 2016. Apakah model paling laris syarikat dari Rawang itu? Perodua Axia. Walaupun mencatat peningkatan namun jualan pada bulan Mac tahun lepas lebih tinggi iaitu sebanyak 22,400 unit berbanding 17,300 unit pada tahun ini yang bersamaan dengan 22.8% penurunan. Menurut …

Continue reading