Sejak 9/6/9 – GearTinggi.com Kini Tiga Tahun!

Beberapa hari sebelum ini gua memang ada mencongak tarikh ulang tahun GearTinggi. Apabila pengehosan blog tamat dan digantung sementara disebabkan terlupa bayar (lame reason) maknanya tarikh ulang tahun GT semakin dekat.

Dan hari ini gua ada terima emel ucap Selamat Ulang Tahun GT yang buat gua sentap sekejap sebab boleh lupa tarikh penting blog kesayangan gua ini dan percaya lu orang punya blog kesayangan juga.

Hari ini GT genap tiga tahun sejak dari 9/6/9 dan boleh dikatakan gua agak gembira dengan pencapaian GT.  Tujuan utama gua tulis blog GT ialah supaya ianya dapat menginspirakan rakyat dan membantu negara kita supaya lebih kuat dengan industri automotifnya dan paling penting sekali gua harap sumbangan gua ini dikira sebagai ibadah dan sentiasa diredhai Allah.

Gua yakin lu orang pun ada nak cerita dan komen pasal GT, ruangan kat kotak komen tu untuk lu orang have fun dan gua akan balas komen lu orang.

Terima kasih sebab menjadikan GT sentiasa di hati lu orang!

@muhd_gt

ps: Kat atas tu alamat twitter gua kalau lu orang nak follow.

Muhammad

10 Comments

  1. selamat ulangtahun GT..aku sokmo baca jer.semoga dapat memberikan yang terbaik pada entri yang akan datang.nak komen xreti 🙂

  2. selamat menyambut ulangtahun yang ke tiga!
    semoga GT.com terus maju, best baca artikel karya korang semua..

  3. slmt ulang tahun GT…3 tahun jgk gua follow GT ni…pnah beli sticker GT,tp trkoyak tahun lps…cmne nk beli..ada lg ke

  4. @JO O
    Nanti kalau jumpa gua masukkan. Susah nak cari vid yg betul-betul bersih.

    @Epi
    Gua rasa macam ada lagi dengan Azmin.

    Terima kasih semua!

  5. epi
    ok, sila emel gua…stok pelekat masih ada lagi..

    er, sebagai skru gantian gua pun tumpang gembira dengan pencapaian GT setakat hari ini..nanti gua tanya Matpon, entah ada peraduan lagi ke tidak lepas ni

  6. Mcm biasa gua tukang buat soklan. Ehh peraduan tahun pertama dlm pose tak salah gua so kalau kita enjak ke ramadhan mmg best jugak.. Dan buat sekali majlis buka pose sama tarawikh ramai ramai baru selari ‘motorsport juga tanggungjawab pd agama jgn dilupa jua’ he he amacam?

Kata Anda//