VW Meterai Perjanjian Dengan DRB Hicom

DB2010AL01943

Grup Volkswagen sedang menggiatkan aktiviti mereka di Asia Tenggara selari dengan program pembangunan Strategy 2018. Christian Klingler, Ahli Lembaga Pengurusan Volkswagen AG dan wakil daripada DRB Hicom menandatangani perjanjian bagi pemasangan kenderaan di Pekan, Pahang yang disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. Model yang dipilih ialah Jetta dan Passat yang akan mula dipasang pada penghujung 2011 dengan perancangan jangka masa panjang untuk industri automobil Malaysia.

Perancangan seterusnya ialah memasang model lain dalam fasa kedua pengembangan bermula penghujung 2012. Pemasangan secara terurai [CKD] ini pada mulanya akan melibatkan beberapa ribu unit dan jumlahnya akan ditingkatkan kemudian.

Sumber: VW

-Mak Uia-


Silakan kongsi:

15 comments

Skip to comment form

  1. sepat suka Passat ni..

    • belalang_kontot on 22/12/2010 at 8:40 AM
    • Reply

    murah tak kalo jadi ckd ni…

    • smut_liar on 22/12/2010 at 9:22 AM
    • Reply

    gua suka pd vw punya brand.. smua hebat2 blaka..

    • matkilau on 22/12/2010 at 10:20 AM
    • Reply

    asal x pasang sciroco skli..haha
    murah ckit..

  2. yahooooooo

    pls lah jual murah2… kehekeh jeh jkeh

  3. golf takde psang skali ke??ne tau leh dpat bwah rm100k..

  4. kalo golf pasang CKD agak2 leh bwh 100K kompom gua beli…haha

  5. gua saspek golf 1.4 tu kalau CKD sekitar RM100K aje.. kompom jazz GE tak lawa tu bungkus.. i hate jazz.. sekian -myvi lover-

    • azwan nbs on 22/12/2010 at 4:00 PM
    • Reply

    geranti mahal

  6. ok. kalau lu org nak tau sepat tu agen vw. sebab tu nama dia macam passat. sekian.

    • extra5 on 23/12/2010 at 12:19 AM
    • Reply

    touareg x de ke?
    CKD sama harga dgn exora…
    comfirm laku….

  7. VW pessot – nama baru utk CKD ver keh keh keh

    Mat – i am myvi fan ..mana mampu pakai conti

  8. alangkah bahgianyer kalo gua dpt pkai VW Golf…kete idaman gua…hehe

    • Basikal buruk on 23/12/2010 at 10:18 PM
    • Reply

    Kat Guangzhou keta VW dia org buat jadi teksi aje…rase selesa bila naik….

    • bawang on 25/12/2010 at 6:06 PM
    • Reply

    gua rasa golf ckd murah dalam 20k dari harga sekarang…ape2pon wait n see..das auto..

Leave a Reply to sepatCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.