Author's posts

Lotus Racing Adalah Team Lotus!

Pertama 1Malaysia F1 Racing Team, kedua Lotus Racing, terbaru dan kekal selepas ini ialah Team Lotus. Nama memang memainkan peranan penting dan sampai sekarang masih ada suara-suara yang tidak setuju dengan Lotus Racing sebab saya rasa ianya bukan tim kilang Lotus tambahan pula dimiliki oleh rakyat tempatan. Kalau ada yang skeptik tu perkara biasa.

Continue reading

Proton: Perkembangan Terbaru 23/9

Proton mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kelmarin dan pengurusan kanannya berkongsi serba sedikit mengenai perkembangan terbaru syarikat. Antaranya ialah: 1. Enjin Turbo Bakal diperkenalkan tahun depan dan model pertama yang menggunakannya ialah Proton Exora. Enjin ini juga akan digunakan dalam model masa depan seperti Persona baru. 2. Model Rupa Baru [Facelift] Sebelum hujung tahun ini model …

Continue reading

Fiat Doblo Cargo: Van Antarabangsa 2011

Sekutu rasa pelik tengok Fiat Doblo Cargo ni? Tapi tidak bagi 24 juri yang menganugerahkannya sebagai Van Antarabangsa Tahun 2011 pada Selasa lepas di Hanover, Jerman. Van ini mencapai 128 daripada 168 mata keseluruhan di mana para juri kagum dengan jumlah varian badan dan enjin yang lebih banyak berbanding van lain, kualiti pemanduan dan tahap …

Continue reading

Volvo S60 & V60 R-Design

Walaupun Volvo ni jenama sopan-sopan dan untuk mereka yang mementingkan keselamatan tetapi kita jangan lupa disebalik apa jenama kereta pun mesti ada kaki yang jenis gila mod. Jenis belajar tinggi-tinggi sebab nak buat kereta lumba tetapi bila dah kerja tersangkut pula buat kereta kebanyakan. Bila bos bagi projek buat kereta spek lumba memang gembira bukan …

Continue reading

Lotus Elite: Modal Masa Depan Lotus

Datang 2014 Lotus dijangka melancarkan pencabar kereta berkuasa tinggi lain dengan model terbaru ini, Lotus Elite. Dari pandangan pertama kita dapat cam yang ini adalah signatur desain Lotus, ringkas, bersahaja dan kini seperti Evora ada pengaruh Ferrari. Dengan trend semasa dan masa depan, kereta ini antaranya akan dikuasakan oleh sistem hybrid dan paling menarik ada KERS, storan kuasa dan …

Continue reading

JDM: Mazda AZ-Wagon

Kereta JDM memang digemari rakyat tempatan, mungkin sebab kualiti tinggi atau pun harga yang lebih murah dari pengedar sah. Tengok sajalah Toyota Wish JDM berkepuk atas jalan berbanding Wish Malaysia. Walaupun model ‘sah’ ada segala waranti dan segala macam pakej tapi modal tersebut tetap tak jalan. Artikel ini pula pasal Mazda AZ-Wagon, model yang tak …

Continue reading

Lotus Bagi Hadiah Pada Bos Toyota

Lotus meraikan kerjasama yang berjaya dengan Toyota pada majlis sambutan di Kedutaan British di Tokyo pada Jumaat lepas. CEO Lotus, Dany Bahar menghadiahkan Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda sebuah Lotus Elise terakhir yang dikuasakan enjin Toyota 2ZZ-GE VVTL-i. Majlis ini menandakan berakhirnya satu era dan permulaan satu hubungan yang lebih kuat antara dua syarikat.

Continue reading

Beli Proton Dapat He-Man Dual

Pertama kali saya buka laman web agensi media yang GT biasa langgan dan terjumpa berita pasal Proton. Biasa Perodua saja yang ada dalam koleksi berita mereka. Walaupun berita yang disiarkan tak ada kena mengena dengan Proton lokal tapi ok juga sebab ada benda yang saya tak tahu dan boleh juga dikongsi bersama sekutu.

Continue reading