VW Meterai Perjanjian Dengan DRB Hicom

DB2010AL01943

Grup Volkswagen sedang menggiatkan aktiviti mereka di Asia Tenggara selari dengan program pembangunan Strategy 2018. Christian Klingler, Ahli Lembaga Pengurusan Volkswagen AG dan wakil daripada DRB Hicom menandatangani perjanjian bagi pemasangan kenderaan di Pekan, Pahang yang disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. Model yang dipilih ialah Jetta dan Passat yang akan mula dipasang pada penghujung 2011 dengan perancangan jangka masa panjang untuk industri automobil Malaysia.

Perancangan seterusnya ialah memasang model lain dalam fasa kedua pengembangan bermula penghujung 2012. Pemasangan secara terurai [CKD] ini pada mulanya akan melibatkan beberapa ribu unit dan jumlahnya akan ditingkatkan kemudian.

Sumber: VW

-Mak Uia-


Muhammad

15 Comments

  1. gua saspek golf 1.4 tu kalau CKD sekitar RM100K aje.. kompom jazz GE tak lawa tu bungkus.. i hate jazz.. sekian -myvi lover-

Kata Anda//