Author's posts

Honda tambah pusat penukaran inflator beg udara Takata – Kini di stesen minyak PETRONAS terpilih

Inflator Beg Udara Takata

Untuk memudahkan lagi pelanggan yang terlibat dengan penukaran inflator beg udara Takata, Honda Malaysia kini bekerjasama dengan PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) di mana beberapa stesen minyak PETRONAS terpilih telah pun memulakan operasi penggantian sejak 9 Februari 2017. Lokasi stesen minyak PETRONAS tersebut ialah di Ampang, Selangor, Skudai, Johor, Pengkalan Chepa, Kelantan dan Kota Kinabalu, Sabah. …

Continue reading

Toyota Drive – Aplikasi telefon pintar untuk pelanggan Toyota

Toyota Drive

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) kini menawarkan aplikasi telefon bimbit, Toyota Drive untuk memberi lebih kemudahan kepada para pelanggan. Melalui aplikasi Toyota Drive, pelanggan boleh membuat temu janji servis, memohon bantuan jalan raya, tinjauan pakej servis, lokasi outlet Toyota terdekat dan makluman tawaran terbaru dari Toyota. Aplikasi Toyota Drive boleh dimuat turun dari Google …

Continue reading

Minyak pelincir Shell ini khusus untuk kenderaan dengan jarak perbatuan lebih dari 100K KM

Shell Helix HM 15W-50

Bagi pemilik kenderaan yang telah mempunyai jarak perbatuan yang tinggi, kini terdapat minyak enjin khusus Shell Helix yang dapat membantu ‘melawan’ kesan penuaan (ageing). Minyak enjin Shell Helix High Mileage 15W-50 synthetic technology multi-fuel baru ini dirumus khas dengan Teknologi Flexi Molecule menawarkan perlindungan khusus kepada enjin terutamanya sekali kenderaan dengan bacaan odometer lebih dari …

Continue reading

HONDA MALAYSIA SASAR JUALAN 100,000 UNIT UNTUK TAHUN 2017 – PERKENAL EMPAT MODEL BAHARU

Honda Malaysia Group Vice President Mr Akkbar Danial and Managing Director and CEO Mr Katsuto Hayashi with the New City

Tahun 2016 adalah tempoh yang cukup mencabar untuk industri automotif apabila Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) 2016 jatuh sebanyak 13% berbanding 2015 kepada 580,124 unit. Buat buat pertama kali dalam tempoh enam tahun, TIV berada di bawah 600,000.

Honda Malaysia walau bagaimanapun berjaya mengharungi cabaran tersebut dan mencatat jualan memberangsangkan serta melepasi sasaran yang telah ditetapkan dengan jumlah jualan sebanyak 91,830 unit.

Proton Iriz kini dijual di Indonesia – RM58K dan RM62K

PT PROTON Edar Indonesia telah memperkenalkan Proton Iriz di pusat beli-belah FX Sudirman, Senayan, Jakarta. Terdapat dua varian Proton Iriz iaitu 1.3L MT Standard dan 1.3L CVT Standard dengan harga IDR 175, 250,000 (RM58,484.57) dan IDR 185,283,000 (RM61,832.79).

Honda City facelift kini boleh dilihat di Siri Jelajah Honda

Honda City Facelift 2017

Honda City facelift yang akan dilancarkan tidak lama lagi itu menawarkan ciri segmen C pada harga segmen B. City baharu turut diiktiraf sebagai Kenderaan Jimat Tenaga (EEV) yang menawarkan penjimatan bahan api.

Toyota Hilux 2.4G AT Limited Edition dilancarkan – RM126,000!

Toyota Hilux 2.4G AT Limited Edition

Kepada mereka yang mahukan sebuah pikap Toyota Hilux yang berbeza dari ribuan Hilux yang lain, pengenalan baharu oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) ini mungkin jawapannya. Bermula 17 Februari, Toyota Hilux 2.4G AT Limited Edition sudah boleh dilihat di bilik pameran UMWT di seluruh negara.

(10 foto) Galeri Gambar Red Bull Honda World Superbike Team

Red Bull Honda World Superbike Team telah dilancarkan sempena musim perlumbaan World Superbike 2017 (WorldSBK 2017) di Hangar-7 di Salzburg, Austria. Nicky Hayden bergandingan dengan seorang lagi pelumba handalan iaitu Stefan Bradly.