Author's posts

Proton R3 Satria Neo

Dijuruterakan untuk pemanduan yang dinamik, Proton pada semalam memperkenalkan kereta hac eksklusif Proton R3 Satria Neo. Dibina oleh Divisyen Permotoran Proton di bawah jenama Race, Rally, Research [R3] kereta ini mudah dikenali dengan warna Fire Red dengan bumbung hitam. Enjin 1600cc Campro CPS yang digunakan pada Satria ini dipertingkatkan lagi dengan peralatan Stage 2 R3 …

Continue reading

MRC 2011: Cabaran Bakal Bermula

Sejumlah nama-nama besar dijangka akan menyertai pusingan pembukaan APRC yang juga sebahagian dari MRC 2011 di Plaza Angsana Johor Bahru dan Estet Tai Tak di Kota Tinggi bermula 1 hingga 3 April. Buat pertama kalinya juga, peringkat istimewa pendek berjarak 2km dibina di kawasan bersebelahan Plaza Angsana untuk menyuntik lebih kesedaran umum terhadap sukan rali. …

Continue reading

Toyota Verso-S

Toyota kembali ke segmen B-MPV [mini MPV] dengan model baharu iaitu Verso-S. Menariknya Toyota mengakui Verso-S antara yang terkecil di antara pesaing dalam segmen tetapi macam biasa, benda-benda kecil tetapi rasa besar adalah kepakaran Toyota dan sekutu mereka iaitu Daihatsu dan Perodua dan kini mungkin juga Subaru. Toyota boleh diberi kredit kerana mereka adalah pelopor …

Continue reading

Mitsubishi Colt Juro Special Edition

Mitsubishi Colt Juro Special Edition adalah varian tambahan kepada Colt CZ2. Menjadikan varian ini istimewa ialah sistem navigasi Garmin dengan Bluetooth dan kerusi yang dibalut kulit sebagai peralatan standard. Dari segi keselamatan, struktur badan Colt dibina berasaskan standard Mitsubishi dengan nama glamor RISE atau Reinforced Impact Safety Evolution. Rekaan struktur ini membolehkan beban tenaga impak …

Continue reading

Mitsubishi Delica D:2

Mitsubishi pada Khamis lepas melancarkan van mini kompak Delica D:2. Walaupun kompak tetapi mempunyai interior yang luas dengan ciri-ciri mesra penumpang seperti pintu gelungsur pada kedua-dua sisi serta kerusi pelbagai aturan. Delica D:2 menggunakan enjin cekap bahan bakar 1.2 liter yang dikahwinkan dengan transmisi CVT dengan kesemua varian layak menikmati cukai kereta-eko Jepun sehingga 75%. …

Continue reading

Mitsubishi i-MiEV, Kereta Elektrik Capai 4 Bintang Euro NCAP

Apabila dilancarkan di Jepun pada Julai 2009, Mitsubishi i-MiEV adalah kereta elektrik pertama yang dijual pada skala besar untuk pasaran dunia. Dan sekali lagi i-MiEV mencipta sejarah dengan menjadi kereta elektrik pertama menjalani ujian pelanggaran oleh Euro NCAP dan keputusannya agak cemerlang iaitu 4 bintang. i-MiEV dibina berasaskan senibina mid-ship dan dikuasakan oleh motor kompak dan …

Continue reading

Red Bull Skoda Team

Pasukan Red Bull Skoda akan membuat penampilan pertama pada 5 hingga 6 Mac ini pada Rali Mexico iaitu pusingan pertama S-WRC musim 2011. Juara IRC tahun lepas, Juho Hanninen dan Mikko Markkula akan berlumba dengan Skoda Fabia S2000. Rali Mexico merupakan salah satu pusingan paling mencabar dan stim dalam siri S-WRC. Trek tanah sekitar Leon …

Continue reading

Proton S16 [Saga] Capai 3 Bintang ANCAP

httpv://www.youtube.com/watch?v=3SbX4Ld_QiM Proton Saga atau dikenali sebagai S16 di Australia telah diuji dalam Australasian New Car Assessment Program [ANCAP] pada penghujung 2010. Melalui laporan yang disiarkan pada 3 Februari lepas, kereta rakyat ini mendapat 3 daripada 5 bintang maksimum dengan skor 19.96 daripada 37 skor keseluruhan. Kelajuan kenderaan ujian pelanggaran ialah 64 km/j. Ujian ini adalah …

Continue reading