Foto: Citroen Terbang!

Citroen Rally.0004

Suatu yang menarik mengenai rali adalah aksinya yang mendebarkan, macamana kereta dengan kelajuan tinggi di atas permukaan berkelikir dan licin dikawal adalah suatu yang menakjubkan dan terbang kemudian mendarat adalah suatu yang tidak boleh diperolehi dalam sukan permotoran lain.

Semasa Rali Turki pada April lepas, pemandu Citroen Sebastien Loeb telah terbang 85 meter [!] ke udara dan beliau sendiri tidak pernah terbayang untuk terbang sebegitu jauh. Saya tak boleh bayangkan macamana perasaan beliau di udara dengan hanya awan biru di depan!

Dan untuk meraikan 6 tahun penglibatan cemerlang tim dan juga Rali Finland, Citroen telah memilih 10 foto terbang untuk dikongsi bersama.

Citroen Rally.009

Foto-foto ini dirakamkan di New Zealand, Sweden, Itali, Norway dan tempat terkenal lompatan iaitu di Finland. Citroen Total World Rally Team telah bersaing dalam WRC sejak 2001 dan memenangi 5 kategori pembuat dan 6 kali untuk Seb Loeb meraih kategori pemandu yang menjadikannya pemandu paling berjaya dalam sejarah rali.

Berdasarkan prestasi semasa saya boleh kata tahun ini mereka sekali lagi akan meraih kejuaraan kali ke 6 dan ke 7. Seb Loeb patut bersara dan main F1, moto GP atau apa-apa sukan lain. Beliau sudah lagenda.

Sumber & Foto: Newspress

-Mak Uia-

Muhammad

14 Comments

  1. “, pemandu Citroen Sebastien Loeb telah terbang setinggi 85 meter [!] di udara dan beliau sendiri tidak pernah terbayang untuk terbang sebegitu jauh’

    itu lompatan untuk setinggi ke sejauh?? kekehekehkhe

  2. muhammad already mention mr seb said “beliau sendiri tidak pernah terbayang untuk terbang sebegitu jauh” but there is no picture taken as a proof.

  3. Jeremy

    So do the media agency, thanx for noticing that. Below is the excerpt:

    “During April’s Rally of Turkey, Citroën’s Sébastien Loeb literally took off on the fast Ballica stage propelling his C4 WRC car an incredible 85 metres into the air”

  4. bkn takat 2 je.. kete “terbang” smpai masuk rumah org pun ade…
    org kite lg power….

  5. Kalo terbang eksiden mati sorg2 takpe…ini org yg tak bersalah pun terbabit…Innalillah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *