Honda CRZ Mugen!

Honda CRZ Mugen001

Semakin berusia minat kita terhadap jenis kereta pun berubah, kalau dulu melayan turbo dan Vtec sekarang ini mungkin kita hanya selesa dengan kereta standard kapak gear auto dengan peredam bunyi bass. Nak tekan klac berat-berat pun dah malas. Biarlah orang kata tak rock pun tapi kita yang tiap-tiap bulan tuang minyak dan jumpa Encik Bank. Kalau sekutu nak tau skru GT pun dah pandu kereta N/A kecuali Encik Amid dengan Subaru Forester Turbo.

Dan sekarang ini zaman hibrid, bosan macamana pun kita dengan teknologi ini lambat laun ianya akan melanda juga sama macam kita kutuk orang pandu kereta auto dulu. Sekarang ni dah jadi koman sangat, semua pandu auto, nak-nak dengan teknologi klac berkembar, memang cekap. Dan hibrid yang saya berkenan sangat ialah CRZ ini. Memang cun dan gaya CRX zaman dulu. Pakai kasut Aliph rambut belakang kasi panjang, tepi kasi nipis, depan ada jambul sikit.

Kini Mugen melancarkan aksesori untuk CRZ, pelanggan boleh membeli kit badan aero, komponen penalaan enjin, suspensi, brek dan aksesori interior. Satu hal tentang aksesori macam ini kita boleh beli tapi dengan niat untuk keselamatan dan bukan untuk menunjuk. Dan iya, kit badan memang membantu kereta meluncur dengan lebih stabil dan meyakinkan.

Di UK, barangan Mugen untuk CRZ ini diuruskan oleh Torque Developments Plc.

Sumber & Foto: Newspress

-Mak Uia-

Muhammad

20 Comments

  1. huhu…aku pun nyesal kutuk2 org pakai keter auto dlu…skrg sebok nk carik kete auto…anyway kete ni kalo masuk msia harga mesti mencarut kn…

  2. Erk Mak…bape rege kete ni OTR kat Mesia?..nak check bape belen acc dlm bank jap..huhu..

  3. haha…aku pn de kasut skolah dulu brand Aliph,jenis de pemantul cahaya 2…sme ke tak eh…
    betul2 dulu auto dipndg serong,skrg aku mencari..

  4. pakai auto ok ape….alangkan F1 pun guna auto gak….leh je bwk laju…

  5. Aku dah nampak dah budak sekolah pakai kereta ni warna merah.. plat WTY… Klimax terus aku bila terpandang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *