Author's posts

PROTON MEMPERBAHARUI PERJANJIAN KOLEKTIF BERSAMA PIHAK KESATUAN PEKERJA

PROTON Holdings Bhd telah memperbaharui perjanjian bersama (Collective Agreement, CA) bersama ahli-ahli kesatuan di majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di Pusat Kecemerlangan PROTON di Subang Jaya, Selangor. Perjanjian itu ditandatangani dan diputuskan pada 19 Ogos 2016 antara YBhg Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON dan Presiden Kesatuan, En. Mohd Azmi Abu Bakar yang …

Continue reading

Honda Accord 2016 Facelift Kini Di Pasaran. Harga Dari RM145K – RM173K

Honda Malaysia menetapkan satu penanda aras baharu bagi sedan eksekutif menerusi pelancaran Accord Baharu. Accord Generasi ke-9 yang telah direka semula itu menawarkan nilai pakej yang hebat. Pada masa yang sama, ciri-ciri premium dikekalkan pada semua variannya. Accord yang meraikan ulang tahun ke-40 pada tahun ini merupakan model utama (flagship model) Honda. Di Malaysia, lebih …

Continue reading

Trak Iron Knight Volvo dan Teknologi I-Shift Dwi-Klac Kini Trak Terpantas Dunia – Catat Kelajuan 276km/j

Iron Knight milik Volvo Trucks kini adalah trak terpantas di dunia di dalam dua kategori. Ia telah menewaskan rekod kelajuan dalam kategori 500-meter dan 1000-meter dengan permulaan pegun. Trak pemecah rekod tersebut dibina khas dari semua aspek kecuali enjin dan transmisi I-Shift Dwi-Klac. Trak Iron Knight Volvo Trucks yang dipandu oleh Boije Ovebrink kini merupakan …

Continue reading

Proton Persona Standard, Executive dan Premium: Varian Mana Yang Patut Saya Pilih?

Proton Persona 2016 sudah pun dilancarkan pada 23 Ogos 2016. Sedar tidak sedar rupa-rupanya model generasi pertama sudah 9 tahun berada di pasaran apabila dilancarkan pada tahun 2007. Slogan iklan Our Pride and Joy masih jelas di dalam ingatan dengan iklan komersil televisyen yang ringkas dan malar segar. Proton Persona 2016 masih mengekalkan format yang …

Continue reading

Proton Persona 2016 Kini Dilancarkan – Harga Bermula Dari RM46.8K – RM59.8K

Selepas bermain teka-teki dengan orang ramai melalui gambar-gambar yang hanya menunjukkan bahagian-bahagian tertentu Proton Persona serba baharu ini, PROTON Holdings Bhd hari ini secara rasminya melancarkan model ini di Pusat Konvensyen Setia City. Acara ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Mula diperkenalkan pada tahun 2007, Proton Persona …

Continue reading

Sempena Ulang Tahun Pertama SUV MU-X, Isuzu Anjurkan Pesta Memancing – Juara Bawa Pulang Khemah Coleman Bernilai RM3 ribu

Isuzu Malaysia Sdn Bhd baru-baru ini merayakan ulang tahun pertama pelancaran SUV keluarannya, Isuzu MU-X, dengan satu kelainan. Buat julung kalinya, Isuzu Malaysia menganjurkan Pesta Memancing Isuzu MU-X di sebuah kolam memancing di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, untuk seramai lebih 50 tetamu VIP yang terdiri daripada pemilik SUV popular dengan 7 tempat duduk itu bersama …

Continue reading

Honda Sudah Bersedia Menggantikan Kesemua Peledak Beg Udara Bahagian Pemandu Yang Diperlukan Pelanggan

Honda Malaysia kini sudah bersedia untuk menggantikan peledak beg udara bahagian pemandu dengan 100% stok tersedia. Dengan itu Honda Malaysia ingin berterima kasih kepada pelanggan yang sabar dan memahami sepanjang tempoh menunggu alat ganti tersebut. Mereka yang masih belum berbuat demikian diminta untuk menghubungi pengedar rasmi Honda bagi mengantikan peralatan yang terjejas. Untuk rekod, setakat …

Continue reading

MyProton – Aplikasi Telefon Pintar Proton Untuk Interaksi Rasmi Yang Lebih Mudah

  PROTON Holdings Berhad telah memperkenalkan MyProton, aplikasi mudah alih yang baharu bertujuan untuk memberi kemudahan kepada semua pelanggan yang memiliki kereta Proton. Aplikasi itu membolehkan pemilik atau bakal pengguna Proton untuk membuat temu janji bagi memandu uji kereta Proton. Aplikasi ini boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store. Berikut adalah kemudahan …

Continue reading