Author's posts

Mercedes SLS AMG E-CELL

Sekarang ini pembuat kereta berlumba untuk menghasilkan kereta elektrik terhebat masing-masing. Semuanya berlumba untuk masa depan dan boleh saya katakan yang pembuat Jepun agak ke depan berbanding pembuat Eropah. Tetapi ini tidak menghalang pembuat Eropah dari terus meneroka bidang ini. Mercedes, pembuat kereta premium semalam mengumumkan produk hijau mereka, SLS AMG E-Cell, kereta elektrik sepenuhnya.

Continue reading

STE FUJI 2010: Petronas Juara Lagi!

Segar dari kejayaan Super Taikyu Endurance [STE] pusingan Suzuka pada awal bulan Jun tim Petronas Syntium sekali lagi mencatat kemenangan podium di litar Fuji International Speedway pada 27 Jun lalu, menutup bulan tersebut dengan jayanya.

Continue reading

Podium?

Rali Whangarei, podium? 🙂 Foto: Proton Motorsports -Mak Uia-

Citroen DS3 R3: 1.6 Turbo!

Citroen sekarang ini boleh dikatakan pembuat yang berjaya dalam WRC. Pesaing terdekat, Ford masih jauh lagi nak mengejar, tengok sajalah macamana Sebastien Loeb menang dari satu acara ke satu acara. Dan untuk meneruskan lagi cengkaman mereka dalam sukan rali Citroen memperkenalkan DS3 R3. Dibina berasaskan undang-undang FIA terbaru Group R3T, model R3 mempunyai chasis yang …

Continue reading

Pit Cruze: Chevy Cruze Dengan Kit Badan

Chevy Cruze ini baru saja dilancarkan di negara kita. Impresi pertama ialah depannya boleh tahan menarik tapi bahagian belakang tu yang tak berapa nak cun. Nampak macam Honda pun ada. Untuk menjadikan Cruze lebih istimewa, Chevy UK menawarkan pakej istimewa, iaitu CS Kit. Pakej ini termasuklah rim sukan 18 inci warna Putih, spring rendah, spoiler …

Continue reading

Honda CRZ Mugen!

Semakin berusia minat kita terhadap jenis kereta pun berubah, kalau dulu melayan turbo dan Vtec sekarang ini mungkin kita hanya selesa dengan kereta standard kapak gear auto dengan peredam bunyi bass. Nak tekan klac berat-berat pun dah malas. Biarlah orang kata tak rock pun tapi kita yang tiap-tiap bulan tuang minyak dan jumpa Encik Bank. …

Continue reading

Bambi 422 Travel Trailer

Konsep kereta-rumah mungkin tidak popular di negara kita tetapi tidak di negara Barat. Dan untuk pasaran tersebut pengguna ditawarkan Bambi 422, trailer perjalanan untuk mereka yang suka mengembara. Trailer yang didesain kembali oleh Airstream, pembuat trailer dari Amerika ini direka khusus untuk jalan dan standard Eropah.

Continue reading

IRC: YPRES 2010: Jumpa Lagi di New Zealand

Saingan Tim Rali Proton R3 Malaysia tamat pada Special Stage [SS] 4 IRC pusingan Ypres, Belgium. Ketiga-tiga buah kereta Proton Satria Neo S2000 mengalami masalah enjin dan gagal untuk menamatkan perlumbaan. Mengecewakan tetapi itulah adat pertandingan dan walaupun gagal Proton telah membawa nama negara jauh ke benua lain. Cabaran Proton R3 seterunya ialah di APRC …

Continue reading