Gambar: Perhimpunan Skyline 2010!

P1000332

Pada 19 Jun 2010, geng-geng Skyline seMalaysia ada anjur perhimpunan tak rasmi di Putra Heights, Selangor. Perhimpunan ni berjaya menarik lebih kurang 50 buah Skyline dari model R32 hinggalah ke model R35. Ada yang datang dari Muar hanya semata-mata nak join sekaki. Tak ada apa-apa aktiviti lain pun dianjurkan, hanya minum-minum teh tarik tapi semangat pemilik Skyline datang berhimpun memang terbaik.

Ada jugak beberapa model Skyline yang boleh kira spesis rare yang datang macam sebuah versi R34GTT Tommy Kaira, satu R33 GTR dengan bodykit ORIGINAL Top Secret dan sebuah R32GTR asli yang memang cukup susah nak jumpa kat sini. Geartinggi ucapkan tahniah kepada penganjur dan jangan lupa jemput kami lagi.

Enjoy gambar-gambar nih!

Klik sini brader!

Amid: URO Vamtac, Malaysian Style!

UroVamtac00

Korang mesti heran, pasal apa aku asyik-asyik tulis pasal cerita askar? Ye laa, nak baca pasal kereta modified, korang beli je la majalah.

Ok, mungkin korang pernah ternampak kenderaan yang rupa macam HUMVEE tapi bukan HUMVEE dengan celoreng askar kita atas jalan. Sebenarnya, menda ni nama dia URO Vamtac dan berasal dari Sepanyol, bukan Amerika Syarikat.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Amid: Perang Toyota!

Toyotawars00

Ni bukan cerita perang jualan kereta antara Toyota dengan pesaing-pesaing dia. Tapi pada tahun 1987, telah meletus perang antara negara Libya dan Chad. Negara-negara ni kalau korang nak tau terletak kat utara benua Afrika.

Konflik meletus apabila Libya cuba menakluki bahagian utara Chad pada tahun 1983 bagi menggulingkan Presiden Hissenne Habre dan menyokong puak yang digelar GUNT bagi menubuhkan sebuah kerajaan baru. Presiden tersebut tidak diiktiraf oleh kerajaan Libya yang sebenarnya mahu mengekalkan pengusaannya di utara Chad dengan bantuan puak GUNT. Bagaimanapun, Perancis telah datang membantu pihak Chad dan tentera Libya hanya berjaya menakluki kawasan utara Chad yang rata-rata tidak berpenghuni.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

F1: Panas: Air Asia mungkin taja pasukan F1 Litespeed Lotus!

Mak UIA dengan suara termengah-mengah dalam telefon pukul 9 pagi tadi bagitau tentang khabar angin yang baru diterima. Air Asia mungkin akan menaja pasukan F1 terbaru, pasukan Litespeed Lotus pada musim perlumbaan akan datang.

Air Asia pada masa kini adalah penaja Williams.

-Amid-