Spyshot: Ujian Jalan Raya Suzuki Ertiga, Proton Persona dan Proton Perdana?

Proton Perdana ke.201602

Di sebalik jualan yang merudum, Proton tidak mengalah dan terus galak membuat ujian untuk melancarkan produk-produk baharu bagi meneruskan kelangsungan bisnesnya dan menjamin masa depan syarikat R&D dan automotif terulung negara.

Kebelakangan ini, foto beberapa buah kereta yang dikatakan model-model baharu Proton banyak disiarkan di beberapa blog automotif. Terkini, beberapa model ujian jalan raya berjaya dirakamkan oleh Jagjeet Singh, pengasas Wheelspin Motorsports, sebuah organisasi yang aktif menganjurkan sukan permotoran akar umbi.

Model yang dirakam itu memberi gambaran seperti Suzuki Ertiga, MPV di dalam segmen Perodua Alza dan Nissan Grand Livina. Jika dirujuk beberapa sumber media sebelum ini, Proton merancang untuk melancarkan sebuah produk pada tahun ini susulan kerjasama dengan Suzuki.

Selain daripada itu, turut berjaya dirakamkan ialah dua buah model seolah-olah pengganti Proton Persona yang menggunakan platform Iriz dan sebuah model flagship Proton iaitu Perdana.

Mengikut perancangan, Proton akan melancarkan Perdana kemudian disusuli beberapa model baharu seperti Saga, Persona dan model ubahsuai Suzuki.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.