(10 foto) Galeri Gambar Red Bull Honda World Superbike Team

Red Bull Honda World Superbike Team telah dilancarkan sempena musim perlumbaan World Superbike 2017 (WorldSBK 2017) di Hangar-7 di Salzburg, Austria. Untuk musim ini, Nicky Hayden akan bergandingan dengan seorang lagi pelumba handalan iaitu Stefan Bradly.

Baru-baru ini Red Bull Honda World Superbike Team telah dilancarkan sempena musim perlumbaan World Superbike 2017 (WorldSBK 2017) di Hangar-7 di Salzburg, Austria. Untuk musim ini, Nicky Hayden akan bergandingan dengan seorang lagi pelumba handalan iaitu Stefan Bradly. 

Mereka berdua akan menunggang jentera baharu, Honda CBR1000RR Fireblade SP2. Ini adalah kali pertama Red Bull menyertai WorldSBK sebagai penaja pasukan.

Nicky Hayden (69) adalah juara MotoGP 2006 dan sewaktu itu di bawah pasukan Red Bull. Ini adalah musim kedua buat Nicky Hayden dan untuk musim lepas, beliau  berjaya menjuari satu pusingan perlumbaan dan empat kali menaiki podium.

Stefan Bradly (6) pula ialah Juara Dunia Moto2 2011 dan atlet senior dalam program Red Bull. Ini adalah musim pertama buat Stefan Bradly.

Berikut ialah 10 gambar Red Bull Honda World Superbike Team 2017

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.