Author's posts

Fiat 500 Limited Edition

Saya rasa sekarang ini musim kereta edisi terhad sedunia, dalam 2,3 minggu ini tidak silap saya ada beberapa entri pasal kereta model khas. Jika sekutu ingat sebelum ini Matpon buat entri mengenai Fiat 500 Pink, kali ini Fiat mengeluarkan sebuah lagi edisi terhad iaitu 500 BlackJack.

Continue reading

Che Det: Pekerja Korea Lebih Produktif dari Pekerja Malaysia

Hari ini semasa berada dalam talian [online] yang sepatutnya saya berada di MAEPS tapi kena batal saya merayau ke alam maya dan buka laman Che Det. Hari ini beliau menulis suatu yang menarik, katanya pekerja Korea 3 kali lebih produktif dari pekerja Malaysia. Iya, tanpa kajian atau rujukan pun saya setuju dengan beliau. Bila bercakap …

Continue reading

Foto: Citroen Terbang!

Suatu yang menarik mengenai rali adalah aksinya yang mendebarkan, macamana kereta dengan kelajuan tinggi di atas permukaan berkelikir dan licin dikawal adalah suatu yang menakjubkan dan terbang kemudian mendarat adalah suatu yang tidak boleh diperolehi dalam sukan permotoran lain. Semasa Rali Turki pada April lepas, pemandu Citroen Sebastien Loeb telah terbang 85 meter [!] ke …

Continue reading

MRSC P2 2010: ACARA DITUNDA!

Pihak penganjur memaklumkan petang tadi MRSC pusingan 2 yang bakal berlangsung pada 30 Julai dan 1 Ogos [esok & lusa] di MAEPS terpaksa ditunda hingga diberitahu kelak. Notis singkat menyebabkan tiada lokasi ganti dapat diusahakan. Kesulitan amatlah dikesali. -Mak Uia-

Mazda Verisa: Hanya di Jepun!

Dalam segmen midi sedan dan kompak, Mazda menawarkan kepada konsumer lokal Mazda2 sedan dan hatchback. Jualannya boleh tahan dan saya paling banyak terserempak dengan Mazda2 sedan, iye kita memang juara sedan.

Continue reading

MAEPS: Pameran Pertanian

Gambar di atas ini ialah Malaysia Agro-Exposition Parl [MAEPS],  Serdang. Venue ini biasa digunakan untuk pameran pertanian dan macam-macam lagi. Kalau siapa yang terlibat dalam pertanian memang kenal sangat tempat ini sebab di sinilah berlangsungnya MAHA, pameran pertanian mega.

Continue reading

IIMS 2010: Proton Exora President!

Proton Exora sentiasa menarik perhatian saya, model ini bagi saya adalah kemas dan produk yang sesuai pada harga dan masa. Sejak dari hari pelancaran lagi saya dah tertarik dengan 2 model khas iaitu Prestige dan Prime dan sekarang ini pembeli boleh mendapatkan Exora 25 Tahun dengan bamper hitam yang tak nampak racing langsung tetapi dalaman …

Continue reading

Volkswagen: Kos R&D Saja Lebih RM20 Bilion!

Saya boleh kata ramai yang mengagumi VW, jenama ini memang hebat dan di bawah kumpulannya ada berderet jenama kereta. Audi, Bugatti Matpon, Lamborghini, Seat, Skoda dan itu belum kira anak syarikat yang kita tak kenal. Terbaru sekali mereka dah telan firma desain Itali, Italdesign yang merekabentuk Proton Emas dan Persona R khabarnya. Untuk info saya …

Continue reading